Tuesday, 8 October 2019

UPAYA MENDAULATKAN BANGSA MELALUI PERJUANGAN


Kehidupan dan kedudukan geografi di Patani sungguh memberi erti bagi anak bangsanya dan kepada masyarakat dunia. Ini memudahkan kita untuk memafahami dan dipelajari. 

Tentang apa faktor sebenarnya pergolakan dan konflik di Patani? Dengan tidak perlu banyak menyiasat ataupun mengkaji lebih rumit. Oleh kerana geogerafi dan watak kehidupan bangsa Patani sendiri, yang telah banyak membantu untuk menyatakan. 

“Orang Melayu Patani adalah anak peribumi”. Mereka bukan sekadar menuntut keadilan dan pembangunan yang selaras dengan wilayah Utara, Tengah, Timur dan lain sebagainya, tepatnya di negara Thai.  

Perjuangan bangsa Patani berkonsepkan kepada kedaulatan “Bangsa dan Tanah Air”. Itu adalah perinsip asal perjuangan Patani dan ia tidak pernah berubah. Konsep ini juga menjadi ukuran dalam menghadapi kerajaan Thai. 

Dengan selalu menegakkan perlembagaannya, yang sama sekali pada prinsipnya tak dapat dipisah dan dibahagikan. Sehingga dalam usaha dan proses damai tidak pernah maju walaupun selangkah. Seketika nampak kesungguhan dalam usaha membina kepercayaan dan keyakinan masing-masing, untuk penyelesaian konflik melalui Meja Rundingan. 

Seketika itu pula, Thai selalu menciptakan polusi dan udara yang tidak sehat, dalam menangani isu perdamaian. Thai selalu menunjukkan kekuatannya.  Kekuatan yang di tunjuk oleh pihakThai tidak menjaminkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang boleh berlaku di Patani. 

Kekuatan tentera semata-semata tanpa kekuatan lain yang mendukung dan berjiwa besar seperti bangsawan sebenar. Jika ingin melihat kepada kedamaian yang hakiki. Jika tidak, maka ia hanya membuat lebih parahkan lagi keadaan dan melihat konflik yang lebih dahsyat. 

Dalam gambaran dan tafsiran konflik bersenjata selama 15 tahun, bukan perkara mudah untuk pihak kerajaan Thai, menyelesaikan dengan cepat dan tergesa-gesa. 

Kerana dalam penyelesaian perlu membolehkan banyak pihak yang terlibat. Dengan penglibatan dari berbagai pihak, dan ini juga boleh membina keyakianan kepada semua
pihak.  Pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM), yang terjadi di Patani sangat serius. 

Dari awal kejatuhan Patani dan hinggalah tercetusnya konflik terbaru pada tahun 2004. Sampai kesaat ini, pelanggaran HAM makin bertambah. Hampir semua tahanan yang disyaki sebagai pejuang kemerdekaan, sudah pasti mendapat layanan tidak baik oleh pihak tentera Thai semasa disoal siasat dan masti ada penyiksaan dan pelanggaran HAM yang terjadi. 

Walaupun tidak separah dan sampai tahapan sebagai mana Abdullah Isa Musa,  yang meninggal baru-baru ini. Apakah ini bentuk mencari solusi?. Bagi para ahli kajian, dari luar dan dalam negara Thai sendiri, yang selalu mengikuti secara dekat. Membuat kajian tentang konflik di Patani, dengan mengatakan ia sangat rumit untuk diatasinya. Kerana pihak Thai membuka status politik sangat terbatas. 

Bangkok lebih fokus dan menitik berat kepada soal dalaman negara mereka. Sebagai contoh: Mengumpulkan kelompok-kelompok para cendikawan, NGO dan lain sebagainya. Kemudian, mengemukakan solusi atau cadangan-cadangan yang tidak bercanggah prinsip asal nagara Thai. 

Seolah-olah mencipta trek baru dalam mencari solusi. Sedangkan, trek yang sedang dilaksanakan belum terbentuk suatu prosespun. Sikap Thai terlalu nampak sangat bahawa Thai tidak komitet dalam soal mencari solusi. Kalau dikaji lebih dalam, Thai hanya ingin bersemuka dengan pihak lawan tanpa syarat dan tuntutan.   

Pembentukan masyarakat Majmuk atau (pahuwattanatham) selalu menjadi persoalan dan permasalahan di kalangan orang-orang Patani. Kerana, banyak efek-efek yang timbul terhadap pembentukan masyarakat Majmuk Thai. 

Sehingga kepada pembentukan ahli jawatan kuasa, apapun namanya yang cuba mengganggu proses damai. Selalu menjadi agenda yang utama bagi Bangkok, tentang hal-hal dan gangguan dalam proses. 

Ketika Bangsa Patani, ingin menyatakan kemerdekaan dan kebebasan, di majlis-majlis pesidangan di luar negara maupun di dalam negara. Ia menjadi suatu hal yang agak sensitif bagi kerajaan. Sedangkan, kebebasan dan kemerdekaan merupakan hak bagi setiap individu dan bangsa, dalam memperjuangkan dan merebutnya. Supaya kebaikan dan kesejahteraan selalu terbina bagi suatu bangsa di bawah nikmat bernegara. 

Perjuangan adalah upaya mengangkat dan mendorong anak bangsa untuk tercapainya cita-cita suci. Bangsa Patani tidak boleh berdiam diri dan terpaku-kaku dengan buih kosong yang telah dilaburkan oleh kerajaan, perlu bergerak dan berkerjasama dalam memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa Patani. Sehingga keseterusnya, menyusun dan mengurus kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air. 

Kalau dibiarkan bangsa Penjajah (Siam) memonopoli dalam segala urusan, baik berkaitan urusan agama, politik, budaya, dan pendidikan, sehingga kepada urusan kekeluargaan. Maka bangsa Patani akan mengalami wabah penyakit yang lebih kritikel. Malahan akan membawa kepada kehancuran agama dan bangsa.



No comments:

Post a Comment