Tuesday, 8 October 2019

Dialek Patani (Ep.7)


Pada siri ini pula kami contohkan beberapa perkataan bahasa Siam yang berpengaruh menyerap masuk kebahasa Melayu Patani dalam kategori makanan/masakan,sukan, dan perbualan harian seperti contoh dibawah :

(7) Katigori makanan/masakan : Ahan (makanan) Bai kapao (daun selasih) Buah lamyai (buah mata kucing) Cha keaw (teh hijau) Cha yen (teh ais) Keng kiau wan (sayur hijau) Kengsom (masam pedas) Khai ceaw (telur dada) Khai dao (telur mata) Khao mok (nasi minyak) Lukching (bebola) Nok katha (burung puyuh) Nom sot (susu segar) Nom yen (susu sejuk/susu ais)

O-liang (kopi sejuk/ais) Pad khana (kailan) Pad thai (mee goring siam) Padpet (goring pedas) Pakchi (daun ketumbar) Phak (sayur-sayuran) Prik thai (lada hitam) Saikrok (sosej) Sang (pesanan makanan/order) Somtam (kerabu betik) Yam kha kai (kerabu kaki ayam) Yam mamuang (kerabu buang manga) dan banyak lagi

(8) Katigori sukan : Bol lok (bola dunia) Chao pap (tuan rumah) Cing (final) Jing luk tod (sepakan percuma) Kamkan (pengadil) Kila (sukan) Kila si (sukan warna) Krung lang (separuh akhir) Krung rek (separuh awal) Nok wit (wisil) Pala’ (sukan) Rang wan (hadiah) Seluar wong (seluar sukan)

(9) Kategori perbualan harian : Anakot (masa depan) Arom (emosi/semangat) Bantuk (simpan /save) Bat (kad) Bek (bentuk/pesen) Bek no (bagai mana) Buang lang (latar belakang) Chai (tayangan) Chao pap (tuan rumah) Chatcen (nyata).

Chong (channel tv) Dara (plakon/artis) Dontri (music) Hantar kho kwang (mesej) Hua cai (hati/perasaan) Keriat (tegang) Khau (berita) Khleng (gelombang lelipon) Klum (kumpulan) Kosana (iklan) Kotdan (tekanan) Lakhon (drama) Lila (tunjung aksi) Long tun (menanam modal) Lop (padam) Luk-kha (pelanggan) Luktung (lagu klasik) Na co (skren telipon/TV) Nakrong (penyanyi)

Narak (comel/cantik) Ok hak (prah) Okat (peluang) Pakpon (rehat) Paomai (tujuan hidup) Penglung (pitam) Plong (palsu) Pon Kathok (risiko) Pra’eek (hiro) Prasobkan (pengalaman) Raikan (rancakan (tv/Radio)) Sampat (bicara) Si comphu (warna pink) Si muang (warna ungu) Si som (warna oren) Sia wela (rugi masa)

Tai tod Sod (siaran langsung) Tamacat (alami) Tamada (biasa) Teaw (melancung) Tem-ngen (tambah nilai telepon) Ton (episod) Ton awasan (episode akhir) Tuayang (contoh) Ubatihet (kemalangan) Wairung (pemuda) Wikrok (kaji) dan lain-lain lagi

Contoh berbualan harian mereka :  

“Budak-budak lani takse makan phak, nak makan ayam goreng, khai dao atau pun khai ceaw.” Bermaksud  : Kanak-kanak zaman sekarang tak gemar makan sayuran, mereka hanya gemar makan ayam goreng, telur mata atau telur dadar sahaja. 

“Semalam puak ku gi keda Kakyah, luk-kha dia rama sungoh, puak ku sang makan keng som pla kapong, pad kapao, yam mamuang, dan pad khana pla khem. Bermaksud : Semalam kami pergi makan di kedai Kakyah, ramai pelanggan dia, kami order ikan siakap masam pedas, goreng ayam daun selasih, kerabu mangga, dan goreng  sayur kailan ikan masin.

“Anak ramli kena wok gi moh pita, sebab ahan pen pit, dia  makan lukching, saikrok campur dengan cha yen” Bermaksud : Anak Ramli dikejar kehospital, disebabkan keracunan makanan kerana makan bebola, sosej serta dengan teh ais. 

“Puak wairung lani teruk bbena, sorang-sorang napak keriat takdok arom, pah anakot sikit lagi nak jadi lah mano? Bermaksud : Pemuda-pemudi sekarang sangat teruk, seorang demi seorang Nampak ada ketegangan habis semangat, bagaimana masa depan mereka? 

“Mung tolong beli bat temngen tosarap 100 kup, pastu tolong bantuk gama dan lop game dalam torasap gatep” Bermaksud : Kamu tolong beli  kad tambah nilai telephon 100 bath, kemudian tolong save gambar-gambar dan padam (delete) game telephon juga. 

“Budak-budak ni buat kanban takdam sudah, kho dok tunggu depan toratad, gaduh nak tengok lakhon chong 7, malam ni chai ton awasan pra-eek nak bunuh jahat”. bermaksud : Kanak-kanak ini kerja sekolah belum siap lagi, dah tunggu depan TV persiapan menonton drama channel 7, malam ni tayangan episod akhir, hero akan membunuh penjahat.  

“Anak dara Melayu jangan teruk sangat, pakat dok turut dara Siam, paka beknu paka bekni” Bermaksud : Gadis Melayu jangan terlampau sangat, ikut saja artis Siam, berpakaian ikut kehendak macammacam fesyen.      

Bersambung.

No comments:

Post a Comment