Sunday 14 July 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JUN (6/2019 M.)


1/6/2019M. 
-Sebutir bom meletup menyasarkan pos kawalan polis berhampiran Bank Krungtai cawangan Bendang Setar, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Menyebabkan seorang pemuda Melayu berusia 17 tahun cedera ringan akibat terkena serpihan bom. Adapun pihak polis dilaporkan terselamat. 

- Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki yang bernama Yusuf Saktae usia 60 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Toktitir, mukim Baloi, Daerah Yaring, Wilayah Pattani. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, Yusuf Saktae salah seorang yang bekerja sebagai prinsikan sukarelawan keamanan upahan 4,500 kup. 

- Pihak tentara Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang mahasiswa yang baru pulang dari luar negeri untuk menyambut hari raya Idul Fitri 1440 H, bersama ahli keluarga di kampung halaman laki-laki, operasi ini dilakukan di kawasan Wilayah Patani.   

2/6/2019M.
- Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki, menyebabkan mangsa cedera parah, kejadian ini berlaku kawasan mukim Sateng nok, Daerah Muang Wikayah Yala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, setelah terjadi tembakan ditambahkan lagi dengan letupan bom.

- Berlaku tembakan keatas tok penghulu kampung Awae, mukim Merbol tok, daerah Tanjung mas, wilayah Menara. Tok penghulu meninggal manakala seorang warga sipil cedera ringan. Kejadian berlaku di Masjid kampung Awae, mukim Merbol tok, daerah Tanjung mas, wilayah menara.   

3/6/2019M.
- Berlaku serangan 4 butir bom dan serangan tembakan berhampiran kem kecil tentera Siam di kampung Nerot, mukim Lokcud, daerah Weng, wilayah Menara. Seorang rakyat awam cedera ringan akibat serpihan bom. Bersama ini pihak polis mengesan kelongsong peluru jenis 5.56 sebanyak 123 kelongsong berhampiran tempat kejadian.

- Berlaku tembakan dengan senjata api jenis M.79 keatas sebuah rumah warga Siam, menyebabkan beberapa musnah, kejadian ini berlaku di kampung Tengah, mukim Sateng nok,daerah Muang, wilayah jala.

- Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki yang bernama Dohat Tata, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Jelapae, mukim Suwari, daerah Resok,wilayah Menara.    

10/6/2019M.
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu secara besar besaran dalam kawasan mukim  Kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala. Bersama ini menahan seorang warga tua berusia 68 tahun di kampung Buatong, daerah Tantor, wilayah Jala.   

12/6/2019M.
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun keatas seorang pemuda pejuang kemerdekaan Patani dikenali saudara Mahamad Cekleh dalam kes mengantung sepanduk menentang polisi kerajaan Thai dikawasan kampung Lubok jerai, daerah Mayor wilayah Pattani pada 4/6/2018 yang lalu.

-Mahkamah rayuan bhg.9 menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup keatas 3 orang pejuang Patani dalam kes menembak mati 6 orang ranjer dan merampas 6 laras senjata api jenis m.16 dari. kejadian berlaku pada 27/42017M.

-Polis kota Bangkok mengeluarkan waran tangkap keatas saudara Suhaimi Dulasa timbalan ketua The Patani dan mantan ketua PerMAS Patani. Berkaitan kes berhimpun dalam aktiviti menentang junta tentera hadapan Ibu pejabat polis Patumwan, kota Bangkok dalam tahun 2015M.   

13/6/2019M.
-Polis wilayah Jala menahan mantan relawan tentera unit perinsikan tenterra dikenali Hakim Derasek berusia 31 tahun di kediamannya kampung Lakha, mukim Satengnok, daerah Muang, wilayah Jala dalam kes menembak keluarga tok penghulu kampung Bendang mengkuwang, Bendang Setar pada 9/6/2019 yang lalu menyebabkan Isteri Tok Penghulu meninggal. Dan menembak mati Samael Sama ketua dewan pentadbiran mukim Cerang tadong, daerah Raman, wilayah Jala pada 22/6/2019M. Bersama ini juga polis menahan rakannya dikenali Saimawi Waekalo berasal kampung Pulau Rotan, mukim Wad, daerah Yarang, wilayah Pattani dalam kes yang sama.  

-Seorang rakyat awam berusia 34 tahun ditembak di kampung Lampaya, daerah Muang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.   

14/6/2019M.
-Tentesa Siam menahan Ismail Mosu berumur 35 tahun dikampung Tapet, daerah Tiba, wilayah Senggora. Berkenaan kes letupan bom di pasar raya Big C Pattani pada 9/6/2017 yang lau.   15/6/2019M. -Warga Siam sekelamin berumur 63 dan 60 tahun ditembak mati serta disamun motosikal milik mereka di kampung Hulu parit, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.   

16/6/2019M.
-Seorang pemuda Melayu berusia 30 tahun ditembak mati di kampung Changpuak, daerah Canek, wilayah Menara.

-Polis jumpa sebutir objek disyakki bom buatan sendiri berhampiran pejabat pos daerah Mayor, wilayah Pattani. -Seorang relawan tentera warga Melayu dikenali Matsa’ri Caca berusia 33 tahun Di tembak mati di kampung Tanjung pauh, mukim Bangkao, daerah Nongcik, wilayah Pattani   

17/6/2019M.
-Seorang ranjer berasal dari wilayah Chiang rai (utara Thailand) bertugas di kem kecil ranjer kampung Wanghin, mukim/daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Membunuh diri dalam kem tersebut dengan senjata api miliknya. Kata polis motif pembunuhan akibat ketegangan dan murung dari tekanan konflik Patani.    

18/6/2019M.
-Seorang polis bertugas di Balai polis wilayah Jala menembak 2 orang rakyat awam menyebabkan seorang warga Siam berusia 39 Tahun mati dan seorang lagi warga Melayu Berusia 37 tahun cedera parah. kejadian berlaku di Satengnok, daerah Muang, wilayah Jala.    

19/6/2019M.
-Polis dan unit EOD mengesan dan memadam sebutir bom jenis M.79 di Lorong 2, Jalan Pangmuang , pakan Jala.
-Polis daerah Teluban melaporkan berlaku pencurian dan dibakar khianat kamera litar CCTV sebanayak 24 butir dalam kawasan mukim Teluban, mukim Pasir jawa, mukim Lahar, mukim Tebing, mukim Tungkla, mukim Trokbon, mukim Pen dan mukim Kedunong, daerah Saiburi, wilayah Pattani.    

20/6/2019M.
-Kerajaan Thai mengisytiharkan mengekalkan lagi undang-undang darurat tentera (Por.Ror.Kor.) dalam 3 wilayah dan 4 daerah wilayah Senggora. mulai tanggal 20/6/2019 hingga 19/9/2019 ini.

-Lebih dari 50 orang tentera Siam mengepung kampung Pakaharang, daerah Muang, wilayah Pattani serta menahan saudara Ibrahim Maseng berusia 38 tahun berasal kampung Banggol samak, mukim Plonghai, daerah Kapho, wilayah Pattani. Bersama catatan rekod jinayah kes keamanan.   

21/6/2019M.
-Serangan bom dan tembakan keatas rondaan relawan tentera Or.Sor. daerah Sebaya, dikampung Huay tao, mukim Khuha, daewrah Sebaya, wilayah Senggora, menyebabkan 4 orang relawan tentera cedera parah.   

22/6/2019M.
-Polis jumpa sebutir bom mengisi bahan letupan bom dalam kotak besi di kampung pokjanih, mukim Satengnok, daerah Muang, wilayah Jala.   

24/6/2019M.
-Serangan bom seberat 20 Kg. keatas rondaan ranjer unit 4601 di kampung Pupor, mukim Samakki, daerah Resok, wilayah Menara. Menyebabkan 4 orang ranjer cedera parah.

-Tentera Siam menahan seorang pemuda dalam operasi mengepung kampung kawasan mukim Paku, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani. Serta menahan seorang pemuda dikenali saudara Mad Deris Peing berasal kg. Bukit tanah, mukim Paku, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani. bersama rekod kes keamanan.   

25/6/2019M.
- Police lieutenant colonel Muhammad Sukri Kado, 35 tahun timbalan ketua polis wilayah Jala meninggal dunia di Hospital Hatyai, wilayah Senggora. Akibat serangan jantung.

-Pihak tentera jumpa sebutir Tong ges mengisi bahan letupan bom dikampung Kejar, mukim Lael, daerah Jaha, wilayah Jala.

-Ustaz Dr. Hasan Nikmat atau dikenali Hasan Nikmatullah tenaga pegajar di sekolah Comel, Pattani merangkap Imam Masjid Bandar Teluban, Pattani juga seorang tokoh sarjarawan Patani telah kembali kerahmatulLah dan dikebumikan di perkuburan Islam Teluban.  

-Mahkamah wilayah Menara menjatuhkan hukum penjara seumur hidup keatas 2 orang pejuang kemerdekaan Patani dikenali saudara NasrulLah Yunus dan suadara Solahuddin Lateh berkaiatan kes membakar kamera litar CCTV dan serangan bom keatas rondaan ranjer 4303 di depan sekolah kebangsaan kampung Semo, daerah Nongcik, wilayah Pattani pada 10/1/2018 yang lalu.   

27/6/2019M.

-Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Swasta Thailand (OPEC) memerintahkan penutupan sebuah pondok “Al-Ulumul Islamiyah” daerah Bothong, wilayah Pattani, selatan Thailand dengan alasan tidak terdaftar dokumen sekolah swasta dengan lengkap. Sementara warga setempat mengira sebab penutupannya kerana tertangkap salah satu suspek di Pondok dalam kes letupan bom pasar Bothong pada 27 Mei yang lalu.

-Polis wilayah Menara mengesan lubang digali bawah tembok jalan raya disyakki untuk memasang bom di lalu lintas kampung Tamniab, mukim Bangpo, daerah Muang, wilayah Jala.

-Berlaku pertemporan Antara polis daerah Cenak dengan pejuang Patani ketika polis menjalan siasatan di kampung Khuan-Oon, mukim Tha mosai, daerah Cenak, wilayah Senggora. Menyebabkan seorang polis cedera parah dan pihak pejuang seramai 5 orang terselamat. Bersama ini polis sempat merampas 2 laras senjata api   

28/6/2019M.
-2 orang pemuda lengkap dengan senjata api (disyakki mereka yang bertempur dengan polis di Cenak) menyamung motorsikal milik warga Siam di kampung Wangyai, daerah Tiba, wilayah Senggora.

-Tembak mati seorang pemuda Melayu di kampung Puyu, mukim Kok saton, daerah Takbai, wilayah Menara.

-Seorang penolong tok penghulu kampung Tokmok, mati tertembak dengan senapang peribadinya ketika menjalani latihan militer di daerah Sukirin
,wilayah Menara.   

30/6/2019M.
-Ustaz Yusuf Yala atau dikenali ustaz Soleh Pombing ditembak oleh sekumpulan tidak mengenal pihak dihadapan kediamannya dalam Pondok Pombing (Muasasah As-Thaqofah Al-Islamiah), daerah Penarek, wilayah Pattani. Mangsa cedera ringan.

-Tembak seorang rakyat awam di kampung Seriyak, mukim Banggol Kesinai, daerah Jaha, wilayah Jala. Mangsa cedera parah.

-Tembak mati warga Melayu di kampung Jareh, mukim Thankhiri, daerah Sebaya, wilayah Senggora. mangsa cedera.






KESIMPULAN   Bulan JUN (6/2019 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 53 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 27 kes, Jala 11  kes, Menara 11 kes, dan wilayah Senggora 4 kes.   

Berlaku serangan bom dan bom dikesan kesemua 12 butir  ( 3 butir daripadanya dikesan) yaitu 3 butir 6 butir di Jala, 5 butir  di Menara, sebutir di  Senggora.

Tidak berlaku di Pattani. Berlaku sabotaj politik  sebanyak 24 tempat.   

Tembakan dan pertemporan berlaku 17 kes: Masing-masing di Pattani 3  kes, Jala 5 kes, Menara 6 kes. dan  Senggora 3 kes.    

Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 4 orang dan cedera parah 9 orang,

Rakyat awam mati 6 orang (3 orang warga Melayu dan 3 orang warga Siam) Rakyat awam cedera  8 orang (kesemua warga Melayu).  

Pegawai kerajaan  mati 2 orang (warga Melayu) tidak yang cedera.   

Tidak ada Pejuang yang gugur Syahid dalam bulan ini. 6 orang dihukum penjara, dan puluhan orang ditahan penguasa Siam.    

Dalam bulan ini pihak tentersa Siam masih menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu hingga berjaya menahan beberapa orang pejuang.



No comments:

Post a Comment