Sunday, 14 July 2019

HAKIKAT PERJUANGAN BANGSA MELAYU PATANI

Umat Islam Melayu Patani bukan sejenis manusia yang selalu ingin bergaduh, bukan juga suka menindas dan menjajah suku bangsa yang lain, mereka cukup peramah selalu menjunjung tinggi dan menghormati hak-hak kedudukan bangsa lain, hak kemanusiaan.

Patutlah Ulama silam menggelarkan dengan gelaran bangsa Melayu ini (al-mala-u) artinnya bangsa yang tertinggi. bangsa yang lemah lembut. Semenjak kejatuhan 1785 M. 

Patani berkali-kali berusaha secara diplomatik dengan pihak penjajah Thai. untuk mencari penyelesaian secara damai di meja rundingan, namun selalu menemui kegagalan. 

Semasa Tengku Mahmud Mahyidin dan Tuan guru Haji Sulong dan banyak lagi tokoh-tokoh pejuang Patani yang bertukus lumus untuk mencari jalan penyelesain secara damai dengan pihak penjajah Thai pada ketika itu, namun semua usaha menemui kegagalan, dengan sebab keangkuhan dan kesombongan kerajaan Thai, sampai ke hari ini masih menganut, ajaran dan fikiran yang tidak mahu mengakui hak kedudukan orang Melayu. dari itulah rakyat Patani dengan terpaksa mahu atau tidaknya harus mengangkat senjata. dalam menghadapi penjajah yang selalu buta dan pekak terhadap permasalahan dan konflik,  yang  diciptanya sendari, berabad-abad lamanya.  

Dalam kontek sekarang, usaha-usaha penyelesainya, masih beroreantasi pada hal yang sama, yakni tidak mengakui hak dan kedudukan orang Melayu di Patani. 

Pihak Siam/Thai masih menganggap orang Melayu Patani sebagai tamu dan kelas number dua dalam negara Thai/Siam. Walaupun usaha-usaha dialog damai, selalu dialu-alukan, namun usaha itu hanya bersiafat politis saja. 

Siam/Thai tidak pernah untuk menyelesaikan masalah konflik di Patani secara hakiki. Hanya sendiwara-sendiwara lapuk saja yang dipertontonkan kepada dunia internasional. 

Dapat kita buktikan dengan menelusuri Atlas rundingan yang pernah dianjur dan dilaksanakannya: Atlas Jejak Negosiasi Perdamaian Antara Kerajaan Thailand versus Gerakan Medeka Patani: 

1.Pada tahun 2006. Langkawi Peace Talks, Thailand VS BERSATU di Pulau Langkawi, Malaysia. Fasilitator oleh Pemerintah Kerajaan Malaysia BARISAN BERSATU KEMERDEKAAN
PATANI BERSATU-BERSATU. 
1. Barisan Revolusi Nasianal-BRN 
2. Barisan Islam Pembebasan Patani-BIPP   
3. Gerakan Ulama Patani-GUP 
4. Barisan Revolusi Nasional-BRN-Kongres 
5. Patani United Liberation Organisation-PULO 
6. Patani United Liberation Organisation-PULO 88, 
7. Gerakan Mujahidin Patani-GMP. 

2. Pada tahun 2008. Bogor Prosess, Thailand VS PMCC di Istana Presiden Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Fasilitator oleh Pemerintah Indonesia PATANI MALAY CONSULTATIVE CONGRESS-PMCC  
1. Gerakan Mujahidin Islam Patani-GMIP,  
2.Barisan Islam Pembebasan Patani-BIPP, 
3.Pertubuhan Persatuan Pembebasan Patani-PULO 4-P,  
4. Barisan Revolusi Nasinal-BRN-Koordinet. 

3.Pada tahun 2010. OIC Initiatives, Thailand VS UPPC di Kuala Lumpur, Malaysia. Observasi oleh OIC Fasilitator oleh Pemerintah Kerajaan Malaysia. United Patani People Council-UPPC 
1.Majlis Kemimpinan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu-PULO-MKP, 
2. Barisan Islam Pembebasan Patani BIPP, 
3. Barisan Revolusi Nasional-BRN-Koordinet

4.Pada tahun 2011. The Geneva Process, Thailand VS PMLM di Jeneva Switzerland. Mediator oleh The Humanitarian Dialog Center (HDC). Patani Malay Liberation Movement-PMLM. 
1.Majlis Kemimpinan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu-PULO-MKP. 
2. Barisan Revolusi Nasionan BRN-Koordinet. 

5.Pada tahun 2013. Kuala Lumpur Precess, Thailand VS BRN General Consensus on Peace Dialogue Process* (*acara resmi pertama kali yang dipublikasi dalam sejarah perundingan) di Kuala Lumpur, Malaysia. Fasilitator oleh pemerintah Kerajaan Malaysia. 

Barisan Revolusi Nasional-BRN (dalam pertemuan sebanyak tiga kali, adanya beberapa organisasi
lain ikut bergabung). 

6.Pada tahun 2015-sekarang, Kuala Lumpur Process, Thailand VS Mara Patani di Kuala Lumpur, Malaysia (awal-awal nama Majlis Amanah Rakyat Patani) Majlis Syura Patani-MARA PATANI, atau Patani Consultative Council-PCC. 
1.Barisan Revolusi Nasional-BRN (Action Group). 
2.Barisan Islam Pembebasan Patani-BIPP, 
3.Gerakan Mujahidin Islam Patani-GMIP, 
4.Dewan Syura Pimpinan pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu-PULO-DSPP (Lukman Ben Lima, 
5. Majlis Kemimpinan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu-PULO-MKP (Kasturi Mahkota), 
6.Pertubuhan persatuan Pembebasan Patani-PULO-4P (Samsudin Khan).
              
Apabila kita menelurusi jejak negosiasi yang diadakan oleh Siam/Thai jelas sekali mereka hanya untuk menjaga setatus Qou nya saja, terbukti apabila diajak proses damai itu mengikut norma-norma internasinal, mereka selalu berdalih dan tidak memberi layanan. 

Mereka lebih cenderung ke arah bicara keamanan, seolah-olah bangsa Patani itu mesti mengikuti kehendak mereka saja. Sedangkan kehendak rakyat bangsa Melayu Patani untuk mencari solusi keamanan yang hakiki itu tak dapat diwujud.             

Kezoliman, keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia selama ini, dibiarkan begitu saja. Penderitaan bangsa Melayu selama berabad-abad, tidak diindahkan. Apakah itu kedamaian ?.

No comments:

Post a Comment