Sunday, 14 July 2019

PATANI SELAYAKNYA MERDEKA


Patani adalah sebuah negara yang pernah berdaulat sebagai negeri serambi Mekah, masa jayanya terkenal dengan pusat ilmu pengetahuan dan pusat perdagangan di Asia Tenggara, namun pada tahun 1785m, di bawah pemerintahan Raja Rama I, Siam menyerang dan Berjaya menakluki Patani, Kelantan, Kedah dan Terengganu menjadi wilayah yang tunduk kepada Siam (tributary states) dan menghantarkan bunga emas ke Siam. 

Pada tahun 1789-1791m, terjadi pemberontakan berkali-kali di Patani. Dan Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah: Pattani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Reman dan Rangea untuk melemahkan orang-orang Melayu, dengan menggunakan policy devide and ruled. 

Pada tahun 1902m, kuasa kesultanan Melayu dihapuskan dan kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban, sebagai policy Siamisasi orang-orang Melayu. Pada tahun 1909 m, setelah termeterainya perjanjian Anglo-Siam, maka Patani sekali lagi dianggap oleh Siam sebagai sebagian daripada negara Siam (Thailand sekarang), tanpa disepakati dengan orang Melayu tempatan, hal inilah membuat rakyat Patani tidak selesa dan tidak aman sampai sekarang dan bahkan bila-bila masa sekalipun, kalau Patani tidak mendapat kemerdekaan.  

Kawasan wilayah negara Patani, di sebelah utara bersempadan dengan Teluk Siam, Laut Cina Selatan, wilayah Songkla dan wilayah Terang Thailand. Di sebelah selatan bersempadan dengan negeri Kedah dan negeri Perak Malaysia. Di sebelah timur bersempadan dengan negeri Kelantan Malaysia. Di sebelah Barat bersempadan dengan negeri Perlis dan laut  Andaman. 

Patani memiliki keluasan 17,398.704 km2. Penduduknya lebih kurang 3,000,000 jiwa, majority bumi puteranya berbangsa Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam, orang Melayu di Patani adalah penduduk majority, bukan minority seperti yang didakwakan oleh Siam (Thailand) melalui akhbar-akhbarnya. selatan bersempadan dengan negeri Kedah dan negeri Perak Malaysia. 

Di Sebelah Timur bersempadan dengan Patani adalah sebuah negara yang pernah berdaulat sebagai negeri serambi Mekah, masa jayanya terkenal Patani Darussalam yang sekarang berada dibawah penjajah Siam mencakupi wilayah Pattani, Jala, Naratiwat(Menara), Setol dan lima daerah di wilayah Senggora yaitu Tiba, Cenak, Sebayoi, Nathawi dan Sedao.     

Patani terletak di Asia Tenggara, semenanjung tanah Melayu di garis lintang 5.312-7.207, garis bujur 99.670-102.093, di sebelah utara  Bangsa Melayu Patani tak pernah merasai keadilan, mereka dikelasduakan, menjadi tamu di rumah sendiri mereka tidak ada hak.  

Orang Melayu Patani sejak dulu hingga sekarang tidak pernah ada rasa aman, di setiap sudut kehidupan selalu dicurigai dan bahkan selalu dituduh sehingga orang Melayu dijadikan umpan keganasan penjajah Siam, hak kemanusiaan (hak asasi manusia) dan hukum tidak diindahkan. 

Perlakuan demikian adalah semata-mata  dibuat-buat dengan alasan keamanan, orang Melayu dituduh penjahat. Orang Melayu diteror oleh penjajah Siam tanpa batas-batas prikemanusiaan kemanusiaan. Kekejaman demi kekejaman, baik mental dan fizikal, sulit kiranya untuk dituangkan dalam kata-kata, penderitaan, penganyiayaan, penahanan, lebih-lebih lagi yang hilang entah kabar berita, kalau mati entah kuburnya dimana.  

Tidak sedikit orang Melayu yang harus meninggalkan kampung halaman, harta benda dan ahli keluarga, semata-mata mencari perlindungan keselamatan, kerana tidak mahu tunduk kepada kehendak penjajah Siam.  Kebangkitan rakyat dengan melalui kebangkitan bersenjata yang berperang melawan sistem penjajah atau kafir thoghut (Siam ). 

Haluan Negara Siam/Thai dalam pemerintahan  di empat wilayah bahagian selatan terhadap Melayu Patani adalah menggunakan sistem rampas, mereka membuat rampasan  terhadap bumi dan kepemerintahan  Patani, setelah itu mereka pula merapas hasil kekayaan sumber alam, seterusnya menghancur bangsa Melayu Patani, sehingga keturunan Melayu tidak terdaftar dalam perlembagaan Negara Siam/Thai, kemudian  budaya bangsa di hancur dan dimusnahkan atau diubah suai mengikut selera Siam Budis, lalu  dinamakan dengan budaya Thai/Siam, maka tidak hairan tercetusnya konflik dan  peperangan  di serambi Mekah itu (Patani) hingga kehari ini. 

Gerakan perjuangan rakyat, pembela bangsa yang terorganisir, pada saat ini merupakan suatu alternative untuk menyelesaikan masalah konflik yang berkepanjangan di bumi Patani. Adanya  pengorganisasian yang rapi dan mantap di Patani pada saat ini, sehingga semakin ketaranya dialektika perlawanan rakyat terhadap penjajah Siam. 

Gerakan perjuangan rakyat, yang berkonsentrasikan pada wilayah penjajahan Siam atau wilayah yang dianiksasikan oleh penjajah Siam. Sedangkan pada Kawasan atau daerah ini merupakan wilayah yang majoriti penduduknya adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. 

Mempunyai adat istiadat yang berbeza dengan Siam. Selayaknya Patani atau bangsa Melayu Patani sudah dapat kemerdekaan, karena tuntutan rakyat Patani adalah jelas, mempunyai wilayah/ teritorial tersendiri, mempunyai kekayaan alam yang dapat memenuhi kebutuhan rakyat, dengan kependudukannya majoriti adalah orang Melayu beragama Islam, bukan Siam Budha. 

No comments:

Post a Comment