Sunday, 8 December 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN NONEMBER (11/2019M)


2/11/2019M. 
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung serta menahan 2 orang pemuda Melayu serta memetik DNA di kampung Tok Ku cair/ Gonjang, mukim kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala. 

5/11/2019M. 
- 15 terbunuh dan 5 yang lain cedera parah dalam insiden berbalas tembakan di Pos kawalan keselamatan mukim Lamphaya di kampung Sedar, dan kampung Tawan-ook, mukim Lamphaya, daerah Muang, wilaytah Jala.
Mangsa terdiri dari unit pertahanan kampung, pegawai polis dan rakyat awam yang sedang bermain judi dalam pos tersebut. Kata polis penyerang adalah pejuang pembebasan Patani seramai lebih 40-50 orang dengan kelengkapan senjata api sudah dikesan sebanyak 25 laras. Penyerang turut menggunakan 3 butir alat letupan bom dalam serangan ini.

Bersama ini juga turut mengebom tiang elektrik, menabur paku serta membakar tayar diatas jalan di kampung Tempoyak, mukim Lammai, dan di hadapan Pondok Lammai, mukim Lammai bagi menghalang pihak berkuasa memburu mereka. Antara mangsa saerangan yang mati adalah 2 orang Tok penghulu dan penolongnya, 2 orang ketua kampung, 7 orang unit pertahanan kampung (Cor.Ror.Bor.) seorang pegawai kesihatan, seorang relawan pertahanan kampung (Or.Ror. Bor.), seorang pegawai polis dan seorang rakyat awam.

Mereka terdiri dari 14 orang warga Siam dan seorang warga Melayu, adapun yang cedera parah adalah 3 orang unit pertahanan kampung juga 2 orang ketua kampung. Kata polis lagi pihak penyerang juga didapati cedera beberapa orang terkesan dari kesan darah sebelum mereka mengundurkan diri.

Dalam insiden ini pihak pejuang sempat merampas kelengkapan peribadi dan barang-barang berharga dari mangsa serta senjata api sebanyak 8 laras, terdiri dari senjata jenis m.16 selaras, senjata patah 2 laras dan pistol 5 pucuk.  Dalam siasatan pihak EOD. didapati penyerang menggunakan senjata sebanyak 25 laras Antaranya: senjata jenis        

1.AK 102 sebanyak 4 laras   
2. Senjata jenis HK 33 sebanyak 4 laras   
3.senjata jenis M.16 sebanyak 8 laras   
4.senjata jenis AK 47 sebanyak 4 laras   
5.pistol jenis .9 mm. 3 pucuk      
6.senjata patah selaras dan        
7.pembedil M.79 selaras.       

Dapat mengesan kelongsong peluru sebanyak 454 kelongsong  antaranya : kelongsong .56 mm sebanyak 304 kelongsong, kelongsong 7.62 mm sebanyak 113 kelongsong, kelongsong .9 mm luger sebanyak 16 kelongsong, kelongsong senjata patah 2 kelongsong dan kelongsong .40 mm. 1 kelongsong .

-Berlaku letupan bom dalam tempat parkir motosikal peribadi dalam rumah milik rakyat awam di kampung Salanam, mukim Klong pia, daerah Cenak, wilayah Senggora. 2 motosikal turut musnah. Punca pengeboman dalam siasatan polis.

6/11/2019M. 
-Polis menahan saudara Ibrahim Dayi berusia 27 tahun di kampung Air kenok, mukim Seri Banpot, daerah Seri sakon, wilayah Menara. Disyakki mengangotai pihak pejuang dan dibawa siasat di pejabat polis wilayah Jala.

7/11/2019M.
-Tentera laut menembak mati seorang pemuda Melayu dikenali Mansor Awae, 30 tahun  dalam kem kawalan kampung Cuwo, mukim Bareh tai, daerah Bacok, wilayah Menara. Kata tentera Mangsa mengamuk dengan menyerang masuk ke dalam kem serta menikam dengan sebilah pisau kelihir seorang ranjer sebelum tentera mereda keadaan dengan penembakan.

8/11/2019M. 
-Pendakwa raya memfail satu kes berkait pengeboman kota Bangkok ke atas 3 orang pemuda Patani ke mahkamah majestrit Rajada kota Bangkok. Mereka adalah           
1) Lu-ai Saenge, 22 tahun,    
2) Wildan Maha, 27 tahun dan            
3) Muhammmad Ilham Sai, 27 tahun. Kesemua mereka berasal dari wilayah Menara.

-Pihak tentera menahan saudara Sobri Dahamae aktivis pusat kebudayaan selatan (BUMI) di sebuah kedai miliknya di kampung Cabang tiga keniang, mukim Poseng, daerah Muang, wilayah Jala. Kerana disyakki berkait kes serangan di Lamphaya.

9/11/2019M 
-Pihak Tentera Siam menjalankan pengepongan secara besar-besaran dalam mencari penyerang kes Lamphaya dengan mengepung beberapa buah kampung 19 tempat sekitar mukim Lamphaya serta menahan beberapa orang pemuda Melayu kawasan tersebut Antara yang di tahan adalah :    
1.Abdul Hakim Wangoh, berasal Kg.Bendang jamu, Jala   
2.Tuan Mae Kubulat, berasal Kg.Saga, Jala   
3.Imron Saleme
4. Sobri Harong
5 Rusdi beraheng berasal Kg. takdam, Jala dan    
6 Asmawi Tokheng berasal Kg. Tempoyak, Jala.

10/11/2019M. 
-Seorang polis sempadan bertugas di Balai polis daerah Betong, Jala menculik serta membunuh seorang Ranjer warga Siam di kampung Pakbang, mukim Tanah Merah, daerah Betong, wilayah Jala.    

11/11/2019M.
-Pihak polis mengeluarkan waran tangkapan ke atas 3 orang pemuda Patani disyakki berkait kes serangan Lamphaya antaranya
1) Sauding Tinguseng berasal Bendang Setar Jala;
2) Nasrullah Sama berasal Tanah Putih, Jala dan
3) Adam Musodi berasal Lubok Panjang, Jala.

14/11/2019M.
-Tentera dan unit forensic (EOD) menjalankan opesasi megepung dan menyiasat Pondok Al-Khairiah Al-Islamiah (Pondok Becah Palas/Lammai) serta memetik DNA pelajar dan ustaz. Lebih dari 50 pelajar serta ustaz dipetik DNA serta 22 buah pondok peginapan pelajar di geledah siasat. Bersama ini pihak tentera menahan ustaz Yusuf Denasin, ustaz Zulkifli Hari dan ustaz Sudin Cekwe. hasil siasatan tidak mengesan sesuatu yang mencurigakan.

-Sabotaj memasang 2 butir bom palsu berhampiran pos kawalan keselamatan mukim (Cor.Kor.Tor) kampung Banggol Setol, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.

15/11/2019M.
-Dr. Haji Ismail Hari, pengasas Pondok Al-Khairiah Al-Islamiah (Pondok Pecah Palas/Lammai) merangkap Yang Dipertua Majlis agama Islam wilayah Jala bersama Encik MatSobri Hari, guru besar Pondok mengadakan sidang media menafikan Pondok bergabung, menyokong dan memberi perlindungan kepada penyerang Pos kawalan keselamatan, mukim Lamphaya baru-baru ini.  -4 orang pemuda menaikki 2 buah motosikal menembak mati sekelamin warga Siam (ibu bapa kepada seorang pegawai komando polis (Nor.Por.Por) di kampung Nongkrok (Lubuk lesung), mukim Bukit Nori, daerah Kokpor, wilayah Pattani.  

-Tentera Siam mengesan beberapa buah kemah sementara, disyakki peninggalan pejuang Patani di atas Bukis Tuwae, mukim Riko, daerah Sungai Padi, wilayahy Menara. Turut dikesan beberapa barangan.

-Tentera Siam seramai 5 buah kereta menahan seorang pemuda Melayu di kampung Duku,mukim/daerah Bacok, wilayah Menara.

16/11/2019M.
-Berlaku sabotaj membakar cabel telphon dan menebang pokok kayu menghalang lalu lintas di jalan raya kampung Air jernih, mukim Kiar, daerah Sukirin, wilayah Menara.

19/11/2019M.
-Berlaku letupan bom di pos bergerak polis traffic berhampiran Masjid kampung Bendang Jamung, mukim Resok ook, daerah Resok, wilayah Menara. Menyebabkan 3 orang polis traffic cedera parah dikejar dengan helicopter ke Hospital Mo-Or daerah Hadyai, wilayah Senggora.

20/11/2019M. 
-Pihak tentera Siam Menahan 6 orang pemuda masing-masing dari kampung Sawo, kampung Bendang ramuh, kampung Selor, daerah Resok, wilayah Menara dan dari kampung Telok Hala, daerah Raman, wilayah jala. Kerana disyakki dalam serangan bom di Resok.   

21/11/2019M. 
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung sebuah rumah hingga berlaku pertemporan dengan pejuang Patani di kampung Kuala Tanjung, mukim Klongmai, daerah Nongcik, wilayah, Pattani. Menyebabakan 2 orang pejuang Patani gugur Syahid,   Syuhada dikenali       
1.As-Syahid Matyakob Latih berusia 40 tahun berasal kampung Dalam Kerawat, mukim Klongmai, daerah Yarang, wilayah Pattani, bersama rekod waran tangkap kes keamanan 12 waran;     
2. As-Syahid Sobri Lamsoh berusia 28 tahun berasal kampung Bukit Torang (S:Khuaran) mukim Pial, daerah Sebaya wilayah Senggora. bersama rekod waran tangkap kes keamanan 6 waran. Bersama ini pihak tentera merampas pistol jenis .9 mm. dan .11mm. dari mangsa.

-Tentera Siam dan  unit E.O.D. mengesan lubang dibawah jalan raya persiapan memasang bom di kampung Jelapan, mukim Samakki, daerah Rersok, wilayah Menara.

24/11/2019M.
- Polis Siam Tahan 5 Jurnalis Media Pro Selatan. Polis menahan beberapa jurnalis dari media pro selatan semuanya adalah pemimpin redaksi, editor, dan staf, Media WARTANI dan beberapa orang aktivis kemanusiaan dalam sebuah warong di lorong 2, Kedai lama, wilayah Jala Antara mereka yang ditahan adalah
1.Saudara Ayub Cekna;
2. Saudara Ruslan Muso pimred Wartani;
3.saudara Mat pakri Lateh kepala director wartani;
4.saudara Fais staf media;
5.saudara Azmin staf PUKIS;
6.saudara Wira Mateha jurnalis lapangan;
7.saudara Lutfi Bangol aktivis Jati.   

Wartani, yang berasal dari singkatan Warta Patani, selama ini menjadi media yang kerap mengangkat tindakan kekerasan militer kepada warga sipil

26/11/2019M.
-Saudara Sobri Cekming berusia 30 tahun berasal kampung Telok Hala, daerah Raman, wilayah Jala. dikejar ke Hospital wilayah Menara setelah ditahan dalam kem tentera ranjer 46,  kampung Bukit Tanjung, mukim Keluwo Nua, daerah Muang, wilayah Menara kerana tidar sedarkan diri akibat penderaan oleh tentera Siam ketika dalam tahanan dalam kem tersebut. Kata ahli waris mangsa terdapat kesan lebam merah dan hitam di badan disyakki terkena gencatan elektrik dari alat gencatan elektrik. -Ranjer mengepung dan menyiasat asrama pelajar di kampung Caru Pattana, dalam pekan jala, wilayah Jala.

27/11/2019M.
- Saudara Hasan Yamadibu, aktivis dari Bunga Raya Group, Patani (Selatan Thailand) hadir dalam forum PBB “General Essembly Issue of Language and Education of Minority” sebagai delegasi patani mengenai isu nasib warga minoriti. Forum tersebut merupakan acara untuk bercakap mengenai dasar awam di setiap negara mengenai pendidikan dan pengajaran bahasa warga minoriti Geneva, Switzerland.

28/11/2019M.
-Seorang pemuda warga Melayu ditembak mati di lorong Bereng, jalan Coltanket, daerah Sungai Golok, wilayayah Menara.

-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu secara besaran serta memetik DNA rakyatr awan di 4 buah kampung dalam daerah Krong pinang, wilayah Jala. yaitu kampung Sa-eb, kampung Telok setol, kampung Seladang, kampung Peceng dan sebuah kampung dalam; daerah Jaha yaitu kampung Delong, mukim Petai, daerah Jaha. Wilayah Jala,.

29/11/2019M.
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukum mati ke atas saudara Mat Yusof Matsae dalam kes mengebom mesin ATM di wilayah Pattani pada tahun 2018 yang lalu. Dengan kerana pelaku mengaku bersalah maka mahkamah mengurangkkan hukuman dengan penjara seumur hidup.






KESIMPULAN   Bulan NOVEMBER (11/2019 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 12 kes.terbahagi kepada wilayah Pattani 3 kes, Jala 4  kes, Menara 4 kes, dan wilayah Senggora 1 kes.   

Berlaku serangan bom 5 butir yaitu 3 butir di Jala,  sebutir masingh-masing di Menara dan Senggora.  Tembakan dan pertemporan berlaku 6 kes: Masing-masing di Pattani 3  kes, Jala 1 kes, Menara 2 kes. dan  berlaku sabotaj 1 tempat di Menara.     

Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 9 orang dan cedera parah 7 orang, Rakyat awam mati 4 orang (seorang warga Melayu dan 3 orang warga Siam) tidaka ada Rakyat awam yang cedera.  pegawai kerajaan mati 5 (kesemua dalam kes Lamphaya)  dan 2 orang cedera parah.   

Pejuang gugur Syahid 2 orang di Pattani. seorang pejuang dihukuman mati. pihak pejuang merampas senjata dari Siam 8 laras dan pihak keamanan Siam merampas senjata 2 laras dari pejuang Lebih dari 30 tempat/ kampung dikepung dan mengeledah pihak keamanan Siam serta memetik DNA rakyat awam termasuk sebuah pondok. lebih dari 30 orang rakyat awam ditahan pihak penguasa Siam




No comments:

Post a Comment