Sunday, 8 December 2019

RUNDINGAN DALAM PENYELESAIAN KONFLIK

Konflik bangsa Patani dan Bangkok perlu di angkat naik ke meja perundingan damai secara komprehensif, bermartabat dan saksama. Proses mediasi antarabangsa dan persaksian oleh Badanbadan Pertubuhan Dunia.

Jika ini dapat berlaku dan berjalan dalam prosesnya dengan baik. Dapatlah diyakinkan bahawa proses perundingan damai akan berlangsung secara normatif. 

Kesefahaman dan kesepakatan terhadap nota-nota pra-rundingan (framework) perlu direalisasikan. Untuk menciptakan suasana yang lebih kondusif dan rekonstruktif. Antara pihak-pihak yang bertelingkah dalam konflik berdarah.

Iaitu, bangsa Patani dan Bangkok Thailnd. Proses dialog yang berlangsung selama lebih daripada 1 dekad, telah banyak mensia-siakan energi oleh berbagai pihak. Kerana tidak ada kesungguhan daripada pihak kerajaan Thailand dalam penyelesaiannya. Kesemua upaya dan usaha yang di angkat dan disiarkan di media elekteronik dan media cetak. hanya sebagai sensasional terhadap konflik politik dan ladang untuk menarik bajet tahunan daripada bajet pembelanjaan negara.

Niat baik dan itikad telus dari kerajaan Thailand untuk mengatasi konflik berkepanjangan ini belum lagi nampak dan masih lagi menyimpan seribu rahsia. Tanpa semua itu, konflik akan terus berlangsung dan sulit diredakan.

Bahkan, akan beranjak memasuki fase baharu ataupun demensi yang lebih dalam lagi.  Proses dialog di Langkawi umpamanya, di bawah kerjasama TASK FORCE Malaysia dan Thailand. Proses dialog di Bogor Indonesia, yang di wakili oleh sejumlah para Jenderal Thailand dan sejumlah kecil daripada pihak pejuang.

Proses dialog Kuala Lumpur pada tahun 2013, menjadi awal mula era pembahasan dan perbincangan ala baharu. Namun sayangnya, proses ini berhenti di tengah jalan oleh rampasan kuasa oleh pihak Tentera Thailand terhadap kepimpinan Perdana Menteri Yingluk Chinawatra.

Dari awal mula proses ini bernamakan “Dialog Perdamaian”, dan digantikan oleh Rezem Tentera di bawah pimpinan Gen. Prayut Chan Oca, dengan “Dialog Kesejahteraan”. Ini menjadi langkah yang keliru dan merendahkan dalam proses dialog. Kerana harkat dan martabat di pihak yang lain tercabuli oleh Rezem Tentera Thailand. 

Proses dialog yang di falitator oleh kerajaan Malaysia sepatutnya mendapat penghargaan daripada semua pihak. Bahkan, menjadi momen penting berkenaan dengan pentas dialog menuju pentas perundingan. Sekiranya, kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagai “Fasilatator”, dan membuka ruang kepada antara bangsa untuk ikut terlibat agar proses damai lebih kriabiliti. Proses mediasi ini akan mendapat sambutan baik daripada bangsa Patani.

Kerana proses dialog akan beranjak masuk kedalam proses “Perundingan”, dengan tidak melukai harkat dan martabat kemanusiaan.  Kesaksamaan di mata dunia, dengan persaksian neraga serumpun, baik itu Indonesia atau perwakilan daripada negara-negara ASEAN, OKI, OIC, Uni Eropa dan NGO lainnya.

Mendorong proses perundingan damai di Patani menjadi sebuah keperluan dan bukan berlakun di atas pentas.  Kesungguhan untuk menyelesaikan konflik dan
pertikaian berdarah adalah tanggungjawap kerajaan Thailand.

Adapun bangsa Patani, mereka hanyalah mangsa ketidak-adilan sejarah peninggalan Brintish. Berdasarkan perjanjian “Angglo Siam Tretty 1909”, merupakan pertelingkahan sejarah dalam pemetaan negara. Kenyataan ini jelas ada dalam catatan dan bukan lagi suatu rahsia. 

Melalui penyampaian ceramah Perdana Menteri Dr. Mahadhir Muhamad, pada 24 Oktober 2018 di Universiti Culalungkhon. Keberanian
beliau dalam mengungkapkan sebuah kebenaran sejarah dan punca daripada kesemua masalah bangsa Patani.

Jikalau rakyat Thailand tidak menutup mata dan telinganya. Pasti mereka tahu bahawa Patani bukanlah bahagian daripada wilayahnya secara defaktoral.  Konflik dan proses perundungan bangsa Patani dan Bangkok Thailand merupakan konflik antarabangsa dan perundingan damainya juga perlu bersifat antarabangsa.


No comments:

Post a Comment