Sunday, 8 December 2019

MEMPERSENJATAI ORANG AWAM ADALAH PELANGGARAN IHL

Mengikutsertakan orang awam dalam kancah permusuhan dengan mempersenjatai mereka di kawasan konflik, pihak Siam/Thailand harus berhenti dan membatalkan  mempersenjatai orang awam. 

Undang-undang kemanusiaan antara bangsa atau undang-undang perang  (International humanitarian law (IHL)) , bahwa orang awam bukan lagi orang awam apabila dipersenjatai, bahkan ia sudah bersedia untuk bertarung dan merupakan peserta langsung dalam kancah permusuhan. 

Siam Thai, matalamatnya ialah untuk “Mengekalkan penjajahannya ke atas wilaya Patani” Oleh kerana itu, ia menubuhkan separa tentera (semi awam) yang tidak hanya sepadan dengan keperluan mempertahankan diri orang awam.

Mewujudkan peserta langsung dalam permusuhan atau membuat orang awam untuk mengambil bahagian secara langsung dalam perang mengenai konflik bersenjata antara pejuang Patani dengan penjajah Siam Thai.

Ini adalah suatu kesalahan yang serius yang dilakukan oleh kerajaan Siam Thai kepada orang-orang di kawasan Patani. Ini adalah melanggar undang-undang kemanusiaan antara bangsa atau undang-undang perang IHL. 

No comments:

Post a Comment