Wednesday 15 January 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan desember (12/2019M)

1/12/2019M.
-Pihak tentera Siam melakukan operasi secara besar-besaran di perkampungan Melayu memeriksa serta memetrik DNA rakyat awam antaranya: Kampung Pujud, Kampung Mayor, kampung Carok siput, kampung Carok Nirai, kampung Batu putih, kampung Rai dan kampung Buloh seniang, daerah Tantor, wilayah Jala.

-Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki warga Melayu yang bernama Matroin Sek (Islam), menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kampung Yabok, mukim Samakki, daerah Resok, wilayah Menara.

-Berlaku tembakan keatas seorang wanita yang bernama Suhaila Sama usia 25 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Phomok, mukim Tungkla, daerah Teluban, wilayah Pattani. Mangsa adalah upahan 4,500 serta isteri kepada seorang ranjer.

2/12/2019M.
-Pihak tentera Thailand melakukan operasi di sebuah perkampungan warga sipil Patani. operasi ini dilakukan di kawasan kampung Baloi, daerah Yaring, wilayah Pattani.

3/12/2019M. 
-Pihak tentera Siam menahan seorang muslimah di kampung Riko, daerah Sungai padi, wilayah Menara. Dibawa siasat keKem Pileng, Menara.

4/12/2019M.
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengesan perkemahan pihak pejuang Patani serta berlaku pertemporan diatas bukit kampung Telok Setor, mukim Saeb, daerah Krong Pinang, wilayah Jala. Dalam operasi ini pihak kerajaan dapat mengesan beberapa alat senjata dan kelengkapan lainnya antaranya:
1. Senjata api: Selaras Senapang jenis M.16 A2. Sepucuk pistol jenis .9 mm.
2. Bom: 9 butir bom buatan sendiri jenis Paip bom, Bahan letupan (PETN) sebanyak 4 bungkus seberat 4 Kg., Baja ammonium nitrate sebagai bahan asas bom seberat 6 Kg. , Bom jenis lempar.
3. Peluru: peluru jenis 5.56 50 das, peluru jenis .38 super 36 das, klongsong peluru 5.56 30 das dan sarung peluru M.16. 7 sarung.
4. 8 buah kemah penginapan sementara.
5. 3 buah taliphon bimbit.
6. kelengkapan beribadi dan makanan ringan
7. Potongan besi seberat 70 Kg.
8. Papan litar elektronik untuk proses bom
9. Komunikasi radio
10. Seragam militer, ubat-ubatan dan lain-lain

5/12/2019M. 
 -Pihak tentera Siam melakukan operasi serta memetik DNA rakyat awam kawasan kampung Usir, mukim Yupor, daerah Muang, wilayah Jala.

-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung di kampung Batan telok, mukim Lidon, daerah Muang, wilayah Jala. Serta menahan 3 orang pemuda dikenali 1. Abdul halim Khamis 2. Nawawi Khamis 3.Syakirin Khamis.

-Seorang relawan tentera menembak mati seorang rakannya dan seorang lagi cedera parah di kampung Telok, mukim Pasir jawa, daerah Teluban, wilayah Pattani.

-Seorang pegawai perhutanan warga Siam ditembak mati di jalan Sukayang, pekan Jala. Kata polis insiden ini berpunca dari kes peribadi.

-Rakyat menemukan mayat seorang lelaki warga Melayu diatas bukit di kampung Rai, mukim kampung Rai, daerah Tanrtor, wilayah Jala. Motif kematian dalam siasatan polis.

7/12/2019M.
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi besar-besaran dengan jumlah 100 orang menaikki 10 buah pikap mengepung 3 buah rumah di kampung Kaset, mukim Tantor , wilayah jala.

- Pihak keamanan Siam menambah lagi waran tangkap terhadap 6 orang pemuda Melayu berkait kes serangan Lamphaya mereka adalah:
1. Istisan Kaso, 31 tahun berasal kampung Pisat, mukim Lammai, wilayah Jala
2. Furqan Beraheng, 33 tahun berasal kampung Batan Telok, mukim Lidon, wilayah Jala.
3. Azhar Tenga, 31 tahun berasal kampung Batan, mukim Lidon, wilayah Jala.
4. Hilmi Jilah , 28 tahun berasal kampung Tempoyak, mukim Lammai, wilayah Jala
5. Usman Nikwae, 33 tahun bewrasal kampung Pisat, mukim Lammai, wilayah Jala
6. Mat isa Ceksoh, 41 tahun berasal  kampung Belukar, mukim Lammai, wilayah Jala.

8/12/2019M.
- Pihak tentera Siam menjalankan operasi serta memetik DNA rakyat awam serta kanak-kanak berusia 10 tahun di kampung Rebeng, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala.

-Rakyat awam menemukan mayat seorang warga Melayu terkena tembakan dikampung Kawat, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.

-Rakyat awam menemukan mayat seorang pemuda warga Melayu berusia 27 tahun di kampung Moktakut, mukim Padung mat, daerah Canek, wilayah Menara.

9/12/2019M.
-Kerajaan Thai mengisytiharkan tambahkan lagi undang-undang darurat keatas 3 wilayah sempadan selatan dan 4 daerah dalam wilayah Senggora berkuat kuasa mulai 20/12/2019 hingga 19/3/2020 selama 3 bulan. Pengisytiharan ini adalah kali yang ke 58 semenjak berlaku konflik di Patani.

- Pihak tentera Siam menangkap seorang pelajar dikenali Faisol Abu dalam sebuah asrama pelajar dikampung Caru, dalam pekan Jala.

- Pihak tentera Siam menjalankan operasi besar-besaran dengan jumlah lebih dari 100 orang mengepung dan menyiasat kediaman rakyat awam waktu malam di kampung Air Batu dan kampung Berangan, mukim Tokdeng. Kampung Dohek, mukim Riko. Kampung Pokcekteng dan kampung Banggol Sening mukim Kawat, daerah Sungai padi, wilayah Menara. Turut dikepung kediaman saudara Affan Wattana seorang aktivis kemanusiaan Patani (The Patani).

10/12/2019M.
-Persatuan pelajar dan pemuda Patani (Permas) mengadakan majlis hari Hak asasi manunia antarabangsa (International Human Right day).

-Pihak polis wilayah jala menahan seorang guru agama (ustaz) tenaga pengajar disebuah madrasah kawasan Tiba, Senggora bersama anak dan isterinya di jalan Pangmuang 4, dalam pecan Jala, beliu berasal darai kampung Tebing tinggi, daerah Bendang Setar, wilayah Jala.

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menemukan sesuatu yang disyaki sebagai bahan letupan bom di kampung Janing, mukim Chuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara.

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap 2 orang warga sipil Patani, operasi ini dilakukan di kampung Telaga Sembilan, Mukim Mokmawi, Daerah Yakrang, Wilayah Patani.

11/12/2019M.
- Seorang bekas tok penghulu mukim Chang piak ditembak di kampung Namwon, mukim Chang piak, daerah Canek, wilayah Menara., beliu dikenali Mahamad Teeh, berusia 60 tahun cedera parah.

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan mengambil DNA keatas 2 orang warga sipil Patani, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Yoi, Mukim Kok’chang, Daerah Tantor, Wilayah Jala.

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi keatas sebuah rumah warga sipil Patani, operasi ini dilakukan di kawasan Kok’kuwae, MuKim Paron, Daerah Takbai, Wilayah Menara.

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi di sebuah perkampungan warga sipil Patani operasi ini dilakukan di kawasan kampung Kunyit, mukim Tempoyak, daerah Jeringa, wilayah Menara. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, tentera Thailand melakukan operasi keatas rumah yang di duga sebagai anggota dari gerakan pejuang Patani.

- Berlaku letupan bom di jalan masuk farm mukim Maiken, wilayah Pattani. tidak ada laporan kecederaan.

12/12/2019M. 
-Letuban bom menyasarkan pikup tentera pengawal guru Siam di kampung Pako, mukim/daerah Tiba, wilayah Senggora. 5 orang tentera cedera parah

-Berlaku tembakan keatas pos kawalan keselamatan ranjer 4412 di kampung Carak kerian, mukim Tebing, daerah Teluban, wilayah Pattani. Tidak ada laporan cedera parah.

-Tentera Siam bersama 5 buah pikap menahan saudara Harun Lemanah berusia 23 tahun di Masjid Jamek wilayah Jala kemudian membawa siasat rumah mangsa di kampungnya di kampung Bukit Tiga Tungul, mukim Pedol, daerah Mayor, wilayah Pattani.

-Uniot EOD. mengesan sertra memadam objek disyakki bom depan klinik doctor Rajruk, jalan Pipit, Pekan Pattani.

- Unit EOD. mengesan lubang persiapan memasang bom berhampiran Teknik Payang, kampung Terbak, pekan Jala,

13/12/2019M. 
-2 orang pemuda ditembak ketika memancing ikan dikampung Pawai, mukim Sungai padi, wilayah Menara. Mangsa cedera ringan -Berlaku tembak menembak Antara ranjer yang sedang rondaan dengan 2 orang pemuda berserangam hitam, di kampung Telok Setor, mukim Saeb, daerah krong Pinang, wilayah Jala. Tidak ada laporan cedera parah.

14/12/2019M. 
-Tentera Siam mengepung serta menahan 3 orang pemuda termasuk seorang cikgu tadika dan aktivis ketua persatuan pemuda daerah Maiken (PEDAMAI) dalam kampung Koknibong, mukim Saitong, daerah Maiken, wilayah Pattani mereka adalah :
1. Sobri Mamut
2. Nurdin Yaya
3.Bukhari Beraheng
4. Hassan Mahamad dan
5. Nasri Samae.

15/12/2019M.
-Berlaku sabotaj khianat menebang pokok getah milik tok penghulu kampung Elek sebanyak 30 pokok di kebunnya kampung Elek, mukim Bahol, daerah Sebaya, wilayah Senggora.

16/12/2019M.
-Ranjer seramai 12 orang senggaja menembak mati rakyat awam yang sedang memproses kayu balak atas bukit kampung Anae, mukim Bongor, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara menyebabkan 3 orang rakyat awam ditempat kejadian, mereka adalah :
1. Mat Nasir Samae, 27 tahun
2.Hafizi Mat Daud, 24 tahun dan
3. Budiman Matli, 26 tahun kesemua berasal kampung Anae, Menara.

-Polis dari Balai polis mukim Maewad manjalankan operasi memetik DNA seorang rakyat awam kawasan kampung Batu Mas, mukim Kokchang, daerah Tantor, wilayah Jala.

19/12/2019M.
-Ranjer daerah Becah Airong seramai 8 buah kereta menyiasat dan mengeledah rumah khatib masjid waliyuddin kampung Gerong, mukim Chuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Laporan dari rakyat awam mengatakan rumah khatib ini sudah dikepung sebanyak 7 kali.

-Operasi mengepung dan memetik DNA rakyat awam sebanyak 3 buah rumah kawasan kampung Cok kapur, mukim Cerang Tadong, wilayah Raman, wilayah Jala. serta menahan beberapa orang rakyat awam.

20/12/2019M.
-Polis daerah Jaha menjalankan Operasi mengepung dan memetik DNA rakyat awam sebanyak 10 buah rumah kawasan kampung Kelek, mukim Baroh, daerah Jaha, wilayah Jala.

22/12/2019M.
-Pusat pentadbiran wilayah sempadan selatan (SBPAC) memebayar ganti rugi sebanyak 500,000 bath kepada 3 keluarga kes penembakan rakyat awam oleh ranjer diatas bukit Tuwae, Menara.

-Polis wilayah Jala menahan saudara Azman, berusia 33 tahun dalam kes penembakan mati seorang tok penghulu kampung Lemada, mukim Beserat, daerah Muang, wilayah Jala. pada 30/9/2016.

-Pegawai DSI bersama ranjer mengesan dan merampas beberapa laras senapang disorok berhampiran tanah perkuburan Islam Tok Badol, mukim Takeh, daerah Yaring, wilayah Pattani antara dikesan adalah Selaras senapang jenis M.16, selaras senapang jenis AK. Dan sepucuk pistol jenis .9mm.

-Polis mengesan 2 butir tong ges mengisi Bahan telupan bom di lalu lintas jalan Nat tokmong, mukim Sateng Nok, daerah Muang, wilayah Jala.

-Ranjer dari unit 4302 mengesan sebutir Tong ges mengisi bahan letupan bom di kampung Kra-aan, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora.

24/12/2019M.
-Unit E.O.D. mengesan dan memadam 2 butir bom lempar dipasang ditepi jalan raya kampung Telaga tujuh, mukim Yupor, daerah Muang, wilayah Jala.

25/12/2019M.
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 50 tahun di tembak mati ketika perjalanan pulang di kampung Padang setimun, mukim Pakbang, daerah Tiba, wilayah Senggora.

-Muhammad Kadir, 46 tahun Tok penghulu kampung Moklatae ditembak di kampung Moklatae, mukim Bendang Cenai, daerah Sebaya, wilayah Senggora. Mangsa juga adalah bekas ahli dewan undangan daerah Sebaya(Sor.Cor.) dan pencalun wakil rakyat dari party Prachacat.

-Polis daerah Raman memetik DNA rakyat awam warga emas sudah usia 70 tahun di kampung Kemeng, mukim Asong, daerah Raman, wilayah Jala.

26/12/2019M. 
- 6 orang pemuda berserangam hitam menembak sebuah lori di jambatan Kota, mukim Lahar, daerah Teluban, wilayah Pattani. Deliba lori warga Siam berasal Bangkok cedera parah.

29/12/2019M.
-Polis jumpa mayat seorang rakyat awam warga Melayu berusia 61 tahun dalam kebun getah di kampung Lubok Sama, daerah Sungai golok, wilayah Menara. Motif pembunuhan masih siasatan polis.

30/12/2019M. 
-Berlaku lemparan batu ke sebuah kereta api, menyebabkan mangsa 1 orang cedera, kejadian ini berlaku di kawasan antara Jala – Huakuan, mukim Satengnok, daerah Muang, Wilayah Jala.

31/12/2019M.
-Seorang ranjer berasal dari Kokkian, Menara.bertugas di kem ranjer 406 dalam Wat Canaram, kampung Lalok membunuh diri dengan senjata peribadi dalam kem ranjer 606 Lalok, daerah Resok, wilayah Menara.





KESIMPULAN Bulan DESEMBER (12/2019 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 24 kes.terbahagi kepada wilayah Pattani 5 kes, Jala 6 kes, Menara 9 kes, dan wilayah Senggora 4 kes.

Berlaku serangan bom 8 butir (6 butir sempat dikesan dan dipadam) yaitu 2 butir di Patani, 3 butir diJala dan 2 butir di Senggora.

Tembakan dan pertemporan berlaku 16 kes: Masing-masing di Pattani 3 kes, Jala 3 kes, Menara 9 kes dan Senggora 2 kes. berlaku sabotaj 1 tempat di Senggora.

 Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 2 orang dan cedera parah 6 orang, Rakyat awam mati 9 orang (kesemua warga Melayu) cedera parah 3 orang. pegawai kerajaan mati 2 orang dan cedera parah 2 orang.

Tidak ada Pejuang yang gugur Syahid dalam bulan ini. lebih dari 20 orang ditahan pihak berkuasa Siam dan dikeluarkan waran tangkap 6 orang. pihak keamanan Siam merampas senjata 5 laras dari pejuang

Lebih dari 40 tempat/ kampung dikepung dan mengeledah pihak keamanan Siam serta memetik DNA rakyat awam termasuk sebuah pondok. lebih dari 30 orang rakyat awam ditahan pihak penguasa Siam




No comments:

Post a Comment