Wednesday, 15 January 2020

RUNDINGAN DAMAI PATANI TAHAP MEMBINA KEYAKINAN

Dalam berbagai konflik di belahan dunia, pada suatu saat harus mencari jalan penyelesaian. Rundingan bukan suatu jaminan bahawa dapat menamatkan konflik secara tuntas.

Tapi rundingan tetap hadapan dengan halangan selama mana ia tidak jujur dan ada berkepentingan di sebaliknya. Rundingan merupakan sutu tindakan untuk mencari solusi bersama antara yang bertelikah.

Sangat bergantung kepada para pihak, sejauh mana dapat membina keyakinan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Jarang ditemui dalam satu-satu konflik dapat di selesai dengan secara cepat dan mudah.

Sudah pasti akan banyak menghadapi halangan dan rintangan. Dalam pasca rundingan damai Patani, sudah melalui kesekian kalinya, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Semua berakhir dengan tanpa ada pencapaian apa-apa, yang dapat dimanfaatkan kepada Bangsa Patani.

Mempelajari dari kegagalan demi kegagalan dalam proses rundingan damai Patani yang sebelumnya, sehingga sulit untuk menghadapi proses baru. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan adalah:
1. Tidak ada kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan, dalam proses.
2. Reka bentuk proses tidak memenuhi prasyarat atau norma-norma antara bangsa.
3. Memutar belit isu konflik, kepada ekonomi, keriminal dan keadilan. Bukan isu akar-umbi dan hak asasi sebagai suku bangsa Melayu Patani.
4. Tidak ada tindak lanjut apabila ada pertukaran kepemerintahan (kerajaan). Adanya konflik sudah pasti terdapat dari dua pihak yang bertelikah. Apabila tiba masa kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk mencari perdamaian.

Maka tahap awal menuju proses rundingan, masing-masing saling menjaga keutuhan dan membina keyakinan, agar proses dapat maju menghidari jalan buntu. Namun yang menjadi persoalan, bagaimana untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya proses damai? perlu memberi keterangan kepada masyarakat kerana mereka adalah merupakan yang menerima dampak akibat konflik dan terlibat secara langsung dengan konflik.

Sudah pasti mereka perlu untuk menyampaikan inspirasi dan aspirasi mereka kepada meja rundingan. Sebagaimana yang berlaku sekarang adalah hanya satu pihak yang memberi kerterangan pada rakyat secara terbuka dan ataupun tertutup, yang berkaitan dengan proses damai. Namun bagi pihak lawan, belum terbuka ruang dan peluang itu untuk beriteraksi, seperti dengan NGO atau badan-badan bukan kerjaan, belum ada ruang dan peluang untuk menyampaikan hal yang sama.

Dikeranakan Pihak pemerintah Thai, tidak membuka ruang politik bagi pihak pihak lawan boleh mengambil bahgian dalam   berkomunikasi dengan rakyat dan stakeholder mereka (yang berkepentingan). Semua pihak tidak menafikan, bahawa fase rundingan harus dilaksanakan. Namun apakah ideal proses rundingan kali ini mampu memcahkan permasaalahan secara hakiki.

Isu utama perlu diangkat kemeja rundingan sebagai landasan proses, atau sekadar apa yang dianggap baik oleh pihak kerajaan Thai sepihak. Di sini pihak kerajaan Thai harus memberi keyakinan kepada pihak lawan. Kalau Thai benar-benar ingin berunding untuk menyelesaian konflik. Banyak tanggapan dari pihak pengamat tentang perdamaian Patani, tidak ada bezanya dengan proses sebelumnya.

Dikerena Thai tidak menitik berat kepada perdamaian. Hanya menitik berat dalam hal bagaimana cara melahirkan keamanan dalam negara, dengan melalui taktik perdamaian. Saluran dalam negara yang memaikan peranan penting dengan lingkungan masyarakat yang berada di Patani, masyarakat awam, sekolah, lembaga agama, budaya dan lain sebagainya.

Melihat kepada polisi Negara Thai terhadap 4 wilayah, 5 Daerah, (Patani) dari dulu-dulupun untuk mematikan fahaman terhadap apa yang di namakan “Melayu” dan “Patani”. Tugas ini, dilaksanakan oleh 15 lembaga kementerian. Terutama dari lembaga Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pendidikan.

Kali ini kerajaan cuba mengeluarkan bajet begitu besar, dalam melahirkan aktiviti untuk mencapai kearah tersebut. Dengan banyak memfokus kepada kanak-kanak dan remaja. Untuk merubah minda “dari fahaman tentang Melayu dan fahaman tentang Patani. (mengikut kajian para ilmuan tempatan). Kembali kepada saling membina kepercayaan untuk menghadapi proses.

Sudah pasti masing-masing harus berpegang dengan peraturan-peraturan yang telah dipersetujui bersama. Baik dari tahap awal hingga ketahap yang lebih jauh, kalau ingin mencari perdamaian. Kerana masing-masing pihak juga boleh menggagalkan proses, akebat dari proses rundingan, yang hanya menjadikan titik penyelesaian sepihak.


No comments:

Post a Comment