Terjadi peristiwa pembunuhan keatas rakyat bangsa
Patani. Pada 16 Disember
2019, tentera Thai membantai penduduk kampung, yang
sedang berjalan turun daripada
tempat bekerja pembalakan
kayu.
Peristiwa tersebut telah
menewaskan 3 orang penduduk tempatan, yang tidak
bersalah dan tidak ada kaitan
dengan kelompok Gerakan
Pembebasan Patani.
Pihak tentera Thai
memberi kenyataan bahawa
mereka bertempur dengan
pihak Pejuang Pembebasan
Patani.
Kejadian di Kampung
Ane Bungo, Daerah Rangek,
Wilayah Narathiwat. Sebuah
pernyataan yang tidak berasas
dan menyalahi fakta sebenarnya, juga terkesan menghindari
pertanggungjawaban atas insiden yang memilukan rakyat
tempatan. Suatu sikap biadap
dan tidak ada rasa malu atas
tindakan ganas tentera Thai
tersebut.
Mereka hanya mampu membunuh rakyat kecil dan
lemah juga tidak berdosa.
Bagaimanapun, fakta
sebenar di atas insiden ini.
Menjadi sebuah kenyataan
bagi rakyat bangsa Patani
tentang perilaku ganas dan
biadap tentera Thai.
Tragedi
memilukan ini berulang dan
berulang lagi dan terus menimpa penduduk kampung.
Mereka hanya bekerja untuk
menyara keluarga dan mencari sesuap nasi daripada alam
sekitar. Pekerjaan buruh kuli
pembalakan merupakan pilihan terpaksa dalam menjalani
kehidupan.
Peristiwa kehilangan
ahli keluarga ini sangat perih
hatinya bagi ahli keluarga
yang ditinggalkan. Duka yang
tidak pernah disentuh oleh
sesiapapun, kecuali keluarga yang kehilangan ahlinya
dan sumber pencari rezeki.
Anak dan isteri ialah mangsa
ganasnya penjajah, yang menzalimi secara fizikal dan mental penduduk kampung. Siapakah yang perlu menjawab isu
keganasan ini? Apakah senjata
laras panjang otomatis dan
letupan bom sebagai jawapannya? Siapa pemangsa dan
serigala sebenarnya di bumi
Patani? Rakyat bangsa Patani
mengenal pasti siapa musuh
mereka sesungguhnya.
Isu keganasan dan kebiadapan tentera Thai ini, perlu
mendapat perhatian khas oleh
Badan Hak Asasi Manusia
Antarabangsa.
Kerana isu
pelanggaran tentera penjajah
Thai, selalu di tutup-tutupi
oleh pihak kerajaan Thailand,
bahkan beribu-ribu kes tidak
dapat di selesaikan. Sejurus,
setelah peristiwa dan tragedi
ini berlaku dan mangsa terbunuh dengan kejam menjadi
mayat.
Maka pihak kerajaan
dan tentera langsung membuat
kenyataan bahawa mangsa
yang terbunuh, disebabkan
bertempur dengan tentera
yang sedang melaksanakan
Tugas Runda di kawasan perkakian bukit.
Dengan pernyataan
awal bahawa mangsa yang
terbunuh melawan, dengan
berbalas tembakan dan korban terbunuh memiliki senjata
laras panjang otomatis. Suatu hal tidak masuk akal bagi
penduduk tempatan dan ahli
keluarga mangsa.
Dengan pernyataan berdasarkan penipuan
pembohongan kepada masyarakat kampung dan umum
bangsa Patani dan masyarakat
antarabangsa. Melihat kepada
peristiwa kejam dan ganas
ini, dengan sebuah pemberitaan keliru terhadap keluarga
mangsa.
Maka timbul persoalan daripada setiap penjuru
penduduk di 4 Wilayah dan
5 Daerah selatan Thailand.
Kerajaan Thai tidak peka dan
terkesan sangat membiarkan
tentera yang tidak berdisiplin
melakukan tugas di Patani.
Jika dapat di simpulkan, bahawa sesungguhnya mangsa
buruan Serigala buas ialah
rakyat bangsa Patani.
Rakyat
Patani yang tidak tahu menahu
tentang pergolakan politik dan
ketenteraan. Operasi gelap dan
sulit selalu ada di Patani dan
mangsanya adalah daripada
kalangan rakyat awam yang
tidak bersalah.
Peristiwa dan tragedi
ini banyak daripada kalangan
dan golongan rakyat tempatan
yang mendesak kerajaan Thailand.
Di antaranya, penduduk
kampung tempatan yang tidak
percaya terhadap kenyataan
pihak tentera. Pertubuhan
NGO yang bergerak untuk
kepentingan orang-orang Melayu, meminta kes keganasan
ini dituntas, mencari pelaku
dan perlu ada pihak yang
bertanggungjawab.
Desakan
daripada ahli politik senior
tempatan, melalui postingannya di laman sosial. Juga
tanggapan daripada para Ahli
Parti politik “Nanachad”.
Semua kalangan dan golongan
rakyat tempatan menuntut kes
ini di siasat secara profesional
tidak menutupi perkara sebenarnya.
Adapun di kemudian
hari, pihak tentera melalui
Juru Bicaranya, kembali mengulas kenyataan yang pernah
sampaikan sebelum ini salah dan keliru. Sebuah sikap
licik dan start ganda yang
digunapakai oleh mereka. Saat
desak begitu merugi politik
Bangkok, mereka berkelip
dan bersilat lidah, dengan
menarik kenyataan terdahulu.
Kemudiannya, mengaku salah
mengenal sasaran dan keliru
dalam bertindak. Tetapi yang
jelas mangsa telah terbunuh
tanpa sebab dan tidak ada
Undang-Undang yang memberikan mereka jaminan dan
perlindungan. Hanya mampu
mengadu dan berteriak tanpa ada yang mendengar dan
peduli.
Hak undang-undag,
hukum dan keadilan tidak
dihiraukan.
Nyawa ahli keluarga
mereka, hanya di nilai dengan
wang perak yang tidak seberapa.
Di bayar sebagai ganti rugi atas
tindakan yang keliru oleh pihak
kerajaan. Sudah tidak asing lagi
kes sebegini sering kali terjadi
di Patani.
Wang kertas menjadi
harga ganti bagi buruan tentera Thai dan duit tebusan atas
tindakan salah menjadi solusi
di atas semua perkara. Nyawa
orang-orang Melayu sangat
murah di sisi kerajaan Thailand
dan mangsa keganasan dan kejamnya tentera menjadi berharga
jika diketahui oleh masyarakat
awam. Namum, semua itu tidak
dapat mengantikan ahli keluarga yang untuk selamanya telah
meninggalkan dunia ini, dengan
kejamnya penjajah Thailand terhadap bangsa Patani.
No comments:
Post a Comment