Bidil (Siam : Phi’then) adalah sebuah mukim dalam jajahan Tung Yang Deng (daerah Kuwing Merah) wilayah Pattani, mempunyai kampung dibawah pentadbirannya sebanyak 8 buah kampung yaitu 1) Kg.Khaling 2) Kg.Belukar luas 3) Kg.Bidil (termasuk Kg. Kuwong) 4) Kg.Padang Nyior (S.Pa maprao) 5) Kg,Becah 6) Kg.Bageh 7) Kg.Tokcud (Termasuk Kg,Bukit mas dan Kg,Nakbai) 8) Kg.Tembak.
Dalam pembahasan ini ialah khusus kepada loghat Bidil yang dituturkan oleh orang Melayu dalam kampung Bidil dan sekitarnya seperti kampung Padang Nyior, Kuwong dan Becah. Loghat Bidil juga dipanggil dengan Bahasa “Siam Bidil” yaitu bertutur bercampur aduk Antara Bahasa Melayu Patani, Bahasa Siam selatan (Siam tai) dan Bahasa Siam diraja.
Mereka yang menguasai Bahasa Siam tai, Bahasa Melayu Patani dan istilah Bahasa diraja Siam sahaja yang dapat memahami logat Bidil ini. Bidil dalam cerita dongeng berasal dari perkataan “Phi Nen” yaitu abang sulong dari 7 beradik pengembala gajah Raja Pra Naresuan (1555-1605 M.) mereka berasal dari wilayah Ayutya, yang mana gajah mereka lari setelah kekalahan dalam peperangan menyerang Patani zaman pemerintahan Ratu Hijau (1584-1616 M.), setelah mengejar gajah ketimur Patani, 7 beradik tersebut bertapak di kampung Bidil, Becah, Natdam dan Kelubi. Akhirnya anak cucu mereka memeluk Islam dan berturun temurun bertutur dengan logat “Siam Bidil”.
Loghat Bidil sekarang susah didengari dan ditutur oleh orang-orang muda hanya mereka yang berumur 40an keatas sahaja yang dapat memahami dan menutur dengan loghat ini.
Contoh loghat Bidil
“Mok-mok ban Tok nibae yu tong nai? Oo paitong laew lekok sai” Maksudnya “ Nenek, rumah tok penghulu disebelah mana? Ya jalan terus kemudian belok kiri.
“Nong nong painai nih? dok ngaji nai? Maksudnya “ adik nak kemana? Sekarang sedang belajar dimana?
“Dek-dek Fon tok tong pa klod susah tong pai pita” Maksudnya “kanak-kanak musim hujan ni pasti baya payung, nanti susah(demam) kena masuk hospital.
“Kep-kep lee, tok imam malaeaw, Ao ulae ma la cak hirih” Maksudnya “cepat sikit la tok imam dah sampai, cuba ambil sayur saya nak potong
“Pai nai tok nebae? mai paidu getak utoh” Maksudnya “kemana tok penghulu? Ya nak pergi tengok jambatan runtuh”
Loghat Cekhe
Cekhe adalah satu mukim dalam daerah Takbai, wilayah Menara. Kawasan ini didiami oleh kaum Siam yang berpindah dari Sukhotai, Bahasa/loghat Cekhe berecampur aduk dari Siam utara, Siam Sukhotai, Siam Tai dan beberapa kalimah Melayu Patani.
Selain kawasan Cekhe lohgat Cekhe ini ditutur oleh kaum Siam dalam daerah Penarek, Teluban, wilayah Pattani. daerah Sungai Padi, daerah Weng, wilayah Menara dan kaum Siam dalam daerah Tumpat, Kelantan, Malaysia.
Loghat Cenak Loghat Cenak terkenal dengan panggilan orang Patani dengan Pelek (pelat) Cenak, loghat Cenak ini mengguna istilah dan kaedah sama dengan Bahasa Patani tetapi berbeza pada vocalnya sahaja, oleh kerana mereka kawasan ini bertutr seharian dengan loghat Siam tai maka pengaruh dari vocal siam tai meresap kedalam Bahasa Melayu Patani Loghat Cenak juga ditutur oleh orang-orang Melayu kawasan Tiba dan sebahagian kawasan Kokpor seperti kampung Nakho, Sayok (s:samyok), Saikhao dan sebagainya.
Bersambung
No comments:
Post a Comment