Sunday, 8 December 2019

Dialek Tempatan Patani (2)


Loghat ulu mempunyai sebutan bunyi huruf vokal yang berada di hujung perkataan yang berlainan dengan bahasa Melayu Patani begitu juga istilah-istilah dan perkataan yang tertentu seperti contoh dibawah:

Akek (Angkat) Babey (Degil) Beramat (Halau) Cemuh (Bosan) Cokeh (Cungkil) Dak deh (Bukan lah) Demo (Kamu) Gena (Macam mana?) Ghoyat (Beri tahu) Gomo (Bertumbuk/bergaduh) Hamat (Kejar) Haring (Hacing) Huwing (Pusing) Ja-ong (Mendong) Jeghang (Rebus) Jemorang (Pelantar) Jokay (Bahagian Tepi Jemorang) Juweh (Mulut bawah terkeluar) Kahek (Luah) Kebudak ning (Budak-budak ini) Kelolo (Buat lawak/bergurau) Kesik (Sunyi) Kesot (Alih) Ketit (kena gigitc serangga) Khelik (Pulang) Kheng (Tahan) Kho dulu (Nanti dulu) Kothok (Pendek) Kumo (Kami) Kutey (Cubit) Loghat (Kalut)

Muka tepoh (simpan tiga) Mung (Kamu) Nana (Tak cermat) Ook dulu (tahan dulu) Pholok (Pengotor) Pungar (Lempar suatu) Rethak (Buang) Rophong (Tiada gigi) Tahok (Buang) Tak moh (Tak mau) Tak thu deh (Tak tahu la) Tebeng (Sengaja/usaha keras) Teghebey (lastik) Tekpa (Tak apa-apa) Tengok (Lihat) Tusuk (Sembunyi) dan banyak perkataan lagi

Dalam Bahasa Patani dan loghat ulu terdapat beberapa perkataan yang mengelirukan contoh : 

Perkataan “Tupae” dalam loghat ulu bermaksud sejenis binatang (Tupai), (“Pae” dibaca seperti imalah dalam ilmu tajwid atau dibaca seperti bunyi “Where” dalam Bahasa Inggeris)  manakala bahasa Patani bermaksud Menumpang” (Tumpang).  

Perkataan “Hitae” dalam loghat ulu bermaksud Mengitai/Melihat, manakala bahasa Patani bermaksud “warna Hitam”.  Perkataan “Sapae” dalam loghat ulu bermaksud Sampai, manakala bahasa Patani bermaksud “mengecat”.

Perkataan “Tupae” dalam loghat ulu bermaksud sejenis sepesis binatang (Tupai), manakala bahasa Patani bermaksud “Menumpang” (Tumpang). Perkataan “Senae” dalam loghat ulu bermaksud Hari isnain, manakala bahasa Patani bermaksud “Senang”. 

Perkataan “Cerae” dalam loghat ulu bermaksud Bercerai, manakala bahasa Patani bermaksud “Cerang”. Dan beberapa perkataan lain lagi.

Contoh perbualan Loghat ulu  

“Aku baru khelik buki?, gi nak gahik buah petae, habih dimakaeng tupae, hok ada pung kok hujung julae, nak gahik tak sapae, tinging sangat”. Bermaksud “Aku baru saja balik dari bukit, nak ambil buah petai, semua habis dimakan tupai, yang adapun dihujung-hujung julai sahaja, tak sampai nak ambil.sebab terlalu tinggi. 

“Mung tulong akek kheng hok dok sidae di jukey tu sikit napak ja-ong supo hujaeng nak turung dah, pastu tolong khahik buah poh sikit nak makaeng colek”. Bermaksud “Kamu tolong angkat kain yang sedang dijemur di jemorang sikit, Nampak mendong macam hujan akan turun, lepas tu tolong jolok buah manga sikit nak makan dengan asam garam”. 

“ Bining ku baru khelik dari mohsakit, bomo kata dia jadi seduwang, bomoh suroh pataeng makaeng udaeng, sutong dan ikaeng haya, kena makaeng ubat pagi dan malaeng. Bermaksud “Isteri aku baru saja balik dari hospital, doktol kata dia mengidap pengakit resdung, dortor nasihatkan sepaya pantang makan udang, sotong dan ikan kayu, pasti ambil ubat pagi dan malam.                                                        


bersambung..


No comments:

Post a Comment