Wednesday, 7 August 2019

TUNTUTAN HAJI SULONG SESUI DENGAN PIAGAM PBB TENTANG HAK PENENTUAN NASIB SENDIRI


Haji Sulong Bin Abdul Kodir Alfathoni, tokoh dan ulama Agung pujangga Bangsa Patani, yang mencetus idea dalam mengemukakan tuntutan 7 fasal, untuk membebaskan bumi Patani dari penjajahan Thai. 

Tuntutan tersebut didukung oleh setiap lapisan masyarakat Patani pada ketika itu. Sehinga jasa dan karisma beliau masih subur dan segar dalam ingatan Bangsa Patani. Walaupun terpaksa melalui detik-detik sejarah duka. 

Tuntutan 7 fasal yang beliau bersama rakan-rakannya, yang mempersiapkan demi membebaskan bangsa dari penjajahan Siam. Kerana sudah sekian lama Bangsa Patani diperbudakkan dan ditindas oleh Siam. 

Namun tuntutan tersebut tidak berjaya, kerana ditolak oleh kerajaan Siam pada ketika itu. Walau bagaimanapun ia merupakan titipan dan amanah untuk terus diperjuangkan oleh generasi berikutnya. Semoga menjadi kenyataan dimasa mendatang.    

Isi tuntutan 7 fasal Hj. Sulong sebagai berikut:     
1. Harus mengangkat serang ketua di 4 wilayah. Terdiri dari orang tempatan (pribimi) orang Melayu Muslim dengan diberi kuasa pemuh.       
2.Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu, (Bahasa Ibun
da). Disetiap sekolah.    
3. Hasil pendapatan yang diperolehi di 4 wilayah hendaklah dibelanjakan di 4 wilayah.        
4. 80 persen dari pada kaki tangan pegawai kerajaan, harus terdiri dari Orang Melayu Muslim (Anak Pribumi).   
5. Bahasa Melayu dijadikan Bahasa rasmi di 4 wilayah.    
6. Mengadakan mahkamah Syariah, selain dari mahkamah Negara Thai.    
7. Mengetiraf Rakyat di 4 wilayah (Anak Pribumi) adalah berketurunan Melayu.   

Tuntutan 7 fasal tersebut, tidak bercanggah dengan resolosi PBB. Sebagaimama Diklarasi hak asasi manusia secara Universal, 10 Desember 1948, yang menjadi hakhak individu, dan berdasarkan konponem Internasional tentang Hak sivil dan politik, tanggal 16 Desember 1986, yang menjadi hak-hak koleptif, sebagai hak penentu Nasib Sendiri. 

Pengistiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Humman Right UDHR).  Berkaiatan hak asasi manusia secara hukum Internasional. Tentang Hak Penentuan Nasib Sendiri. Adalah merupakan hak bagi setiap bangsa dan eitnik, untuk secara bebas menentukan kehendaknya sendiri. 

Khususnya dalam berkaitan prinsip, mengenai setatus politik, ekonomi, sosial budaya, dan agama. Sebab itu semua terletak pada kebebasan dalam menentukan pilihan. Bangsa Melayu Patani harus berusaha memperjuangkan kembali nilai-nilai hak kemanusiaan (HAM) yang telah terjadi penindasan dan penyiksaan secara menyeluruh. 

Kerana bagi setiap bangsa berhak mencana dan menjaga terhadap nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri.  Thai telah terlalu banyak melanggar nilai kemanusiaan terhadap Bangsa Patani. Bukan sekadar mengangcam terhadap nyawa dan keselamatan, malah seluruh infera setruktur kehidupan Bangsa Patani telah dimusnahkan. 

Antaranya merampas hak kepemerintahan dan pertuanan Bangsa Melayu Patani. Mencabuli nilai kehidupan sebagai anak pribumi Patani, serta memisah nilai budaya dan agama dari anutan dan pengamalan secara hakiki. Memburuk-buruk keadaan dari asalnya aman damai dan hidup secara kerukunan dan harmunis, bertukar menjadi persengketaan.  

Mengimbas kembali sejarah tuntutan Hj. Sulong. Dengan kesanggupan dan keberanian beliau yang mencetuskan ideal plan damai, dalam rangka mencari solosi bersama dengan Pemerintah Thai. Sehingga akhirnya tindak lanjut Thai terhadap Hj. Sulong dan kawan-kawnya, dengan cara sadis dan tidak bermoral, serta tidak prikemanusiaan. 

Dari tindakan Thai yang sebelum dan sesudah terhadap orang-orang yang ingin membela nasib Orang Melayu Patani, akan menimpa nasib yang sama seperti Hj. Sulong. Disitu lahirnya rasa tidak puas hati di kalangan Anak-anak Melayu terhadap tindakan Thai itu. Kemudian terjadilah antara Bangsa Melayu Patani dengan Bangsa Siam Thai. 

Sehingga lahirnya persengketaan dan konflik sepanjang sejarah hidup kedua-dua bangsa. Lahirnya prasaan negatif yang masing-masing saling tidak mempercayai, antara Melayu dan Siam. Bukan sejak dari tercetusnya konflik terbaru. 

Malah semenjak dari dulu lagi, iaitu ketika Siam melakukan ekspansi keatas Patani, dan setelah itu Siam sering melakukan penyiksaan dan penindasan terhadap Orangorang Melayu secara sadis dan brotal dari masa-kesemasa. Sebagai mana Kerajaan sering mengeluarkan pernyataan dan tuduhan, terhadap Orang Melayu, tentang ke tidak serasian dalam kehidupan dan pergaulan antara Melayu dan Siam. 

Ia bukan berpunca dari Orang Melayu yang bertindak ganas. Malah terjadi sebaliknya, Siam secara sengaja yang melakukan tindak ganas terhadap orang Melayu Patani. Buktinya Tindakan terhadap Hj. Sulong dan kawan-kawannya, hilang tanpa pusara.    

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Dusun nyur, dengan tanpa usul-perikasa terlebih dahulu. Serangan di masjid Kersik terhadap manusia hanya bermodalkan senjata parang. Namun dipihak kerajaan penuh dengan senjata perang. Serangan di masjid Air tempayam dalam keadaan mereka sedang melaksanakan Sholat. Pembunuhan dan penyiksaan secara beramai-ramai diTak Bai mereka hanya datang menuntut keadilan.  

Bangsa Melayu Patani terkenal dengan Bangsa yang ingin berdamai. Tidak suka perseketaan. Tuntutan dan permohonan telah beberapa kali diajukan kepada Pemerintah Thai. Agar konflik dapat diselesaikan dengan cara damai dan bermarwah. 

Namun Thai lebih memilih penyelesaian dengan melalui adu kekuatan. Hingga kehari ini peperangan dan persengketaan masih tetap berlangsung. Seandainya Kerajaan Thai tak sanggup undur selangkah, untuk mencari solosi perdamaian, jangan mengharapkan bahawa di 4 wilayah (Patani) akan hidup damai. Walau bagaimanapun keadaan, Bangsa Patani tetap menuntut terhadap hak-hak yang harus diselesaikan, baik melalui meja rundingan atau melaui apa saja. 

Sehingga dapat melihat berubahan dan keadan setatus hidup Bangsa Patani penuh bermarwah dan bermertabat. Agar Bangsa Patani mampu berdiri sejajar dengan bangsa-bangsa lain yang ada di belahan dunia. Dengan kata lain Bangsa Patani harus mampu membuat penentuan nasib nasib sendiri.



No comments:

Post a Comment