Pengertian bangsa adalah kumpulan komuniti dan kelompok
masyarakat yang hidup berdampingan secara tradisi dan kebudayaan dalam suatu
ideologi yang di sepakati dan mempunyai pengalaman sejarah bersama.
Proses
kebangsaan berdasarkan latar belakang sejarah suku, etnik dan kesatuan dalam
pilar kehidupan bermasyarakat yang adil, aman dan damai. Dengan terbentuknya sejarah kelompok dalam
menghadapi rintangam dan tantangan zaman secara bersama.
Di bawah sejarah
pemerintahan baik berupa kerajaan mahupun republik. Kebangsaan merupakan proses
alami semula jadi dan menjadi jati diri bagi setiap bangsa manusia. Nilai
kebangsaan itu akan selalu melekat kepada setiap peribadi manusia, yang menjadi
identiti kebangsaan bagi sebuah pemerintahan.
Nasionalisme memang bukan prodak
orang Timur, namun menyebar dan berkembang sejak satu abad yang lalu. Filosufi
nasional yang sebenarnya adalah prodak Barat untuk memecahbelahkan persaudaraan
Islam setelah Perang Dunia I.
Sesuai dengan perkembangan zaman dan masa yang
terus merubah peta persaudaraan, baik di timur, barat, selatan dan utara. Ini
jelas pula akan merubah hal-hal yang bersifat politik dan kekuasaan secara
meluas dan umum. Sehingga terbentuk menjadi negara-negara bangsa, baik di benua
Amerika, Europah, Afrika dan Asia.
Kemudian di bahagi dalam beberapa bentuk dan
nilai yang berbeza-beza dalam sistem pemerintahannya. Perkembangan dalam realiti kelombok manusia
yang masih menganut kepada suatu nilai luhur dan budi pekerti secara
bersama-sama. Tidak dapat dinafikan bahawa nilai tersebut ialah “Kebangsaan”.
Nilai ini akan menjadi sangat bererti bagi kehidupan manusia, untuk memenuhi
tuntutan zaman dan cabaran dari masa kesemasa. Dalam pada itu, manusia akan
sanggup dan rela mengorbankan apa sahaja. Demi terpenuhinya rasa kebebasan dan
keadilan hidup.
Kebebasan untuk memilih dan menentukan hala tuju masa depan,
yang sepenuhnya berada di tangan dan berkuasa mengurus juga mengaturnya.
Kesatuan nilai “kebangsaan” menjadi asas perpaduan semangat membela, menjaga,
melindungi dan mengawal terhadap apapun.
Yang kiranya, dapat melemah dan
memecahbelahkan rasa persaudaraan tersebut. Kebangsaan sangat perlukan kepada
sikap “patriotik”, segenap lapisan masyarakat. Peranannya, sungguh-sungguh
diperlukan semangat pengorbanan daripada setiap unsur kehidupan.
Bermula
daripada menjaga keturunan, pendidikan, pakaian, bahasa dan kebudayaan.
Cerminan ini jelas ada dalam kebudayaan bangsa Patani. Kehidupan berbangsa ini
sangat berperanan dalam proses bernegara. Di mana negara merupakan wadah
persatuan rakyat dalam satu ideologi kenegaraan, yang punya cita-cita bersama
di bawah bendera yang berkibar sebagai lambang permersatuan
bangsa dan keturunan. Ideologi kebangsaan negara merupakan Rukun Negara dalam
perumusan Undang-Undang Negara.
Lembaga Undang-Undang Negera sangat berperanan
dalam menjaga, mengawal dan mengoreksi setiap ditil Perundangan tersebut.
Mahkamah Tinggi/ Agung Negara yang terdiri daripada pakar-pakar bidang Hukum
Negara akan bekerja sebagai Hakim Negara. Oleh kerana amanat rakyat akan
dituangkan dalam lembaran kertas bertinta dan dimandatkan kepada
pemimpin-pemimpin mereka.
Undang-Undang Negara akan termaktub di Perlembagaan
Negara, sesuai dengan Susunan Perkara, Bahagian-Bahagian, Bab-Bab dan
Pasal-Pasal dalam urutan. Kemudian di tambah dan dikuatkuasakan lagi melalui
Akta-Akta, Seksyen-Seksyen dan Bahagian-Bahagian. Setelah kesemuanya ini telah
diwartakan oleh Perlembagaan Negara. Maka tersusun sudah Undang-Undang dan akan
berlaku ke atas setiap warga negara ataupun rakyat secara menyeluruh dan umum.
Kerakyatan di bawah Perlembagaan Undang-Undang Negara menjadikan rakyat hidup
bernegara secara Perlembagaan. Memenuhi
syarat-syarat sebagai sebuah negara dengan memiliki Persatuan di bawah Pemimpin
yang di pilih dan diperakui oleh rakyat. Kemudian diberikan kuasa untuk
mengatur dan mengurus Sumber Daya Insani dan Sumber Daya Alam dalam kewenangan
Undang-Undang dan Perbatasan Negara.
Pemerintahan sebuah negara pula perlu kepada pemimpin yang bijaksana dan
mampu menempatkan Kabenet Menteri-Menterinya, sesuai dengan kredibiliti dan
kepakaran masing-masing individu. Wawasan dan pandangan jauh kedepan dalam
menyusun Manifesto dan Bajeg Belanjawan Negara, yang dapat
dipertanggungjawabkan. Ini semua perlu di arah dan dilakukan untuk menjamin
bahawa Negara selalu bertumbuhkembang dalam setiap bidang dan aspek kehidupan
rakyat. Keselematan dan keamanan negara menjadi prioriti utama di samping
belanjawan lain-lainnya.
Belanjawan
Urus Tadbir Negara dalam tempo dan periode wajib di atur dengan baik. Ekonomi
dan Perekonomian Negara pula akan menentukan tingkat pertumbuhan ekonomi
kerakyatan. Tingkat pertumbuhan ekonomi dan perdagangan perlu di jaga
kesetabilannya.
Kerana ia sangat menentu terhadap pertumbuhan ekonomi
per-kepala ataupun perkesorangan rakyat. GDP adalah tolak ukur pertumbuhan ekonomi
negara tahunan, untuk mengetahui berapa besar tingkat Pendapatan Negara secara
keseluruhan dalam tempo satu tahun dan di bahagi dengan keseluruhan
rakyat.
Adapun pendidikan menjadi
tangggung pemerintah untuk mengembang Sumber Daya Insani secara formal mahupun
tidak formal. Kerana proses pendidikan merupakan pembinaan generasi baharu
untuk dipersiapkan sesuai dengan keperluan, kebutuhan dan cadangan masa depan bangsa.
Kemudian, budaya dan kebudayaan perlu
dilestarikan melalui tradisi-tradisi dan adat-istiadat Melayu dan lainnya,
dengan mengamati nilai-nilai positif yang terkandung di dalam filosofi dan
kepercayaan masyarakat yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai suci
agama. Negara tidak mungkin mengurus dirinya
sendiri tanpa pemimpin dan rakyat.
Sebuah negara perlukan kebebasan dalam
segenap aspek untuk bergerak maju seiring dalam mencapai cita-cita bangsa.
Kebebesan dalam ertian yang sesungguh-sungguhnya ialah kedaulatan di darat,
laut dan udara. Bebas tanpa tekanan dan paksaan daripada pihak-pihak luar yang
berkepentingan maupun tidak. Maka kedaulatan akan sepenuhnya di jaga
keselamatannya, di awasi ancaman luar dan dalam juga mempertahankan daripada
musuh-musuh Negara.
Perjuangan mempertahankan harga diri bangsa dan negara
menjadi harga mati bagi membela Ibu Pertiwi. Bumi dan Tanah Air tidak boleh di
rampas oleh siapapun dan bangsa apapun walaupun seinci, apa lagi sejengkal.
Keselamatan dan Keamanan Negara di jaga oleh Angkatan Tentera, yang
diperkuatkan melalui pendidikan dan latihan-latihan para perwira. Demikian itu
adalah untuk mengusai ilmu-ilmu pertahanan dan pelbagai strategi perang juga
kemahiran personaliti secara fizikal dan mental.
Adapun, teknologi moden sesuai
dengan kemajuan dan perkembang zaman mesti di kuasai. Hemah dan semangat akan
selalu di latih dan ditingkatkan sesuai dengan bidang dan kemahiran. Demikian.
adalah untuk menjawab setiap cabaran dan tantangan zaman yang selalu ada, terus
berkembang dan menjadi profesional.
Para Genderal dan Para Ahli Strategi Perang dan Pertahanan, akan menyusun Rantai Komando Tentera secara
afektif dan maksimal, menjadi rahsia dan sulit untuk awam. Di Darat
dipersiapkan Pasukan Tempur Infantri. Kafeleri, Kereta Perisai dan Kereta Kebal
Lapis Baja, Peluru Berpandu, Jenis-jenis Roket dan Pasukan Lintas Udara atau
Para Komando dan seterusnya.
Di Laut dipersiapkan Pasukan Navy, Para Perwira
dan tentera reguler untuk ditugaskan bersama Kapal-Kapal Perang dan Kapal-Kapal
Selam dan lainnya. Di Udara dipersiapkan pula Pasukan Udara dan Perwira Tinggi sebagai
Pilot-Pilot yang terlatih dan handal menggunakan Jet Fighter dan Juru-Juru
Terbang Pesawat lainnya, juga dipersiap sesuai keperluan dan kebutuhannya.
Adapun, Kedaulatan menjadi penting dalam
pemerintahan negara untuk diperakui oleh negara-negara shahabat dan di iktiraf
secara meluas sesama negara serumpun dan mendapat pengakuan dunia Antarabangsa.
Bangsa, Negara dan Kedaulatan Patani bukan lagi mimpi di awang-awangan tetapi
realiti yang akan wajud menjadi nyata dalam bingkai pertarungan yang tidak mengenal
lelah dan kalah.
Patani mampu berdiri
dengan tegak merentas kemerdekaan dan mampu menjunjung tinggi kedaulatan Patani
sampai ketitisan darah terakhir. Patani berdaulat rakyat bermartabat, Ekonomi
maju rakyat makmur sejahtera. Senyuman dan salam akhlak bangsa bersapa mesra.
Lambang Bendera Megah simbul sederjat bersama bangsa-bangsa lain di dunia.
No comments:
Post a Comment