Wednesday 7 August 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JULAI (7/2019 M.)


2/7/2019M. 
-Pegawai tentera dari Kem Telaga Bakong, Pattani, menjalankan operasi mengepung pondok dan  menahan ustaz Muktar Abdullah dalam kawasan pondok Pombing bersama ustaz fauzi Umar (adik ipar ustaz Soleh yang ditembak pada 30/6/2019) mereka ditahan dan dibawa siasat ke kem Telaga Bakong, Pattani. 

-Seorang rakyat awam berusia 47 tahun berasal kampung Krong Pinang, Jala ditembak di kampung Air Wo, mukim Kalong, daerah Sri Sakon, wilayah Menara. Mangsa cedera ringan.   

3/7/2019M. 
-Berlaku tembakan terhadap warga Siam pemburu haiwan liar di bukit kampung Hujung Sungai (cawangan Kg,Kuwing), mukim Baroh, daerah Jaha, wilayah Jala.  Menyebabkan seorang mati dan rakannya cedera. kemudian ketika unit ranjer menyerbu ke tempat kejadian berlaku pula serangan bom menyebabkan seorang ranjer mati dan 3 orang yang lain cedera parah, pada jam 3.00 petang hari yang sama pihak tentera menahan 5 orang rakyat awam di sekitar kampung tersebut.   

4/7/2019M. 
-2 orang rakyat awam warga Siam ditembak mati depan Wad (Candi budha) kampung Yangdeng, mukim Napradu, daerah Kokpor, wilayah Pattani. Polis jumpa sehelai sepanduk berhampiran tempat kejadian tertulis “Siam perut hijau, dari pondok Pombing ke Yangdeng, Jika tentera Siam membunuh rakyat awam, kemudian menabur firtnah terhadap pejuang Patani, pikirlah!, kami mempunyai sasaran lebih banyak” 

-Pihak keamanan Siam menahan Imam Masjid kampung Nat Kubur, mukim Bukit Tong (khaotum), daerah Yarang, wilayah Pattani. Dikenali Imam Baroseng Nawanik berusia 58 tahun, dibawa siasat ke Kem Telaga Bakong, Pattani.    

5/7/2019M. 
-Tembak mati seorang pemuda Melayu dikenali saudara Hasan Wayantama usia 30 tahun berasal kampung Tempuyak, daerah Jeringa, wilayah Menara.   

6/7/2019M. 
-2 orang pemuda melempar bom paip buatan sendiri ke dalam rumah relawan tentera warga Siam di kampung Hua khuan, mukim Wangpaya, daerah Raman, wilayah Jala.    

7/7/2019M. 
-Sekumpulan pemuda lengkap dengan senjata api menyerang pos kawalan unit pengawal kampung (Cor.Ror. Bor) di kampung Pohon Jid (Tonjot) mukim Lamphaya, daerah Muang, wilayah Jala. menyebabkan relawan tentera bersenjata mati 2 orang, cedera parah seorang dan rakyat awam cedera ringan seorang. Bersama ini mereka sempat merampas 2 pucuk senapang panjang jenis HK 33 dan AK 102 serta menabur paku duri di lalu lintas kekampung tersebut. 

-Seorang relawan pertanian warga Siam ditembak dikampung Pulau Senor, mukim Cakuas, daerah Raman, wilayah Jala. Mangsa cedera parah. 

-Lebih dari 5,000 orang mengadakan solat hajat untuk keselamatan pondok Pombing berkaitan kes penembakan ustaz dan menahan beberapa orang ustaz dalam pondok ini.   

10/7/2019M. 
-Pihak keamanan Siammengepung kampung Melayu kawasan mukim Pakbang, daerah Tiba, dan mukim Banna, daerah Cenak, wilayah Senggora. Serta menahan 2 orang rakyat awam. Berhubung kes mendukung gerakan pembebasan Patani. 

-Polis wilayah Jala mengesan kem kecil pihak pejuang dalam hutan paya (baroh) Yangdeng (kuwing merah) mukim Telok Mekna, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani. Mengesan beberapa alat kelengkapan diri, alat memasak, peluru jenis M406 dan peluru M79. 

-Sekelamin warga Siam ditembak mati di Kg. Tolang, daerah Yaring, wilayah Pattani. kemudia berlaku tembak menembak antara pejuang Patani dan tentera Siam  menyebabkan seorang pejuang kurban syahid dikenali Ahmad Ma’a’ berasal Kg,Baloi, Yaring,Pattani.   

11/7/2019M. 
-Pihak tentera Siam menahan saudari Zainab Hokya berasal kampung Pate Raya, mukim Kekra, daerah Raman, wilayah Jala. bekas mahasiswi Indonesia dan peniaga dalam talian online berhubung kes menyebar berita dalam laman social facebook “Suara Patani”   

12/7/2019M.
 -Serangan bom ke atas rondaan unit pegawal mukim (cor.kor.tor) mukim Bendang Sareng di kampung Ketupat, mukim Bendang Sareng, daerah Muang, wilayah Jala. 3 orang unit pegawal mukim bertugas megawal guru cedera parah.  

-Pihak tentera Siam menjalankan operasi megepung kampung Melayu di kampung Takedam, mukim Telok kapur, daerah Yaring, wilayah Pattani. Dalam operasi ini menahan tuan imam masjid Takedam bersama 2 orang anak lelaki, 2 orang menantu lelaki dan seorang rakyat awam.   

14/7/2019M. 
-Seorang warga Siam ditembak di kampung Banrai, mukim Kuala Tanjung, daerah Nongcik, wilayah Pattani. mangsa cedera ringan. 

-Tembak mati seorang rakyat awam berusia 46 tahun di kampung Tolong, mukim Lamphaya, daerah Muang, wilayah Jala.   

15/7/2019M. 
-Serangan bom keatas rondaan tentera Siam di kampung Duku, mukim Bacok, daerah Bacok, wilayah Menara. Tidak ada laporan kecederaan.    

17/7/2019M.
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi besar-besaran mengepung kampung Kg. Rai, mukim Kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala. menahan 2 orang warga awam serta memetik DNA setiap warga. Turut dikepung rumah Ketua dewan pentadbiran mukim (Nayok Or. bor.Tor.) saudara Ramzi dokhor. Rumah Tok Penghulu dan rumah ketua persatuam Imam daerah Tantor. 

-Serangan bom ke atas rondaan tentera laut di kampung Berawae, mukim Lubok sawa, daerah Bacok, wilayah Menara. 3 orang tentera laut cedera parah, seorang daripadanya terputus kedua belah kaki.   

19/7/2019M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 29 tahun, ditembak di kampung Nabo, mukim/daerah Penarek, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah.   

20/7/2019M. 
-Tentera Siam menahan saudara Abdullah Isamusa berusia 32 tahun, di kampung Tebing, daerah Teluban, wilayah Pattani. Dibawa siasat ke Kem Talaga Bakong, Pattani. Berhubung kait beberapa kes kejadian kawasan ini.   

21/7/2019M. 
-Saudara Abdullah Isamusa yang ditahan dalam kem Telaga Bakong, dikejar ke Hospital Pattani akibat penderaan ketika soal siasat dalam Kem tentera Ingkayut Borihan (Kem Telaga Bakong). Kata doctor dari Hospital Pattani, mangsa kritikal dan tidak sedarkan diri akibat kehilangan oksigen akibat dari penderaan.  

-Pihak tentera Siam menjalankan operasi atas bukit Tawae, kawasan kampung Hee, mukim Bongor, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Mengesan beberapa buah kemah sebagai kem kecil pihak pejuang Patani dan Berlaku pertemporan Antara kedua pihak. Kata pihak tentera pihak pejuang ada yang luka parah dari kesan darah dan merampas selaras senapang jenis M.16. 

-Rakyat awam sekitar kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala, membuat pengaduan kepada Yayasan peguam Muslim wilayah Jala, atas pencerobohan tentera Siam pada 17/7/2019M. dengan menggeledah rumah rakyat awam tanpa alasan dan memaksa memetik DNA setiap warga. 

-Serangan bom ke atas rondaan ranjer di kampung Pawang, mukim Bendang setar, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. mengakibatkan 4 orang cedera parah.   

23/7/2019M. 
-Sekumpulan lengkap dengan senjata api disyakki pejuang pembebasan Patani menyerang dengan tembakan dan melempar beberapa butir bom ke dalam pos kawalan kampung (Pos Cor.Ror.Bor) kampung Kolae bilik, mukim Pakaharang, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Seorang pegawai tentera dan 3 orang relawan tentera bersenjata mati di tempat kejadian dan 3 orang lagi cedera parah. Sebelum mereka mengundur diri, sempat merampas 5 laras senjata apai yaitu selaras senapang jenis M-16 A2, 4 laras senapang jenis HK 33.   

-Seorang pemuda Melayu berusia 30 tahun ditembak mati di kampung Repil, mukim Krong Pinang, daerah Krong Pinang, wilayah Jala. 

-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukuamn Mati terhadap 2 orang Pejuang pembebasan Patani dikenali
1) saudara Ismail Masae dan
2) saudara Rokib
Demo berhubung kes menembak mati seorang tentera Siam pada 7/4/2012M.   

24/7/2019M. 
-Pihak tentera Siam menahan saudara Cik Abdul Rasid Deramae AJK Masjid kampung Kopok, mukim Kopok, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Di bagunan Persatuan tadika wilayah Sempadan selatan Thai (PERKASA) kampung Telubok, Pattani. dibawa soal siasat ke Kem Telaga bakong berhubung kes serangan pos kawalan mukim di kampung Kolae Bilik. 

-Saudara Amran Tayek berusia 32 tahun mantan banduan kes keamanan ditembak dalam bengkel kereta rumahnya di kampung Sopo (Sompoi), mukim/daerah Bacok, wilayah Menara. Mangsa cedera parah. 

-Sekumpulan lengkap dengan senjata api menaiki sebuah pick-up menembak rumah milik unit pengawal kampung warga Siam di kampung Lamok, mukim Lalok, daerah Resok, wilayah Menara. Tidak ada laporan cedera dan kehilangan nyawa.   

25/7/2019M. 
- Pihak pemerintah Thailand mengerahkan 10,000 orang tentera Thailand untuk melakukan operasi secara besar-besaran ke atas perkampungan warga sipil Patani, operasi ini dilakukan di kawasan perkampungan Daerah Muang, Wilayah Patani, Laporan dari pihak tentera Thailand mengatakan, penglima tentera darat ke-4, Lt. Jen Pornsak Poonsawat melibatkan tentera sebanyak 735 pasukan yang akan di kerahkan kepada 118 perkampungan warga sipil Patani yang dianggab masih mempunyai pengaruh perjuangan Patani. 

-Saudara Mael Waederaheng berasal dari kampung Rotan Bongor, mukim Pulut puyor, daerah Nongcik, wilayah Pattani ditahan tentera Siam berhubung kes keamanan dalam kawasan ini.   

26/7/2019M. 
-Seorang pemuda Melayu berusia 32 tahun ditembak mati kawasan kampung Seraya, mukim Pasir mas, daerah Sungai golok, wilayah Menara. 

-Polis wilayah Jala mengesan sebutir bom palsu dipasang depan Pejabat pentadbiran wilayah Jala (Salaklang jala) dijalan Sukayang, daerah Muang, wilayah Jala. 

-Seorang warga Siam berusia 38 tahun ditembak mati dikampung Khuanyi, mukim Pedol, daerah Mayor, wilayah Pattani.   

27/7/2019M. 
-Tembak warga Siam berumur 56 tahun di kampung Namuang, mukim Bannot, daer
ah Sebaya, wilayah Senggora. Mangsa cedera ringan.   

30/7/2019M. 
-Tentera Siam mengepung dan memeriksa asrama pelajar sekolah agama dalam Lorong Capakia, Kedai lama, pekan Jala. 

-Berlaku tembakan terhadap keretapi Antara stesyen Tanjung mas dan stesyen Papai, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Tidak ada laporan kecederaan. Hanya gerabak keretapi turut rosak. 

-Berlaku tembakan ke atas kereta rombongan timbalan ketua daerah (plat ampoe) Maiken, wilayah Pattani, di kawasan kampung Sekmok, mukim Tebing, daerah Teluban, wilayah Pattani. Timbalan ketua dilaporkan terselamat.







KESIMPULAN   Bulan JULAI (7/2019 M.)

Peristiwa pergolokan berlaku 27 kes.(tidak termasuk kes operasi pengepungan) terbahagi kepada wilayah Pattani 8 kes, Jala 9  kes, Menara 9 kes, dan wilayah Senggora 1 kes.   

Berlaku serangan bom dan bom dikesan kesemua 7 butir  yaitu 3 butir 4 butir di Jala, sebutir di Pattani, 2 butir  di Menara,    

Tembakan dan pertemporan berlaku 20 kes: Masing-masing di Pattani 7  kes, Jala 5 kes, Menara 7 kes. dan  Senggora 1 kes.      

Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 7 orang dan cedera parah 17 orang, Rakyat awam mati 10 orang (4 orang warga Melayu dan 6 orang warga Siam) Rakyat awam cedera  8 orang (4 oarang warga Melayu dan 4 orang warga Siam).  tidak ada pegawai kerajaan mati dan cedera dalam bulan ini.   

Pejuang yang gugur Syahid dalam bulan ini 1 orang. 2 orang dihukum mati, dan lebih dari 20 orang ditahan penguasa Siam. pihak pejuang juga merampas 7 laras senjata api.     

Dalam bulan ini pihak tentersa Siam masih menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu secara besar-besaran.




No comments:

Post a Comment