Wednesday 12 June 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN MEI (5/2019 M.)


1/5/2019M 
-Mahkamah wiklayah Pattani menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun keatas seorang pejuang kemerdekaan Patani dikenali saudara Mahamad Cekleh dan dibebaskan saudara KuHamadkoyi Samael kerana tidak ada bukti kesalahan dalam kes serangan bom pada 10/1/2018M. 

- Serangan bom seberat 10 kg. keatas rondaan ranjer unit 4207 daerah Penarek, menyebabkan seorang ranjer maut ditempat kejadian berlaku di kampung Rawa, mukim Don, daerah Penarek, wilayah Pattani. 


2/5/2019M 
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung kawasan Kg.Bakong hingga berlaku pertemporan Antara kedua pihak menyebabkan seorang pejuang kurban Syahid, seorang ditahan, dan pihak tentera Siam cedera seorang. kejadian berlaku di kampung Bakong, (berhampiran Pondok Hutan Agu) mukim Bakao, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Syahid dalam pertemporan ini dikenali saudara Sariman Amri Deramae (gelaran Ya Longkhuan), berusia 37 tahun berasal kampung Longkhuan, daerah Sebaya, wilayah Senggora. Bersama ini pihak tentera Siam merampas pistol .45 mm dari mangsa. -Polis daerah Takbai mengesan dan memadam sebutir bom disebuah rumah warga sipil di kampung Tungfai, mukim Bangkhuntong, daerah Takbai, wilayah Menara. 

3/5/2019M 
-Berlaku pertemporan Antara tentera Siam dengan pejuang Patani di Bukit Moktae, daerah Canek kawasan kampung Repah, mukim Dusun Nya, wilayah Menara. merampas beberapa kelengkapan peribadi dan makanan ringan.  

-Berlaku tembakan keatas rakyat awam lelaki warga Melayu berusia 40 tahun di kampung Air Cucok, daerah Serisakon, wilayah Menara. Mangsa cedera. 

5/5/2019M  
-Dato Aziz Benhawan mantan Qadi syar’i dan senator wilayah Jala telah meninggal dunia dan dikebumikan di perkuburan Islam Masjid Jamek kedai lama, bandar Jala.  

-Pihak tentera Siam mengesan beberapa bahan letupan bom dan kelengkapan peribadi bagi pihak pejuang Patani di kampung Padang Setimun, mukim Kuala Terajam, daerah Nongcik , wilayah Pattani. antara yang dikesan adalah beberapa buah beg, peluru jenis 7.62 mm dan 5.56 mm.  

-Tembak mati seorang rakyat awam warga Melayu berusia 39 tahun di kampung Banggol dudung, mukim Cuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. 

-Berlaku tembakan keatas sebuah rumah milik Tok penghulu warga Siam menyebabkan beberapa musnah, kemudian ketika pihak tentera meyerbu untuk membantu ketempat kejadian berklaku serangan bom keatas kereta prisai navara menyebabkan 5 orang tentera cedera (3 daripadanya cedera berat). Kejadian berlaku di kampung Khuanran(Bukit Torang), mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. 

-Unit pemusnahan bom EOD. mengesan dan memadam 6 buah beg hitam mengisi bahan telupan bom di kampung Kemiya, daerah Muang, wilayah Pattani. 

6/5/2019M (1 Ramadhan 1440H) 
-Pihak tentera siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu di Kampung Manangyong (Bendang cong), mukim Paku, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani. kemudian berlaku berbalas tembakan Antara kedua pihak.  dalam operasi ini menemukan tempat persembunyian pejuang Patani, dan menemukan juga 1 laras senjata api. dipercayai juga salah seorang pejuang Patani cedera, kerana ada kesan darah diatas tanah. 

- Berlaku dua letupan bom, menyebabkan mangsa cedera 5 orang, kejadian ini berlaku di kawasan Daerah Hatyai, Wilayah Songkla. Keterangan tempat kejadian:    
1. Kawasan hadapan kedai serbanika seven eleven jalan Ponpicai, Daerah Hatyai,  
2. Kawasan hadapan plat polis Thailand Daerah Hadyai, 

9/5/2019M (4 Ramadhan 1440H) 
-Berlaku tembakan keatas keluarga Tok penghulu Asae Nikseng berusia 45 tahun. Penghulu (Tok Niban) kampung Bendang mengkuwang yang sedang menaiki sebuah trak bersama keluarganya menyebabkan isteri tok penghulu meninggal dunia dan anaknya 3 orang bersama tok penghulu cedera parah. Kejadian berlaku di kampung Carak Bantang, mukim/ daerah Bendang Setar, wilayah Jala. 

- Kantor Polis Daerah Tanjung Mas, wilayah Menara mengeluarkan surat untuk memanggil Hafiki Samak, jurnallis agensi media Wartani. Menuntaskan dengan panggilan dalam pendakwaan atas kes pencemaran nama baik dan propaganda terhadap aparat militer Thailand. 

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap 2 orang wanita, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Sugae, mukim Dusun Nya, Daerah Canek, Wilayah Menara. 

10/5/2019M (5 Ramadhan 1440H) 
-Seorang polis bertugas di ibu pejabat polis Saiburi ditembak di kampung Comel, mukim Lahar, daerah Teluban, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah. 

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap 2 orang warga sipil Patani  operasi ini dilakukan di kawasan kampung Kelisa, Daerah Tanjung Mas, Wilayah Menara. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, mangsa yang ditangkap adalah pasangan suami dan isteri, mangsa ditangkap tanpa mengetahui apa kesalahan. 

11/5/2019M (6 Ramadhan 1440H) 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi keatas sebuah rumah milik Muhammad Fandi Mamat, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Ijut, Mukim Berih nua, daerah Bacok, wilayah Menara. 

13/5/2019M (8 Ramadhan 1440H) 
-Polis mengesan bahan letupan bom di kampung Upah, mukim Wangpaya, daerah Raman, wilayah Jala. 

-Ketua polis mukim Kohong, daerah Hatyai, wilayah Senggora mengeluarkan waran tangkap dan menahan 3 orang polis dalam kes menculik seorang polis dari balai polis Kapho, wilayah Pattani. 

15/5/2019M (10 Ramadhan 1440H) 
- Berlaku tembakan dan letupan bom keatas polis Thailand di 6 kawasan, menyebabkan beberapa musnah, kejadian ini berlaku di kawasan Lau lintas jalan raya Wilayah Yala. Keterangan tempat kejadian :   
1. Pos kawalan polis Mukim Seteng, Daerah Muang, Wilayah Yala.   
2. Flet polis Mukim Seteng, Daerah Muang, Wilayah Yala.   
3. Flet polis Mukim Lammai, Daerah Munag, Wilayah Yala.   
4. Pos kawalan polis kampung Beragae, Daerah Krung Pinang, Wilayah Yala.   
5. Pos kawalan polis Klong Namkhun, Daerah Bendang Setar, Wilayah Yala.   
6. Pos kawalan Polis mukim Banggol kesinai, daerah Jaha, Wilayah Yala. Menyebabkan seorang polis cedera parah. 

17/5/2019M (12 Ramadhan 1440H) 
-Seorang polis berpangkat Pol.Capt. berusia 60 tahun membunuh diri dengan menggunakan pistol peribadinya jenis .357 dalam kediamannya di kampung Chokdi, mukim Khokkian, daerah Muang, wilayah Menara. Motif pembunuhan akibat ketegangan konflik Patani. 

21/5/2019M (16 Ramadhan 1440H) 
-Pihak tentera Siam menahan seorang pemuda dari kampung Kucing Lepas, mukim Calerm, daerah Tanjung mas, wilayah Menara. 

22/5/2019M (17 Ramadhan 1440H) 
-Encik Sama-e Sama ketua Majlis pentadbiran mukim (Prathan Sepa) mukim Cerang tadong, ditembak mati di kampung Tok senuwa, mukim Cerang tadong, daerah Raman, wilayah Jala. 

23/5/2019M (18 Ramadhan 1440H) 
- Berlaku tembakan keatas sebuah rumah warga Siam menyebabkan beberapa musnah, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Pantai Gege, mukim/ daerah Penarek, wilayah Pattani. 

24/5/2019M (19 Ramadhan 1440H) 
- Pihak polis dan tentera Thailand melakukan operasi dan menemukan tempat persembunyian senjata api, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Bendang lalang, Mukim Plonghoi, Daerah Khapo, Wilayah Patani. Antara yang dikesan adalah : 
senjata senapang patah serta peluru 13 das, peluru 5.56 mengisi dalam botol pelastik sebanyak 1,537 das, peluru jenis 7.62 28 das, bahan letupan bom diproses sebayak 5 butir bom, dan kerongsong peluru mengisi 73 das. 

25/5/2019M (20 Ramadhan 1440H) 
- Berlaku tembakan ke atas sebuah rumah warga sipil Melayu, menyebabkan beberapa musnah, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Kosit, daerah Takbai, wilayah Menara. 

26/5/2019M (21 Ramadhan 1440H) 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap 2 orang warga sipil Patani kawasan kampung Sakai (Carok Mirai), Mukim Kampung Rai, Daerah Tantor, Wilayah Jala. 

-Tembak mati 2 orang ranjer warga Melayu ketika perjalanan kepasar di kampung Bendang Piyae, mukim Belukar samak, daerah Bacok, wilayah Menara.

-Encik Hamat Promkeaw 57 tahun, ketua Majlis pentadbiran mukim (prathan Sepha) mukim Telok kapur ditembak mati di kampung Takun (Takdam), mukim Telok kapur, daerah Yaring, wilayah Pattani. 

27/5/2019M (22 Ramadhan 1440H) 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi mengepung kampung Melayu dengan jumlah 500 orang lebih, dan puluhan kereta. Dalam kampung Carak Tamae, mukim Katong, daerah Jaha, wilayah Jala. Saat operasi dilakukan, terjadi pertempuran diantara tentera SiamThailand dengan pejuang Patani, pertempuran terjadi selama 5 jam, pertempuran ini menyebabkan 3 orang tentera Siam cedera, dan seorang pejuang Patani kurban Syahid dikenali saudara Abdullah Latif usia 37 tahun, berasal dari kampung Tanjung, mukim Katong,Daerah Jaha, Wilayah Yala. Dalam insiden ini berlaku penentangan secara meluas oleh rakyat Patani kerana pihak tentera Siam menggunakan 7 butir bom menyerang rumang hingga hangus terbakar  dan mereka juga sempat mencuri duit dari rumah tersebut lebih dari 100 ribu kup. 

- Berlaku serangan bom keatas pegawai polis sedang membuat pemeriksaan keselamatan bahagian belakang stesyen keretapi Cenak, wilayah Senggora. Seorang anggota polis maut, manakala empat lagi cedera, termasuk seorang wanita awam dalam satu kejadian letupan bom di kampung Klong luk, mukim Banna, darah Cenak, wilayah Sengghora. 

- Dua termasuk seorang remaja maut, 19 rakyat awam dan 4 orang militer ranjer cedera, 11 buah kereta dan motosikal turut rosak dalam satu kejadian letupan bom mengisi bahan letupan bom dalam motosikal (bom motosikal) dalam pasar Ramadhan di pasar Telaga Bakong, daerah Nongcik, wilayah Pattani.  

-Berlaku 3 butir letupan bom di jalan Siroros dalam pekan kota Jala, menyebabakan rakyat awam cedera ringan 3 orang. 

-Berlaku tembakan keatas lori muatan barang di kampung Bakbang, daerah Tiba, wilayah Senggora. manakala deriba lori Abdulrohim Hatimo berasal dari Wangpaya, wilayah Jala terselamat. 

-Polis dan unit pemusnahan bom (E.O.D.) mengesan dan memadam 2 butir bom yang mengisi bahan letupan bom dalam tong ges masing-masing seberat 20 dan 30 Kg. dalam operasi di kampung Jatuh, mukim Berih nua, daerah Bacok, wilayah Menara. 

28/5/2019M (23 Ramadhan 1440H) 
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukuman penjara 39 tahun keatas 2 orang pejuang kemerdekaan Patani. Kedua-kedua dikenali 
1) saudara Mat Ruslan Saud dan saudara Mael Awae, kes ini berhubung dengan penemuan DNA kedua banduan dalam kem persembuyian pejuang Patani dalam hutan bakau di kampung Tanjung pauh, mukim Kuala Terajam, daerah Nongcik, wilayah Pattani pada 10/2/2016M. bersama ini juga pihak tentera menemui sebuah perahu kecil muatan bahan letupan bom yang akan proses bom sebanyak 30 butir. laporan dari pihak polis mengatakan tersangka dalam kes ini  telah kurban syahid seramai 4 orang dan telah dijatuhkan hukuman penjara seramai 5 orang 

30/5/2019M (25 Ramadhan 1440H) 
-Polis jumpa mayat seorang ranjer bernama Kuhari Abdul putra berusia 26 tahun dibunuh dalam parit di kampung Mulong, mukim Rantau panjang, daerah Yaring, wilayah Pattani. 

31/5/2019M (26 Ramadhan 1440H) 
-Cik Suhaila Tokhab,34 tahun ditembak mati kertika menjaja di pasar kampung Ringe, mukim Padung mat, daerah Canek, wilayah Menara. Beliu adalah unit perinsikan tentera dan isteri kepada seorang ranjer. 

-Encik Azman Abdulhalim 46 tahun (pegawai Relawan tentera wilayah Pattani) dan isterinya cik Asmah Abdulhalim 42 tahun (Guru) ditembak ketika menunggang motosikal dikampung Bendang dalam, mukim Seno, daerah Yarang, wilayah Pattani. Menyebabkan isterinya meninggal ditempat dan encik Azman terselamat.


KESIMPULAN  
Peristiwa pergolokan berlaku 38 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 9 kes, Jala 13  kes, Menara 10 kes, dan wilayah Senggora 6 kes.   

Berlaku serangan bom dan bom dikesan kesemua 20 butir  ( 5 butir daripadanya dikesan) yaitu 3 butir di Patani, 10 butir di Jala, 3 butir  di Menara dan 4 di Senggora.   

Tembakan dan pertemporan berlaku 18 kes: Masing-masing di Pattani 6  kes, Jala 3 kes, Menara 75 kes. dan  Senggora 2 kes.    

Angkatan bersenjata Siam mati 6 orang dan cedera parah 18 orang, Rakyat awam mati 5 orang (kesemua warga Melayu) Rakyat awam cedera 27 orang (warga Melayu 20 orang warga Siam 7 orang).  

Pegawai kerajaan  mati 2 orang ( warga Melayu) dan cedera seorang.   

Pejuang gugur Syahid 2 orang, 3 orang dihukum penjara dan pulohan orang ditahan.    

Dalam bulan ini pihak tentersa Siam masih menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu hingga berjaya menemukan beberapa bahan letupan bom, beberapa laras senjata api dan lebih dari 1500  das peluru.







No comments:

Post a Comment