Wednesday, 12 June 2019

SIFAT PERJUANGAN DAN PERGERAKAN KEMERDEKAAN PATANI

Sebuah ilustrasi menunjukan peperangan zaman silam
antara Tentera penjajah Siam dan umat Melayu Patani.
Matalamat Kebangkitan Rayat Patani 

Perjuangan dan kebangkitan rakyat Patani dari masa ke semasa. Semenjak kejatuahan 1785, sehingga kepada sesi penjajahan secara rasmi pada 1909. Sampai ke saat ini. 

Rakyat Patani berusaha bangkit melawan penjajahan Siam, melalui berbagai cara, dan bentuk. Mereka terdiri dari para ulama (kiyai), cendikiawan, pemimpin kampung dan desa, terusnya kepada rakyat biasa lelaki dan perempuan. 

Mereka bangkit dengan berbagai bentuk kebangkitan antaranya. Melalui cara berpolitik diplomatik dengan pihak Siam. Dalam rangka mencari solusi secara damai dan tidak menggunakan angkatan bersejata. Manakala cara satu lagi, mengunakan angkatan bersenjata. 

Setelah Siam menutupi ruang politik bagi Bangsa Patani untuk bersemuka dalam mencari penyelesaian konflik secara damai. Antara kebangkitan-kebangkitan, untuk tujuan pembebasan dan kedaulatan.    

Tahun 1785, Patani Jatuh ketangan Siam,    
Tahun 1789, perlawanan Tengku Lamidin di cenak , tiba dan Kedah selama 3 tahun.    
Tahun 1809, perlawanan Datuk pengkalan, di kawasan Bandar Patani, hulu Patani dan perbatasan Perak.   

Tahun 1821, perlawanan Jering (Jambu1) dipimpin oleh Tok Said,   
Tahun 1826, perlawanan Chik bu,    
Tahun 1827, perlawanan Jering (jamu) 2,    
Tahun 1831, perlawanan Kedah dan Senggora, dipimpin oleh Tuan Sulong Raja Patani, Tengku Din Raja Kedah dan penglima dari Kelantan dan Terengganu.   

Tahun 1832, perlawanan Tenhku Sulong,    
Tahun 1838, perlawanan Jering (Jamu) 3,    
Tahun 1902, Patani dirasmi jajah oleh Siam.    
10-03-1909, perjanjian, pembahagian perbatasan Brithis dengan Siam. Antara aginda perjanjian itu Siam masti menyerah kembali Patani kepada Bangsa Melayu. Setelah genap 100 tahun menjajah.
   
Tahun 1911, perlawanan Jaha.dipimpin oleh Toktam dengan arahan dari Tengku Kamaruddin.     
Tahun 1912, perlawanan Jeram (Benjar lima),    
Tahun 1920, perlawanan Jering (jamu) 4,   
Tahun 1922, perlawanan Rakak.    
5-3-1948, tumbuh parti gerakan GAMPAR. Gabungan Melayu Patani Raya, oleh Tengku Mahmud Mahyudin dan Haji Sulung.   

Tahun 1953, Tengku Mahmud Mahyudin Syahid. 
Tahun 1954, Hj. Sulung Syahid. Kedua-dua dibunuh oleh Siam dengan cara berlainan.  Sebagai tindaklanjut dan penyambungan dari perjuangan dan kebangkitan Rayat Patani yang terdahulu. 

Tumbuh pergerakan dan perjuangan Rakyat Patani dihari ini. Juga memiliki matalamat dan tujuan yang sama dan jelas. Iaitu untuk membebaskan bumi Patani dari jajahan Thai. Perjuangan berteraskan kedaulatan dan cinta damai. Bukan berteraskan kepada kemewahan, pangkat dan mencari gelema.  

Bermula dari kedaulatan tanahair dan Rakyat Patani, sehingga kepada ekonomi, politik, pendidikan, budaya, dan lain sebagainya. Manakala cinta damai, Patani berperang melawan penjajah Thai, sehingga terhapusnya sistem penjajah Thai di Patani. Bukan berperang dengan seluruh Rakyat Thai yang tidak terlibat dalam sistem penjajahan dan penindasan. Berperang melawan penjajah untuk melahir kedamaian. Kedamai tak akan wujud di Patani selama mana Thai masih monopoli di Patani.

Thai Selalu Provokasi Langkah awal dalam mencari solusi dalam perundingan yang terdahulu, Thai selalu memperlihatkan ketidakjujuran dan banyak provokasi Pemerintah Thai dalam mencari penyelesaian konflik. 

Berpandu kepada pembicaraan Gen. penglima wilayah 4. Yang mengatakan “perjuangan Rakyat Patani (BRN) perlu dihapus dan dibasmikan. 

Kalau Thai tak ingin hilang kedaulatan di 4 wilayah, dimasa akan datang”. Memang mudah dalam berucap, perbuatan tak semudah apa yang diucap. Sudah hampir dua dekad kerajaan Thai berperang melawan kebangkitan rakyat Patani (BRN). 

Sudah berapa banyak Kerajaan Thai menghabiskan bajek, dan berapa banyak tentera dan pegawai Thai yang terbunuh. Bukankah itu dalam rangka menghapuskan perjuangan Rakyat Patani (BRN).  

Thai tidak perlu mengungkap tentang kehilangan kedaulatan di empat wilayah (Patani). 

Kerana Thai merampas hak bangsa Patani. Semenjak dari dulu hingga sekarang, dalam usaha Thai, tak pernah tinggal diam, melemparkan finah terhadap Orang-orang Patani dan memutar-belitkan fakta sejarah dan usaha menghapuskan syiar Islam dan idintity Melayu. Untuk pendirian bahawa Thai tak pernah menceroboh Patani. 

Dalam memutar-belit fakta sejarah ini. Mungkin kalau untuk rayat Thai sendiri memang mereka boleh dipaksa untuk akui dan dipercayai, bahawa Thai tidak merampas patani, itu pun bukan seluruh rakyat Thai budha, mengakui tentang pembohungan yang dibuat oleh Thai. 

Apa lagi Negara-negara luar.  Menjelang perundingan damai yang akan diadakan di masa akan datang, pegerakan Rakyat Patani harus memiliki pendirian dan berdisiplin. Untuk menghadapi proses nanti. 

Kerana Thai banyak provokasi dan kelicikan politik. Dalam usaha mematikan gerakan dan penghapusan kebangkitan Rakyat Patani. Kerana pada hakikatnya, Thai tak berminat untuk mencari penyelesaian secara damai, Thai lebih kepada kekerasan. 

Oleh itu Pemerintah masih dikuasai junta. Walau bagaimanapun, masyarakat Melayu Patani tetap berpendirian bahwa Patani adalah tanah air pusaka ninik moyangnya, perlu dipertahankan sampai detik terakhir, sekalipun pihak penjajah Siam, selalu memutar belit fakta.

No comments:

Post a Comment