1) Sempena Bulan Ramadhan Karim dan Aidil Fitri 1440H
seluruh staf pengurus dan petugas risalah SUARA RAKYAT PATANI (SURAT) “Aspirasi rakyat tertindas”
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri, mohon maaf lahir batin.
minal aaidin wal faaizin, wakul aam wa antum bikhair. melalui Aidil fitri tahun ini, marilah kita rakyat Patani dan pejuang-pejuang Patani, kita tingkatkan segala daya upaya dalam memperkukuhkan persatuan dan kesatuan dengan melaksanakan tugas kewajiban dan tanggungjawab kita meneruskan perjuangan kita menuju cita-cita kemerdekaan bangsa dan Negara kita Patani Darussalam yang tercinta.
minal aaidin wal faaizin, wakul aam wa antum bikhair. melalui Aidil fitri tahun ini, marilah kita rakyat Patani dan pejuang-pejuang Patani, kita tingkatkan segala daya upaya dalam memperkukuhkan persatuan dan kesatuan dengan melaksanakan tugas kewajiban dan tanggungjawab kita meneruskan perjuangan kita menuju cita-cita kemerdekaan bangsa dan Negara kita Patani Darussalam yang tercinta.
2) Perjuangan kita adalah perjuangan menuntut kembali hak pertuanan Melayu Patani yang merdeka dan berdaulat, bukan perjuangan umat Islam yang minority di selatan Thailand yang menuntut keadilan belaka.
Perjuangan kita adalah perjuangan menuntut kemerdekaan bangsa dan Negara Patani yang diJajah oleh Siam sejak tahun 1785M. bukan perjuangan pemisahan bahagian dari Negara Siam dan bukan perjuangan subversive untuk mengganggu keamanan nasional Siam belaka.
Perjuangan kita adalah perjuangan Jihad fi sabililLah bagi membebaskan bangsa dan memerdekakan tanahair demi membela agama, bangsa dan tanahair Patani yang terjajah, bukan perjuangan teroris diluar peri kemanusiaan dan hak asasi manusia.
3) Tanahaiar kita, Negara kita, Patani kita dijajah Siam sejak 1785M. Bangsa kita, Melayu kita dirampas Siam sejak 1902M. dan agama kita, Islam kita ditindas sejak 1909M. Siam itu sebagai penjajah, sebagai perampas, sebagai penindas, sebagai thogut dan teroris sejati bagi bangsa Melayu Patani.
Kepada tentera-tentera pejuang Patani yang sedang bertugas dimedan peperangan dan sedang merayap dibukit bukau, kepada keluarga para syuhada yang rela berkurban nyawa demi agama, kepada mangsa penindasan penganyianyaan penderaan, tahanan-tahanan dan keluarga mangsa tirai besi penjajah, juga mereka yang sanggup berhijrah meninggal kampung halaman dan keluarga mereka, kami harap bertabah dan tetap pendirian anda, semoga dalam perlindungan yang maha kuasa.
Ayuh!! Marilah kita terus berjuang sampai menang. Maju terus pantang mundur, kerana Allah bersama kita, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Patani segera Merdeka!.
No comments:
Post a Comment