Proses rundingan damai
di Patani (S. Thailand). Merupakan alternatif baru untuk
menguji kesunguhan Thai
menuju perdamaian. Rundingan kali ini tidak banyak
perbezaan dari proses yang
sebelumnya iaitu 2013, proses
2013 berakhir secara insiden
atau sengaja? .
Namun sempat menanda tangani antara
kedua-dua pihak antara BRN
dan Kerajaan Thai. Sebagai
petanda permulaan untuk
membina sebuah proses seterusnya.
Antara penyebab kegagalan proses 2013, perlu
dikaji semula oleh semua
pihak, terutama mereka yang
akan terlibat langsung dengan proses rundingan.
Hal
ini sering diungkapkan oleh
berbagai media dan pengamat,
antaranya faktor-faktor yang
menggagalkan,
(1) Tidak membina
keyakinan terlebih awal antara
para pihak, sebelum memasuki
proses rundingan rasmi.
(2) Pemerintah Thai
tidak mengambil kira terhadap
isu tuntutan 5 perkara BRN.
(3) Proses rundingan
damai tidak menjadi agenda
negara.
(4) Kerisis politik dalaman, sehingga berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentara
Thai, terhadap Perdana Menteri Yenglak Chinawatra.
Kembali kepada proses
2020.
Apakah Kerajaan Thai
benar-benar komitman atas
rundingan kali ini? Pada peringkat awal menitik beratkan
kepada membina keyakinan
(confident building). Supaya
saling meyakinkan antara
kedua-dua belah pihak.
Untuk lebih meyakinkan proses,
Kerajaan Thai perlu,
(1) Membuat pembentangan di parlimen, mendijadikan agenda Negara. Terhadap proses rundingan kali
ini, suapaya rundingan terus
berlangsung, walaupun perubahan kepemerintahan.
(2) Tidak memadai dengan apa yang disepakati bersama di atas meja rundingan,
kalau tidak disertai dengan
menanda tangani kedua-dua
belah pihak.
(3) Harus diikut sertakan oleh pihak ketiga atas
nama community International, sebagai pengamat atau
saksi dan sebagainya sesuai
dengan tahap persetujuan.
Sebelum memasuki
pusingan seterusnya, dalam
rangka membahas isu-isu
substantive (isu tuntutan).
Kedua-dua pihak perlu mencari solusi terhadap penjabaran framework dan TOR
(inisiatif Berlin) atau tata cara
dan peraturan proses rundingan damai di Patani. Agar
proses kali ini tidak menemui
jalan buntu dan untuk menguatkan hasil perjajian damai
dimeja rundingan rasmi nanti.
Tahap awal dalam membina
keyakinan sangat penting bagi
proses damai mana-mana pun.
Agar tidak terdampak konflik
yang lebih panjang yang tidak
berkesudahan.
Semenjak terjadinya
konflik terbaru di Patani, telah
tercetusnya beberapa inisiatif
proses rundingan sebelum ini.
Semua berakhir dengan kegagalan. Oleh itu para pakar dari
luar dan dalam negara Thai sendiri, sangat tidak yakin,
bahawa Kerajaan Thai dapat
membawa proses kali ini secara bermaruah, bermartabat,
dan menghasilkan pencapaian
perdamaian yang hakiki.
Atas
alasannya amalan pihak kerajaan Thai, masih berpendirian
sama tidak ada perubahan, dan
belum menunjukan keinginan
sebenar untuk penyelesaian
secara politik. Pada hakekatnya Thai masih berpendirian
dengan prinsip penyelesaiannya secara kemilitiran.
Ketua delegasi Thai
Gen. Wanlop Raksnoh, sering
unkapkan tentang agenda negara.
Baik ketika sidang media
atau pernyataan melalui media
lainnya. Tentang agenda negara mengenai proses damai
2020. Kenyataannya agenda
negara tersebut hanya merupakan policy pembangunan dan
keamanan di bagian Selatan
sahaja.
Tidak ada hubung kait
dengan proses rundingan damai 2020.
Sebagaimana dalam
pengistiharan bajet negara
Thai 2020. Terhadap policy
Kerajaan Thai di bahagian
4 wilayah Selatan, berkaita
dengan menamatkan konflik.
Kerajaan Thai mengeluarkan
policy ini secara garis besar
mempunyai dua plan tindakan.
Plan pertama melalui proses
dialoq sebagai pendekatan
untuk menamatkan konflok
dengan berbekalkan bajet hanya 22, juta Bath.
Plan kedua
penyusunan semula ke dalam
rakyat di 4 wilayah, bermotifkan kepada perubahan minda
pemikiran orang-orang tempatan, dari Melayu Muslim
kepada Thai Muslim. Sasaran
tertumpu kepda yang usia 1-5
tahun sehingga kepada usia
remaja dan dewsa. Tugas ini
diberikan kepada Penglima
wilayah 4, serta melibatkan
semua agensi kerajaan sebanyak 15 agensi.
Yang memainkan peranan utama oleh
semua tahapan pengajian dan
pendidika. Dengan mempersiapkan bajet Negara sebanyak 1,316 juta Bhat. Policy
ini dari suatu kebijakan oleh
perdana menteri Thailand, dijadikan policy kerajaan untuk
wilayah selatan.
Ketidakpuasan dari berbagai pihak, mulai nampak tentang ketidakjujuran dan kesungguhan Kerajaan Thai terhadap
rundingan damai kali ini.
Kelau
rundingan hanya sebagai melampiaskan perdamaian. Bagaimana
untuk lahirnya tawar-menawar
politik dalam isu-isu substantive (isu tuntutan)?. Mungkin
juga bagi pihak Kerajaan Thai
memaksa untuk orang Melayu
Patani menerima apa adanya,
sesuai policy kerajaan Thai yang
sedang dilaksanakan atau belum
dilaksanakan di Patani.
Serta
Jangan melibatkan isu-isu tuntutan di luar kehendak Kerajaan
Thai.
Namun dalam hal ini
semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak dan yang
berkepentingan dalam proses.
Terutama aktor-aktor penting
lainnya. Perlu mempersiapkan
sebanyak mungkin pendapat-pendapat yang boleh bertolak
ansur dengan Kerajaan Thai agar
garis mati kerajaan Thai dapat
perluaskan.
Demi menjaga keutuhan dan membangun proses
lebih ideal. Kalua betul-betul
mencari perdamaian yang hakiki di Patani (Selatan Thai) atau
sanggup berada dalam situasi
konflik berterusan.
No comments:
Post a Comment