Wednesday 6 May 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan april (4/2020 M)

1/4/2020M.
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta menangkap 2 orang rakyat awam di kampung Pruching, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Antara yang ditahan
1) Sukri Deraman bersama waran tangkapan kes serangan bom kota Bangkok pada 2/8/2019 dan
2) Rusman Salaeh.
- Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu di kampung Lalok, daerah Resak, wilayah Menara.

4/4/2020M.
-Seorang bapa keada bekas ketua Dewan pentadbiran mukim (Nayok Or.Bor.Tor.) mukim Telok kapor, daerah Yarng, wilayah Pattani. dikenali Sawai Promkeaw berusia 77 tahun ditembak dikampung Thakun, mukim Telok kapur, daerah yaring, wilayah Pattani. kata polis penembakan ini atas kes peribadi.

5/4/2020M.
- Tentera Siam dari Kem Culaporn, mukim Kokian, wilayah Menara seramai 3 buah pikap menjalankan operasi mengepung kampung Melayu dan menyiasat rakyat awam dengan cek kad pengenalan dikampung Donsai, daerah Maiken, wilayah Pattani sekitar jam 2.00 malam.

6/4/2020M.
- Pihak polis Thailand melakukan operasi keatas sebuah rumah di kampung Melayu Bakok, daerah Muang, wilayah Jala. Dalam operasi ini, pihak polis Thailand mengambil nama dan ID Card ahli keluarga, nomber talipon, dan gambar dari setiap sudut rumah tersebut.
-Tentera Siam seramai 7 buah pikap menjalankan operasi memetik DNA rakyat awam kawasan kampung Prubua, mukim Lamplai, daerah Tiba, wilayah Senggora. antara nama dipetik DNA
1. Maruding Bahem berusia 321 tahun dan
2.Tanapat Bahem berusia 17 tahun dan
3. Adinan Doloh berusia 26 tahun.

7/4/2020M.
- Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu kawasan kampung Kunyit, mukim Tempoyak, daerah Jeringa, wilayah Menara serta menangkap Ahmad bin Kodir dan Sahiran.

13/4/2020M.
- Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu dengan memerikra rumah rakyat di kampung Kemeng, mukim Asong, daerah Raman, wilayah Jala.
- Tentera Siam menjalankan operasi memeriksa rumah milik Marosek Cekba berusia 47 tahun dikampung Cokbo, mukim Pen, daerah Teluban, wilayah Pattani.
-Tentera Siam menjalankan operasi memetik DNA 2 orang rakyat awam berusia 45 dan 46 tahun kawasan kampung Gareh, mukim Manang Dalam, daerah Teluban, wilayah Pattani.

14/4/2020M.
-Tentera Siam menjalankan operasi memetik DNA seorang wanita berusia 35 tahun dan anaknya berusia 5 tahun dengan tidak hirau keadaan covid-19 di kampung Paku, mukim Paku, daerah Tungyangdeng, wilyah Pattani.

15/4/2020M.
-6 orang rakyat awam warga Melayu (3 dari padanya adalah kanak-kanak) ditembak oleh Pegawai polis ketrika beroperasi sekatan jalan raya di kampung Cempa, daerah Bacok. Wilayah Menara. Mangsa sedang menaiki sebuah pikap menuju kekampung Bukit Sudo, daerah Bacok,wilayah Menara. Walau bagaimanapun tidak ada yang cedera hanya kereta mereka rusak dari kesan peluru. Setakat ini tidak ada kenyataan bertanggung jaweab dari pihak polis.

18/4/2020M.
-Encik Abdul karim Yidam ketua daerah Yarang, encik Anotai Cuai timbalan ketua daerah dan encik Ismail Benae bersama ranjer 2211 menjalankan operasi pengpongan kampung Pulau gasing, mukim Kolam, daerah Yarang, wilayah Pattani. Mengesan tempat berehat sementara pihak pejuang Patani dan beberapa alat kelengkapan peribadi.

19/4/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi di perkampungan warga sipil Patani, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Bukit Torang, Daerah Sebayoi, Wilayah Senggora.
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu dikampung Hujung Sunga (cawangan kampung Kuwing) mukim Baroh, daerah Jaha, wilayah Jala. menjalan sekatan jalanan serta melarang rakyat awam untuk menorah getah.
-Pihak tentera Siam mengesan sebuah tong ges kosong disorok dalam lombong air di kampung Kokket, mukim Banna, daerah Cenak, wilayah Senggora.

21/4/2020M.
- Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta mengkap seorang rakyat awam serta memetik DNA dikenali Roman Bahem berusia 46 tahun operasi dijalankan di kampung Prubua, mukim Lamplai, daerah Teba, wilayah Senggora.
-Pihak polis dari balai polis Nathawi menjalankan operasi memetik DNA rakyat awam dibeberapa buah kampung antaranya kampung Pru’wa, kampung Prakop dan kampung Boma, daerah Nathawi, wilayah Senggora. Antara mereka ditangkap dan dipetik DNA serta membawa siasat di Sor,Cor,Tor, 9 wilayah Jala dan Kem Telaga Bakong Pattani :
1. Muhammmad Ropi Haji Samael berusia 48 tahun
2. Kotijah Haji Samael berusia 46 tahun (wanita)
3. Latifah Haji Samael berusia 17 tahun. (wanita).
4. Syarif Dami berusia 34 tahun
5. Tohir Harun pinae berusia 39 tahun
6. Roslah Latih berusia 36 tahun (wanita) dan
7. Muhammmad Latih berusia 27 Tahun.

22/4/2020M.
-Seorang pemuda Melayu berusia 23 tahun ditembak di kampung Lubok durian, mukim Tanjung lima, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.
-Ranjer dari unit pengawalan mukim (Cor.Kor.Tor) menerima arahan dari atasan sepaya menjemput aktivis serta memberi pemahaman kepada bebeparapa orang aktivis kemanusiaan Patani antaranya:
1. Affan Watana, The Patani, di kampung Pokcekteng, Menara.
2. Tawesak Pi’ di Takbai, Menara.
3. Muhammmad Azming Pokmeriso, Yayasan peguam Muslim cawangan Pattani di Yaring, Pattani.
4. Azhari Ceklong, pegawai Majlis agama Islam wilayah Pattani dan Bicara Patani di Dokrok, Pattani.
5. Kariya Muso, pegawai YICE di Kemecah, Bendang Setar, Jala.

28/4/2020M.
- Berlaku tembakan keatas seorang rakyat awam yang bernama Munammad Ruslan Laha usia 18 tahun, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Padang ru, mukim Katong, daerah Jaha, wilayah Yala.

29/4/2020M.
-Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menemukan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, operasi ini dilakukan di kawasan Mukim Thamuang, Daerah Thepa, Wilayah Senggora.

30/4/2020M.
-Pihak tentera Siam melakukan operasi dan terjadi pertempuran dengan pejuang Patani, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Paka Lesung, mukim Tokjong,Daerah Nongcik, Wilayah Patani. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, dalam pertempuran ini menyebabkan 3 orang pejuang Patani terkurban Syahid dan seorang tentera Siam cedera. Sebelum terjadi pertempuran, tentera Siam meminta penghulu kampung untuk bicara, supaya pejuang Patani menyerahkan diri. Keterangan nama pejuang Patani,
1. Asy-Syahid Yusuf Mektimoh, usia 33 tahun berasal kampung Dokrok, Pattani. bersama waran tangkapan kes serangan bom di 7 wilayah selatan Thai pada 11/8/2016 dan kes bom ranjer pada 10/1/2017.
2. Asy-Syahid Mattarmizi Said usia 32 tahun, berasal kampung Anak bukit, daerah Kokpor, Pattani. bersama waran tangkapan menyamung kedai emas di daerah Nathawi pada 24/8/2019 dan
3. Asy-Syahid Abdul Aziz Pakia usia 39 tahun. Berasal kampung Dokrok, Pattani.

Bersama waran tangkapan kes serangan bom pasaraya Big-C Pattani pada 9/5/2017. Setelah pertempuran, tentera Thailand merampas 3 laras senjata api yang digunakan oleh pejuang Patani, senjata api yang dirampas 3 laras yaitu selaras senapang patah, pistol pendek jenis AK 102 dan sepucuk pistol jenis .38 Kasturi Mahkota, pemimpin Patani United Liberation Organisation (PULO) mengeluarkan perisytiharan turut mengutukkan Kerajaan Thailand yang melakukan operasi militer terhadap angkatan bersenjata Patani di tengah saat wabak Covid-19 melanda seluruh wilayah Patani.






KESIMPULAN Bulan APRIL (4/2020 M.) 

Hampir tidak berlaku Peristiwa pergolokan dari serangan bom, tembak menembak/ pertemporan setelah BRN mengisytiharkan genjatan senjata untuk memberi laluan kemanusiaan dalam keadan pendamik COVID-19 hanya berlaku 5 kes penembakan (1 kes pertemporan di Pattani selebihnya kes peribadi) yaitu 2 kes di Patani, (termasuk 1 kes pertemporan antara Pejuang Patani dan Tentera Siam dalam operasi pengepongan di kampung Paka Lesung, Patani) 1 kes di Jala dan 2 kes di Menara.

Tidak ada statistik kematian pihak angkatan bersenjata Siam hanya seorang sahaja cedera parah dalam pertemporan di Paka lesung, juga tidak ada kematian dan luka parah pihak rakyat awam.

3 orang kurban syahid dibulan ini. walau bagaimanapun angka pengepungan kampung-kampung Melayu serta memetik DNA rakyat awam masih tinggi dengan statistik pengepungan sebanyak 15 kampung terbahagi kepada wilayah Pattani 5 kampung, Jala 3 kampung, Menara 2 kampung dan Senggora 5 kampung, rakyat awam ditahan dan dibawa siasat kekem tentera seramai 11 orang (kebanyakan dari wilayah Senggora).

Rakyat dipaksa memetik DNA seramai 9 orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.





No comments:

Post a Comment