Tuesday, 7 April 2020

TENTERA SIAM PERUT HIJAU

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan wabak COVID-19 sebagai pandemik dan berkala, Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit itu dan negara-negara lain tidak lama lagi akan turut sama mengikuti.

Kami mengharapkan menggantung operasi ketenteraan pejuang dari segi pengeboman, pembakaran, serangan hendap, dan serangan ke atas pasukan tentara Thailand dan kakitangan agensi keselamatan.

Kami ingin Thailand juga melakukan pengurangan operasi militer secara proporsional untuk mewujudkan suasana yang selamat dan terjamin bagi semua usaha awam dan swasta untuk menampung dan mencegah penyebaran COVID-19.

Namun pihak Thailand Tidak Hirau dengan Keadaan Covid-19, masih lagi menjalankan operasi kekerasan ketenteraan dengan menyerang, mengepong, serta manangkap dan memetik DNA rakyat awam seperti berlaku operasi pengepongan dan pertemporan berpanjangan lebih setengah bulan di Tasek, Jala.

Operasi mengepong kampung-kampung Melayu di kampung Sungai batu, Kampung Bukit, kampung Dahong, wilayah Menara dan kampung Pruching, dan Bukit Torang, Tiba Senggora.

Masih lagi memetik DNA rakyat awam walaupun dalam keadaan dharurat kawalan pergerakan di kampung Besu, Bendang Setar, Jala serta menjalankan operasi kekerasan tentera memukul anak muda Melayu sampai mati di kampung Kerisek, Patani.

Tepat Sekali apa yang digelarkan oleh orang Melayu terutama orang Kedah dan Patani terhadap tentera Siam sejak awal lagi dengan “SIAM PERUT HIJAU”


No comments:

Post a comment