Rakyat atau masyarakat
yang berbangsa Melayu di
Patani hidup dalam keadaan
yang sangat memperihatikan.
Konflik dan perang yang
bergolak di Patani sudah memakan waktu yang cukup
panjang, sejak dari zaman
pencerobohan penjajah Siam
ke atas Kesultanan Melayu
Patani pada tahun 1785m,
lebih-lebih lagi setelah serangan perompakan gudang senjata tentera di Kem Pileng,
wilayah Narathiwas (Menara)
pada tahun 2004, sampai ke
hari ini, rakyat selalu difitnah,
dianiyaya dan dizalim tak habis-habis.
Korban jiwa yang berjatuhan begitu banyak.
Penindasan, kekejaman dan pelanggaran hak-hak kemanusiaan
tak dapat dihindarkan, bangsa
Melayu Patani kehilangan
segala-galanya, Negara sudah
dijajah oleh bangsa asing;
kekuasaan kepemerintahan
dirampas; bahasa, budaya dan
pendidikan dianeksasi (dihimpit dan bahkan ditelan oleh
bangsa Siam); agama dan kepercayaan difitnah; apatah lagi
hasil bumi Patani yang subur
dan penuh dengan kekayaan
alam dirampas.
Penduduk dan
rakyat Patani di hari ini dalam
keadaan miskin dan melarat
dalam bumi sendiri yang subur
dan kaya raya.
Kedudukan dan Garis
Masa Negeri Patani
1. Patani Darussalam
sebagai sebuah Negara yang
berdaulat:
a.Negara Melayu Langkasuka (abad ke 1-5 m,);
b.Negara Patani Darussalam yang berdaulat (tahun
15-18 m,);
2. Negara Patani Darussalam di bawah kolonialis
(kekuasaan/penjajahan Siam);
a.Negara Patani di
bawah taklukan Siam, namun kesultanan masih wujud
(1785-1902m,);
b.Negara Patani dihapus kesultanan Melayu
(pada tahun 1902-1909 m,);
3. Patani Daruusalam
dijadikan bahagian dari Siam
(1909- sekarang) setelah perjanjian Anglo-Siamis, tanpan
persetujuan dari rakyat Patani
sendiri.
Kedudukan bangsa
Melayu Patani jelas, bahwa
mereka bukanlah orang Siam/
Thai, seperti apa yang didakwa oleh penjajah Siam/Thai
itu.
Seandainya keberadaan
bangsa Melayu Patani masih
dianggap seperti bangsa Siam/
Thai di wilayah-wilayah lainnya, tentu sekali apa yang
dikatakan damai itu hanya
pembicaraan kosong saja.
Bangsa Melayu Patani
bangkit berjuang bukan untuk
memisahkan Negara Thailand,
tapi untuk menuntut haknya
sebagai suatu Bangsa, yang
kedudukannya sama dengan
bangsa-bangsa lain di dunia.
Baik hak dalam berdemokrasi
dan mengurus tadbir, sesuai
dengan hak mengurus diri
sendiri.
1. Hak berdemokrasi
dan Memerintah.
Bangsa Melayu Patani
berhak untuk mempunyai
Ahli Dewan Mesyuarat atau
Parlemen sendiri yang anggotanya dipilih melalui pemilihan umum (election) oleh rakyat
di kawasannya sesuai dengan
norma-norma yang berlaku.
2. Hak berbahasa, berbangsa dan berkebudayaan.
Bangsa Melayu Patani,
sangat-sangat perlu diiktiraf
sebagai salah satu bahasa
rasmi dalam pemerintahan
dan memartabatkan (dignify/
bermaruah) budaya Melayu
sebagai identity, sesuai dengan
cara hidup masyarakat Patani.
3. Hak dalam menyelenggarakan urusan Agama.
Bangsa Melayu Patani
mempunyai keyakinan, bahwa
lembaga-lembaga keagamaan
tak dapat dipisahkan dengan
kehidupan bermasyarakat
dalam meneruskan keperluan
hidup seharian sesuai dengan hukum Agamanya, baik
dalam hal-hal; Ibadah, Muamalah, Munakahah, Jinayah
dan lembaga-lebaga lain yang
berhubung kait dengan urusan
Agama Islam.
4. Hak untuk menentukan dan menetapkan segala
hasil kekayaan alam.
Bumi Patani yang subur
dan kaya raya dengan sumber
alamnya, tapi kenyataan hidup
rakyat Patani sangat-sangat
memperihatikan ulah tangan-tangan dan system penjajahan yang berlaku di Patani.
Bangsa Melayu Patani dianaktirikan sehingga mereka
hidup dalam menderita, keadilan social dan kesejahteraan
hamper-hampir tidak dapat
dinikmati oleh bangsa Melayu
Patani.
Kesenjangan social
sangat ketara diantara Patani
dengan Bakok.
Hak untuk menentukan
dan menetapkan hasil pendapatan local dalam pembangunan wilayahnya, keadilan
social dan kemakmuran bagi
seruh rakyat Patani, dalam
artian segala hasil kekayaan
bumi Patani dapat dikembalikan kepada rakyat Patani.
Kerana rakyat Patani di hari
ini benar-benar tidak dapat
menikmati segala hasil kekayaannya.
Dengan ini kami bangsa
Melayu Patani merasa berkuajiban meneruskan perjuangan
agar anak cucu kami, dapat
hidup bermaruah serasi dengan bangsa-bangsa lain di
dunia. Sesuai dengan falasafah
perjuangan dan keyakinan
Agama Islam.
Wahai bangsa Melayu
dan bangsa-bangsa lain di
dunia ini, berilah dokongan,
dalam bentuk apapun agar
pentadbiran bumi Patani dapat
dilaksanakan sesuai dengan
pemerintahan yang demokratis, adil, aman dan sejahtera….
Amieen..
No comments:
Post a Comment