- Berlaku tembakan keatas seorang lelaki yang bernama Mohamad Doha menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kampung Banprio, mukim Cerang Tadong, Daerah Raman, Wilayah Yala.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi keamanan, di kampung Kaotum, daereah Yarang, wilayah Pattani, serta menahan Abdul Karim Yidam bersama sepucuk pistol.
- Seorang warga Siam berusia 44 tahun ditembak mati dikampung Cekil, mukim Pen, daerah Saiburi .wilayah Pattani.
2/3/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi di sebuah perkampungan warga sipil Patani, operasi ini dilakukan di kawasan perkampungan Mukim Mokmawi, Daerah Yakrang, Wilayah Patani.
3/3/2020M.
- Pihak tentera Thailand mengunakan 2 buah kereta. Seramai 20 orang melakukan operasi keatas sebuah rumah warga sipil di kampung Kunyit, mukim Tempoyak, daerah Jeringa, wilayah Menara.
4/3/2020M.
- Perundingan Damai Patani Putaran Yang Kedua. Perundingan Perdamaian Patani, antara kerajaan Thailand dipimpin oleh Jenderal Wanlop Rugsanaoh dan BRN yang dipimpin oleh Ustaz Anas Abdulrahman mengadakan pertemuan dialog putaran kedua yang difasilitasi oleh Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor antara 2 - 3 March 2020 di Kuala Lumpur,Malaysia.
Pada 4 March 2020, Sekretariat untuk Dialog Keamanan (SPD) Pejabat Keamanan Negara Thailand mengumumkan pernyataan mengenai perundingan damai antara kerajaan Thailand dan BRN putaran kedua sudah selesai dan membahas tentang isu-isu substanstif.
Dalam pernyataan tersebut melaporkan bahawa suasana keseluruhan pertemuan itu konstruktif dimana kedua belah pihak membahas sejumlah masalah teknis dan administrasi terkait dengan proses perundingan. Pertemuan tersebut juga mulai membahas topik-topik masalah substantif termasuk pengurangan kekerasan untuk menciptakan lingkungan yang kondusif untuk proses tersebut.
Dari pernyataan tersebut menegaskan Dialog tentang isu-isu substantif akan membutuhkan waktu, kesinambungan, dan dukungan dari semua sektor yang terlibat dan kedua belah pihak akan bertemu untuk membahas perincian lebih lanjut dari semua masalah pada waktunya.
“Dalam hal ini, Panel perundingan Perdamaian ingin menegaskan kembali komitmen kami untuk melakukan upaya terbaik untuk menyelesaikan masalah di Provinsi Perbatasan Selatan sesuai dengan pendekatan damai.” Pernyataan dari kerajaan Thailand. Sumber : Wartani Melayu, 04 Mac 2020.
-Pihak tentera Thailand melakukan operasi keatas beberapa buah rumah warga sipil kawasan Daerah Benang Setar, Wilayah Jala. Keterangan kawasan operasi :-
1. Kawasan rumah No.33/1 kampung Air Besu.mukim Kemecah, daerah Bendang Setar, Wilayah Jala.
2. Kawasan kampung Kuala Balang,, mukim Kemecah, daerah Bendang Setar, Wilayah Jala.
3. Kawasan kampung Yoi, mukim Kuala Kael, daerah Bendang Setar, Wilayah Jala.
4.Kawasan kampung Kuala Kael, mukim Kemecah, daerah Bendang Setar, Wilayah Jala.
6/3/2020M.
- Berlaku tembakan keatas polis Thailand, menyebabkan mangsa 2 orang cedera dan 1 orang maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Telok, mukim Sako, Daerah Serisakon, Wilayah Menara. Laporan dari pihak polis Thailand mengatakan, mereka ditembak ketika melakukan siasatan di kawasan tersebut. Pelaku penembakan terdiri dari beberapa orang yang tidak dikenali, setelah penembakan pelaku melemparkan sebutir bom api menyebabkan berlaku kebakaran keatas kereta polis tersebut.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan memetik DNA keatas rakyat awam dikawasan lalu lintas jalan raya Daerah Tantor, Wilayah Jala.
-Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan terjadi pertempuran dengan pejuang Patani, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Ekeng, mukim Kekro, Daerah Raman, Wilayah Jala. Dalam operasi ini pihak Tentera menahan Muhammad Mustawa Senik bersama sepucuk pistol dan bebertapa peralatan lainnya. Manakala 4 orang rakannya Berjaya melarikan diri.
- Berlaku tembakan keatas seorang warga Siam berusia 51 tahun dikampung Thuke, mukim Tanjung lima, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.
7/3/2020M.
-Sebutir bom kecil meletup di lalau lintas berhampiran Hospital, Jalan Siroros, daerah Muang, wilayah Jala.. Tidak ada laporan kecederaan.
-Tanakhorn Phianchana peguam yang pernah menembak dirinya dalam mahkamah wilayah Jala pada 4/10/2019 membunuh diri dengan menembak dengan pistol peribadinya di wilayah Chiangmai.
8/3/2020M.
-Seorang warga Melayu ditembak mati dikampung Lamae, mukim Bongor, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara.
-Seorang Tok penghulu kampung ditembak mati dikampung Perawan, mukim Yarang, wilyah Pattani. Mangsa dikenali Chanwit Kaso berusia 48 tahun.
-Masyarakat tempatan jumpa 2 mayat pejuang dalam pertemporan dikampung Ekeng, terampung dalam Sungai Saiburi kawasan kampung Bendang Lalang, mukim Plonghoi, daerah Kapho, wilayah Pattani. Syahid dikenali Nazri Wongoh berasal kampung Kokngor, Pattani dan Syahid Harong Woheng berusia 34 tahun berasal kampung Jalor, daerah Muang, wilayah Jala. Bersama mangsa pistol jenis CZ serta peluru 13 das.
10/3/2020M.
-Orang kampung menemu mayat dalam sungai Sungai Golok dikampung Tempuyak, mukim Cekhe, daerah Takbai, wilyah Menara. -Tentera Siam menahan Fauzi Senik dalam operasi keponghan dikampung Tenot, mukim/ daerah Sebaya, wilayah Senggora.
12/3/2020M.
- Lebih dari 1000 orang tentera Thailand melakukan operasi besar-besaran untuk menangkap beberapa pejuang Patani mulai tanggal 12/3/2020 selama 24 hari yang berada di kawasan Tasek kampung Benjar, mukim Tasek, daerah Muang, wilayah Jala. Pasukan Thailand yang terlibat dalam operasi kali ini adalah Polis, Renjer, Tentera, Commando, dan lain-lainnya. Dalam operasi ini pihak Siam menggunakan serangan udara, darat dan air serta senjata berat. Operasi berpanjangan ini menyebabakan 2 orang tentera Siam mati,6 orang cedera, 4 orang dari pihak pejuang Patani terkurban Syahid.
13/3/2020M.
-Unit Ranjer ke 44 daerah Teluban menjalan operasi mengepong kampung Melayu kawasan kampung Banggol Jering, mukim Berih, daerah Saiburi, wilayah Pattani. Dapat mengesan penginapan sementara pihak pejuang Patani serta beberapa alat kelengkapan antaranya : 1. 2buah beg 2. 5 buian tentera 3. 5 kopi mengisi gas 4.Kerongsong peluru 5.56 serta mengisi peluru 6.sebuah motosikal dicuri dari pekan Teluban pada
14/4/2018.
-Seorang prinsikan polis gaji 4,500 kop dikenali Yoro Cekwae berusia 41 tahun ditembak mati dikampung Kota teras, mukim Nenngam, daerah Raman, wilayah Jala.
15/3/2020M.
-Seorang rakyat awam warga Melayu ditembak mati di kampung Kerian, mukim Sako, daerah Seri sakon, wilayah Menara.
-Berlaku lemparan bom serta tembakan rembang keatas pos kawalan keselamatan mukim (Cor.Kor.Tor.) mukim Kayu kelat, daereah Weng, wilayah Menara. tidak ada laporan kecederaan.
16/3/2020M.
-Mahkanmak wilayah Pattani menjatuhkan hukuman mati keatas saudara Abidin Lateh berkait kes menembak mati seorang warga Siam di daerah Kokpor, wilayah Pattani pada 29/12/2018, walau bagaimanapun pihak mahkamah meringankan hukuman dengan penjara seumur hidup kerana tertuduh mengaku bersalah.
17/3/2020M.
-Serangan bom kereta depan pintu utama Pusat Pentadbiran wilayah Sempadan Selatan (Sor. Or.Bor.Tor/SBPAC) menyebabkan papan tanda Pusat musnah, beberapa buah kereta orang awam dan kereta polis turut rusak bersama ini 25 orang cedera parah. Termasuk 5 orang pegawai polis. Kata polis pelaku samung kereta milik kedai jual kayu berhampiran, kemudian mengisi bahan letupan bom, Bom kereta itu meledak sepuluh minit setelah ledakan pertama dan di antara yang cedera adalah 5 orang wartawan, 5 orang petugas polis, 2 orang tentara dan pengamat lainnya,
-Keterangan 4 orang pemuda pejuang Patani kurban Syahid dalam pertemporan “Operasi Tasek”
1. Syahid Solahuddin Khamis bin Haji Yusuf, berasal kampung Batan Telok, mukim Lidon, daerah Muang, wilayah Jala. (17/3/2020)
2. Syahid Azhar Tengah bin Abdulwahid, berasal kampung Batan Telok, mukim Lidon, daerah Muang, wilayah Jala. (17/3/2020)
3. Syahid Nuruddin Cindapet bin Haji Yusuf, berasal kampung Lemada, mukim Yupor, daerah Muang, wilayah Jala. (17/3/2020)
4. Syahid Adnan Khamis bin Haji Yusuf, berasal kampung Batan Telok, mukim Lidon, daerah Muang, wilayah Jala.(kurban tanggal 18/3/2020)
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi di perkampungan warga sipil kawasan perkampungan Sungai Batu, mukim Lubok Sawa, daerah Bacok, wilyaha Menara.
18/3/2020M.
-Seorang penolong tok penghulu kampung dikenali Matrobi Pokloh berusia 52 tahun ditembak mati di pos kawalan Cor. Ror.Bor. kampung Nat Tanjung, mukim Manangyong, daerah Yaring, wilayah Pattani.
-4 orang banduan dari 14 orang pemuda wilayah Menara kes merancang serangan bom Kota Bangkok (terekenal dengan Kes Budu) dibebaskan dari penjara setelah 3 tahun dijalankan hukuman.
19/3/2020M.
-Tentera Siam dari Cor.kor 48 kem Pileng operasi menahan Apendi Dereh di kampung Darul ihsan, mukim Bukit, daerah Becah Airong, wilayah Menara.
20/3/2020
-Letupan bom keatas rombongan ranjer di kampong Lamae, mukim,Bongor, daerah Tanjung mas, wilayah Menara. Ranjer cedera parah 2 orang
22/3/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang rakyat awam warga Melayu di kampung Kunyit, mukim Tempoyak, Daerah Jeringa, Wilayah Menara.
25/3/2020M.
-Tentera Siam memukul dengan topi tentera keatas 2 orang pemuda disekatan jalan raya kampung Kerisek, mukim Tanjung Lulok, daerah Muang, wilayah Patani. Seorang meninggal dunia dikenali Rusdi Tamat berusia 13 tahun dan rakannya cedera. Sebelumnya, dua orang pemuda keluar dari rumah untuk membeli makanan dengan mengunakan sebuah motorsikal. Secara tiba-tiba tentera Thailand memukul dan memanggil ke pos keamanan. Setelah dipukul, Rusdi langsung jatuh dari motorsikal dan maut ditempat kejadian. Saat ini pihak keluarga sedang melakukan permintaan kepada pimpinan mukim untuk menjalani hukuman terhadap tentara Thailand yang melakukan tindakan kekerasan.
-Pihak tentera Siam melakukan operasi dan menangkap 5 orang warga sipil di kampung Dahong, mukim Chengkhiri, daerah Seri sakon, wilayah Menara
27/3/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan memetik DNA keatas 5 orang warga sipil Patani kawasan kampung Air Besu, mukim Bendang Setar, Daerah Bendang Setar, Wilayah Jala.
30/3/2020M.
-Seorang rakyat awam warga Melayu ditembak mati dikampung Kolam bilik, mukim Paka Harang, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Mangsa dikenali Awae Misa berusia 61 tahun berasal kampung Cenggal, mukim Pakaharang, wilayah Pattani.
31/3/2020M.
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi serta menahan 2 porang pemuda dikampung Pruching, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Antara ditahan ialah 1. Syukri Deraman berkait kes serangan bom Kota Bangkok pada bulan 10/2019 dan 2. Saudara Rusman Salaeh.
KESIMPULAN
Bulan MAC (3/2020 M.)
Peristiwa pergolokan berlaku 20
kes.terbahagi kepada wilayah
Pattani 5 kes, Jala 7 kes, Menara 8 kes, tidak berlaku dalam
wilayah Senggora.Berlaku serangan bom 6 butir (sebutir bom kereta) yaitu 3 butir di Jala dan 2 butir di Menara.Tembakan dan pertemporan berlaku 14 kes: Masing-masing di Pattani 5 kes, Jala 4 kes, Menara 5 kes. tidak berlaku sabotaj khianat bulan ini.
Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 3 orang cedera parah 11 orang, Rakyat awam mati 7 orang (Warga Melayu 5 orang dan warga Siam 2 orang) cedera parah 21 orang.( warga Melayu 9 orang (termasuk 4 orang wartawan) warga Siam 12 orang) pegawai kerajaan mati 4 orang dan tidak ada yang cedera.
Pejuang gurgur Syahid 6 orang dalam kawasan Jala. lebih dari 20 tempat/kampung dikepung dan mengeledah pihak keamanan Siam. lebih dari 15 orang ditangkap. pihak penguasa Siam. Seorang warga di Pattani dijatuhkan hukuman mati.
No comments:
Post a Comment