Sikap diam dan tidak
bergeming pusat kerajaan Thailand di Bankok, menunjukkan
kelemahan pusat pentadbiran
kerajaan Thailand sendiri terhadap Deklarasi Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani
(BRN).
Jika di amati secara
keseluruhannya bahawa pusat pentadbiran Bangkok tidak
mempunyai sensitiviti dan keselarasan dalam Urusan Tadbir,
khususnya Perdana Menteri
Prayut Can O Cha dan keseluruhan Kabinet Pemerintahan,
yang terdiri daripada Eksekutif,
Legislatif, Yudikatif, dan Yuridis.
Kesemua perlembagaan
negara tidak mampu bekerja
secara aktif dan sinergi, bebas,
dan bertanggungjawab. Kerana
tersekat kepada Protokol Rasmi
dan hilangnya independen dalam
tugasan.
Apapun rasa takut yang
berlebihan, juga memberi kesan
terhadap keputusan politik dan
operasi ketenteraan. Sehingga,
tidak ada sikap yang jelas dan
tegas sebagai sebuah negara dan
kenegerawanan dalam mengikuti aturan peperangan.
Apapun kesan daripada sikap PM Prayut C. dan
juga sekaligus Ketua Majlis
Keselamatan Negara (MKN),
ialah tidak mempu membuat
penyelarasan Kabinet Kementerian dengan baik dalam aspek-aspek penting.
Sehingga,
hubungan kerjasama dengan
MKN tidak mampu memberi
informasi tepat, data yang memadai, penyaringan laporan
perisikan secara objektif oleh
DSI, dan masukan yang tepat kepada PM Prayut C.. Jika ini berlangsung sesuai dengan tugasan
dan peranannya masing-masing.
Maka Badan Strategik Negara
akan mampu memberikan prioriti utama terhadap isi Teks
dan kandungan Deklarasi BRN,
sesuai dengan pengesahan Mohor daripada Setiausaha BRN.
Jikalau sensitiviti ini dianggap
tidak penting oleh kerajaan Thailand.
Maka secara jelas bahawa
kerajaan Thailand telah melanggar Deklarasi WHO dan HAM
Antarabangsa. Sebagai bukti di
atas perlanggaran HAM berat
ini, akan nampak jelas sekali
dalam arahan dan perlaksanaan
Perintantah Berkurung di lapangan, khususnya di 4 Wilayah dan
5 Daerah Selatan.
Maka melihat pula kepada hubungan kerja PM Prayut
C. dan Angkatan Tentera, di
bawah pimpinan Para Jenderal
dalam 3 Angkatan. Di bawah
4-Divisi atau di bahagi kepada
4 Wilayah, iaitu Wilayah 1 Tengah, Wilayah 2 Timur, Wilayah
3 Barat, dan Wilayah 4 Selatan.
Para Jenderal tentera ini selalu
menjadi penghalang dalam urusan politik, yang berhubungan
dengan proses perundingan damai di Selatan. Peranan mereka
boleh di akses di pelbagai media
dalam dan luar negeri terhadap
ketidakpuasan mereka. Oleh
kerana itu, rampasan kuasa yang
berulang kali terjadi di Thailand
dan boleh terjadi bila-bila masa.
Menurut catatan sejarah, perampasan kuasa oleh tentera paling
terbanyak di dunia. Sehingga
demokrasi di Thailand anggap
mandul dan cacat di mata antarabangsa. Sebagaimana reaksi
Panglima Angkatan Darat, iaitu
Jend. Apirak Kungsumpong,
yang begitu gelesah dan merasa
tidak berdaya pada saat proses
perundingan diselenggarakan di
Kuala Lumpur pada 20 Januari
2020.
Sedangkan, Ketua Tim
Delegasi kerajaan Thailand ialah
Jend. Wanlup Raksanok, juga di
dampingi oleh Wakil Panglima
Angkatan Wilayah 4, iaitu Jend.
Kriengkrai Sriraks yang juga sebagai anggota delegasi mewakili
pihak Tentera. Ini menjadi persoalan tersendiri bagi pihak Ketua
Delegasi dan PM Prayut C., kerana jelas sekali bahawa mandat
yang berikan tidak meliputi kebijaksaan tugas dalam membuat
ulasan, memberikan pandangan,
dan membuat usulan kepada PM
Prayut C. dan Pusat di Bankok.
Ini bererti bahawa para Jenderal
aktif di tubuh tentera, merasai
kehilangan daya dan menyalahi
strategi asal dalam menghadapi
konflik di Selatan. Para Jenderal
merasa kehilangan kepentingan
finansial terhadap kepentingan
kelompok-kelompoknya dan bajet belanjawan pertahanan yang
amat dan sangat besar.
Adapun Kementerian Pertahanan yang dirangkap juga
oleh Jend. Prayut C., sebagai
Menteri Perlaksanaan Tugas
untuk kepentingan pertahanan
secara umum, Jend. Prayut C.
juga memegang jawatan sebagai
Ketua Pelaksanaan Menangani
Pandemi Covid-19, bertanggungjawab melengkapi perlengkapan medis dan ubat-ubatan
berkaitan Wabak.
Membuat peta
perlaksanaan dan perawatan
darurat Hospital di seluruh negara dan mengarahkan untuk
menjaga jarak sosial (Social
Distancing). Begitu juga, arahan perintah berkurung selama
tempoh yang ditentukan dan
ditetapkan di seluruh negara.
Adapun perintah berkurung ini
menjadi dahsyat dan malapetaka
bagi masyarakat bangsa melayu
di Selatan.
Kerana pihak tentera
Thailand mengambil peluang
untuk mendesak dan membuat
kepungan terhadap masyarakat
yang disyaki sebagai anggota
Gerakan Perjuangan Pembebasan Patani. Arahan ini berada di
bawah Tentera Wilayah 4 dan
Polis Wilayah 9 bahagian selatan Thailand. Operasi ini, tidak
sedikitpun peduli dengan Dedikasi BRN dan himbauan Lembaga Kesihatan dunia WHO.
Dalam pernyataan WHO jelas
bahawa mana-mana konflik dan
pertelingkahan di dunia perlu
memberi laluan kepada Pasukan Medis dan Tim Perawatan
Kesihatan mengatasi wabak
Covid-19 ini kepada setiap individu dan masyarakat. Kerana
Covid-19 telah menyebar dan
dikategorikan sebagai Pandemik.
Dalam pada itu juga, kerajaan Thailand melalui Kementerian Luar Negerinya, telah
mempolitikkan isu bantuan kepada masyarakat bangsa Patani
yang berada di luar negara,
supaya mendaftarkan diri melalui Kedutaan dan Konsulatnya, untuk pendataan ulang
dan mempolitikkan akses data
peribadi dan diperdayakan dalam kesempitan.
Ini menunjukkan sikap licik dan tidak berwibawa bagi kerajaan Thailand
dalam keadaan dharurat, dengan
mengambil kesempatan politik
kotor dan tidak bermoral, lagi
pula sangat tidak negarawan.
Keinginan politik kerajaan Thailand yang mahu menang dan
mengusai dengan menekan dan
menghalalkan segala cara.
Namun, pastinya akan ada imbas
balik dan timbalan atas risiko
tindakan buas dan tidak bermoral tersebut. Kerana, jika diamati secara menyeluruh terhadap
Deklarasi BRN bahawa sesungguhnya BRN, cuma membeku
dan berdiam diri dalam tempoh
Pandemik dan memberikan akses laluan kesihatan bagi seluruh
penduduk di Selatan.
Maka
Satuan Pasukan dan Tenteranya
ditarik untuk setiap kawasan,
daerah, dan wilayah operasinya.
Ini bermakna tentera pejuang kemerdekaan Patani, akan berhak
bertindak kepada musuh-musuhnya dalam tugas mempertahankan diri. Pihak pejuang juga akan
berhak menyerang pergerakan
musuh yang tidak peduli terhadap Deklarasinya.
Jika tentera
dan polis Thailand masih melakukan rundaan dan membuat
operasi intaian untuk menekan
dan menangkap, membunuh dan
menhancurkan. Maka kembali
diingatkan bahawa pihak perjuangan BRN, akan bertindak
balas di atas ancaman dan keselamatan bangsa Patani. Tindakan ini tidak akan bertentangan
dengan Deklarasi yang di buat
dengan sesungguhnya. Berdasarkan Peraturan Perang dan
Undang-Undang Antarabangsa.
Kemudian, Peranan Kementerian Dalam Negeri, iaitu
Jend. Anupong Phaucinda. Perlu
membuat kajian secara objektif dan
keputusan yang selaras dengan bahaya Covid-19, yang mewabak dan
merupakan tragedi kemanusiaan
bagi penduduk Selatan.
Ketua Polis Negara Jend. Caktip Caicinda,
perlu sinergi dengan keputusan
yang di ambil oleh PM Prayut C.,
ini berhubungan dengan perlaksanaan tugas di kawasan, daerah, dan
wilayah Selatan. Panglima Tentera
Wilayah 4 juga, Jend. Phonsak
Pengawas, semestinya tidak bertindak melanggar aturan dan anjuran
WHO, dengan mengeluarkan perintah dan arahan lancarkan operasi
tindakan berterusan pada masa Pandemi dan peristiwa kemanusiaan
yang sedang melanda.
Sepatutnya,
tentera Thailand menepati Kemp
dan diarahkan tidak meneruskan
pemburuan dan operasi gelap.
Kerana setiap gerak lintas polis
dan tentera Thailand selalu berada
dalam pengawasan BRN. Apapun
operasi runda, pengejaran, dan
pengepungan target akan selalu
diperhati dan dinilai oleh BRN.
Yang kemudian akan digelar “Post
Mortem” bagi pihak BRN dalam
membuat penilaian dan keputusan
terhadap Deklarasi yang sudah
diedarkan. Jika melanggar batas
kewajaran dan merugikan pihak
BRN.
Maka tindakan ketenteraanpun akan di ambil, untuk menjaga
kepentingan rakyat dengan aksi
pembalasan di dalam kawasan,
daerah, dan juga wilayah. Kerana di
anggap Deklarasi yang dikeluarkan
hanya berlaku secara “unilateral”
dan satu arah.
Peranan Setiausaha SBPAC, iaitu Jend. Sumkiad Phunprayun, yang begitu eksis secara
politik dan urus tadbirnya, telah
merangkum semua aspek kehidupan bangsa Patani sebagai Pusat
Pentadbiran Wilayah Selatan.
Mulai daripada kawalan pendataan keseluruhan penduduk melalui
test DNA bagi setiap individu,
statistik kependudukan di setiap
kampung, kawasan, daerah, dan
wilayah. Berkerjasama dengan
Jabatan Urusan Pentadbiran di
setiap peringkat, dalam aspek
politik dan pemerintahan. Aspek ekonomi, urus niaga, dan pelaburan berdasarkan sumber kekayaan
bumi di daerah dan wilayah bangsa
Patani.
Aspek kebudayaan dan pendidikan, yang mencakupi pendidikan umum dan agama. Semuanya
telah dipandu dan disesuaikan
dengan Warta Khusus SB-PAC
dan Kementerian Pendidikan Pusat kerajaan Thailand. Sedangkan,
kebudayaan selalu diasimilasikan
dan disiamisasikan, untuk merobohkan asas kebudayaan tempat
masyarakat bangsa Patani menjadi
pluralisme atau masyarakat majmuk tanpa batas.
Sekaligus juga
SB-PAC, berperanan penting dalam menangani wabak Covid-19,
untuk mendukung kemampuan dan
kapasiti tentera dan polis, dalam
menekan aspek politik terhadap
BRN dengan operasi mengepung,
menangkap, dan menghancurkan
gerakan perlawanan rakyat bangsa
Patani. BRN ialah hujung tombak
dalam memperjuangkan ispirasi
dan aspirasi rakyat bangsa Patani,
pasti tidak akan berdiam diri sahaja
terhadap aksi politik dan ketenteraan kerajaan Thailand.
BRN pasti
mengumpul setiap detil data-data
kaki tangan kerajaan dan penjawat awam yang melibatkan diri
dalam operasi gelap dan kelabu
ini. Deklarasi laluan kesihatan
Covid-19 ini, digunapakai oleh
kerajaan Thailand secara membabi buta dan sangat tidak beradab.
Hasil daripada Deklarasi ini, telah
menjadi ukuran dan prospek politik bagi BRN, untuk mengatur
langkah kedepan.
Dengan Wawasan Kepatanian, Keamanan dan
Pertahanan Nasional, Pertahanan
dan Keamanan Rakyat Merata,
dan Perang Rakyat Semesta. Ideologi politik yang penuh hemah,
semangat padu, kesatuan rakyat,
dan integriti kempimpinan yang
sesungguhnya.
Pada awal Mac 2020, Tim
Delegasi kerajaan Thailand atau
kenal dengan RTG, telah mengadakan pertemuan dengan BRN sesuai
dengan agenda dan jadual yang
ditetapkan sebenarnya.
Dengan
adanya Deklarasi BRN ini, terlihat
jelas bahawa Ketua Tim Delegasi
RTG Jend. Wanlup R. dan rombongannya tidak ada kemampuan
dan mandat yang memadai, untuk
membuat keputusan final terhadap
perkembangan politik di antara
RTG dan BRN.
Sedangkan Jend.
Wanlup R. bertanggungjawab
langsung dengan PM Prayut C.,
suatu gambaran politik yang beku,
kaku, bergumpal, dan salah tingkah. Suatu pembuktian bahawa
Kuasa Pusat kerajaan Thailand
sepenuhnya, dipegang oleh pihak
tentera dan para Jenderal yang
sombong dan tidak kenal menghormati peristiwa dan tragedi
kemanusiaan.
Tampuk kekuasaan
kerajaan Thailand, sepenuhnya
dikuasai oleh para Jenderal dan
tenteralah yang menentu arah dan
peta politik di Selatan. Akibatnya,
pihak tentera secara keseluruhan
takut dan kehilangan arah strategi,
untuk menghadapi Deklarasi BRN.
Kerana pihak otoriti antarabangsa,
seperti Setiausaha WHO dan PBB,
telah membuat pernyataan pujian
terhadap BRN secara terbuka di
media-media terkemuka dunia.
Ini menjadi tamparan hebat dan
menyakitkan bagi kerajaan Thailand, di pentas politik antarabangsa. Suatu titik kecil keberhasilan
dan pengiktirafan antarabangsa
terhadap perjuangan BRN di saat
Pandemi Covid-19 merebak.
Tersikap sudah kenapa kerajaan Thailand di bawah pimpinan
PM Prayut C., terdapat masalah
dalaman yang sangat besar dan
tidak lagi dapat menentukan arah
strategi keutuhan wilayahnya.
Konflik di Patani akan menjadi bukti
terbebasnya bangsa Patani daripada
kerajaan Thailand. Oleh kerana,
kerajaan Thailand telah terpecah
dan hilang kesatuan di antara rakyat awam dan Tentera, perpecahan
Parti-Parti pendukung kerajaan dan
Parti-Parti Pembangkang di dalam
Parlimen sangat ketara.
Oleh sebab,
perbezaan ideologi dan pemahaman tentang Pentadbiran Negara.
Perpecahan di antara para Jenderal
dan Tokoh-Tokoh Politik Demokrasi, yang merasakan hak Demokrasi
di cabul dan dirampas oleh tangan-tangan besi. Perpecahan di
antara Ahli Dewan Perwakilan
Rakyat dan para Senator di Parlimen, yang selalu berpihak kepada
para Veteran Jenderal dan Jenderal
aktif.
Kabinet Menteri kerajaan
Thailand tidak mampu memainkan
peranan secara dan logik. Rangkaian Pentadbiran Negara menjadi
tidak menentu dalam arah dan hala
tuju kebangsaannya. Kerana, MKN
didominasi oleh sejumlah kecil ahi
politik yang berpengalaman dan
lebih melihat kepada tujuan jangka
pendek semata. Jika keadaan ini
terus berlangsung dan berjalan, sudah pasti kerajaan Thailand berada
dihujung tanduk keruntuhan dan
kehancuran.
Saat sebuah negara
diterajui oleh Tentera sepenuhnya,
maka ia merupakan pertahanan
akhir bagi kekuasaan. Kemudian,
sikap tidak peduli dan mengabaikan tragedi kemanusiaan ini, boleh
dijadikan alat bukti untuk difailkan
sebagai kejahatan kemanusiaan di
Mahkamah Antarabangsa. Operasi
gelap dan kelabu, bahkan mengganas tentera dan polis Thailand
terhadap BRN dan bangsa Patani
umumnya, pada saat laluan kesihatan Covid-19 mewabak, ialah
aksi membakar lalang di musim
kemarau. Bumi Patani akan menjadi hangus dan terbakar setiap
kawasan, daerah, di 4 wilayah dan
5 daerah lainnya.
No comments:
Post a Comment