Wednesday, 6 May 2020

HALA TUJU SEBUAH RUNDINGAN DAMAI DI PATANI 2020

Rundingan damai dalam satu-satu konflik merupakan peranan bagi bidang politik. BRN dalam rundingan berusaha merealisasikan cita-cita dan inspirasi Rakyat (Bangsa Patani).

Untuk dituangkan dalam sebuah proses rundingan. Rakyat Patani mengharapkan adanya perubahan, dari suasana kegelapan kepada cahaya terang. Kalau tidak terdapat perubahan apa-apa, berarti proses tidak bermakna bagi Bangsa Patani.

Rakyat Patani juga memerlukan untuk mengembalikan identitinya. Identiti adalah sebuah harga diri bagi suatu bangsa. Patani memiliki identiti bangsa yang tersendiri, iaitu Bangsa Melayu Patani. Tiba-tiba identiti dihilangkan begitu saja, entah kenapa, kemudian dilengkapi dengan identiti Siam.

Ini salah satu pelanggaran Hak Asasi Manusia dan hak semula jadi semua bangsa di dunia atau sunnatullah. Dalam membuat penyelesaian dengan menggunakan kuasa ketenteraan dan persenjataan, tak dapat diselesaikan. Ia harus diselesaikan melalui politik. Politik mengambil tempat di meja rundingan, konflik tetap berlangsung seperti biasa, sebelum adanya persetujuan oleh kedua belah pihak.

Proses rundingan 2020, baru bermula beberapa kali pertemuan, dan masih ditahap membina keyakinan. Namun sejauh mana dapat berjalan dengan baik, bagi kedua belah pihak tak dapat memberi jaminan sepenuhnya bahawa rundingan akan menghasilkan sebuah perdamaian yang hakiki di bumi Patani.

Proses rumdingan 2020, lebih baik dari proses sebelumnya, ada perubahan dari beberapa faktor. Ataranya mempunyai prasyarat ROAD MAP, ToR dan Expert. Untuk mengekalkan proses agar berada di landasan yang betul. Maka bagi semua pihak harus menentukan hala tuju sebuah peroses damai yang berkredibiliti. Serta membawa proses secara bermaruwah, bermertabat, menghormati dan mengakui kewjudan nilai-nilai agama budaya Bangsa Melayu di Patani.

Diikuti para pihak harus mengenal pasti unsur-unsur yang menyebabkan berlakunya konflik. Tak akan berlaku komflik tanpa adanya sesuatu yang dipertikaikan. Namun dalam pertikaian apapun pasti ada solusinya, kalau betul-betul kometman dan berupaya untuk mencari penyelesaian.

Penting bagi pihak Kerajaan Thai membuka ruang politik, selama proses rundingan berlangsung, untuk para pihak dapat membahas dan berdiskusi tentang kepentingan, dan keperluan (Position, Interest, Needs) serta memberi penjelasan kepada inclusiviti masing-masing. Dengan tanpa adanya paksaan dan ugutan dari mana-mana pihak. Serta harus berlapang dada, untuk menerima atau dipertimbangkan atas kepentingan dan keperluan bagi semua pihak.

Mengikuti dari berbagai sumber media dalam dan luar negara. Proses rundingan damai yang telah dijalankan secara rasmi atau beck chanel, baik di Negara Asean atau Eropah. Pemerintah Thai seolah-olah hilang sasaran dan tujuan yang hendak dicapai, dan ingin mencari sebuah perdamaian. Mereka hanya mempertahankan isu-isu untuk membolehkan para pihak bertambah keyakinan dan kesefahaman.

Contoh, pihak Thai selalu menghindari untuk menanda tangani (sign) atas setiap keputusan, baik minit mesyuarat atau hal-hal lain. Konflik terbaru, sudah memasuki 16 tahun, telah menelan korban melebihi 7,000 nyawa dan belasan ribu tercedra. Kelau didedahkan segala kesukaran dari percaturan politik yang dimainkan pihak Thai. Sangat membahayakan bagi masyarakat Patani.

Thai meletakan posisi rundingan ini hanya sekadar bermuka-muka dan lebih cederung kepada propokasi. Baik dengan masyarakat tempatan atau masyarakat Antara Bangsa. Berkaitan proses rundingan damai kali ini. Maka tidak hairan dikalangan masyarakat atau para terkemuka tempatan, yang mengatakan Kerajaan Thai masih mengamalkan budaya lama sebagai kunci penyelesaian konflik. berusaha menjadikan konflik sebagai isu dalaman (internal).

Yang mereka sendiri tak mampu membendungnya. Kerajaan Thai sangat mengkuatirkan akan mengangkat tarap atau diberi penghargaan kepada BRN atau Bangsa Melayu Patani. Kekuatiran itu memang sudah pun terjadi dengan tanpa disedari. Sudah menjadi lumrah dalam konflik. Pada awalnya, Pihak luar atau dunia ketiga, bertindak secara p e m a n t a u a n , tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Mereka membuat pemantauan berdasarkan Hak Asasi Manusia HAM. Sedangkan Kerajaan Thai sendiri sering membuat pelanggaran terhadap Hak Asasi Manusia kepada Orangorang Patani. Baik secara diskeriminasi, pembantaian secara beramai-ramai. Di Negara Thai tidak banyak perubahan tentang hala tuju politik, khusus terhadap Patani.

Dilihat dari sistem politik umum Negara Thai, belum lagi demokrasi sepenuhnya. Kerana Negara Thai diperintah oleh pembesar-pembesar yang datang dari kader melitir hampir 100 peratus. Walaupun baru-baru ini ada pilihan raya, namun pemilihan tersebut sebagai drama, menutupi mata rakyat dan masyarakat luar. Oleh itu strategi negara Thai adalah yang dilaksanakan dihari ini.

Khususnya di 4 wilayah 5 daerah. Iaitu ketenteraan mendahului politik, bukan politik mendahului ketenteraan. Wajar bagi masyarakat Patani sendiri, tak dapat menaruh harapan begitu tinggi dalam mana-mana proses sekalipun. Orang Patani sudah banyak kecewa terhadap rundingan damai Patani.

Diantara pemimpin-pemimpin militer Negara Thai tidak begitu memahami terhadap teori-teori yang dapat melahirkan perdamaian yang bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak, antara Kerajaan Thai dan Bangsa Patani.

Dengan kata lain, untuk menentukan hala tuju proses damai, perlu memantau langkah demi langkah, terhadap perkembangan dan keputusan di meja rundingan. Sama ada maju atau mundur tergantung kepada duadua pihak.




No comments:

Post a Comment