Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13.
Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu dan Buddha.
Contoh Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu: Bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda,ayah,isteri ,janda, suami, menteri, dosa pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa.
Contoh Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam imbuhan bahasa Melayu: Eka, dwi, maha, pra, swa, tata, tuna, wan, man, wait, nita.
Contoh Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bunyi bahasa Melayu: Bunyi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit sperti /dw/, /sw/, /sy/
Pinjaman Kata Dasar dari bahasa sanskrit
Perkataan bahasa Sanskrit yang disenaraikan oleh Za’ba tidak kurang daripada 388 patah, tetapi yang digunakan tidak lebih daripada 200 patah sahaja, melibatkan sekurang-kurangnya 14 bidang.
(i) Tubuh manusia anggota, bahu, kepala, lidah, nadi, nama, roma, rupa , sendi.
(ii) Waktu bila, dewasa, dinihari, hari, kala, kali, ketika, masa, purnama, pertama, sedia, sedia kala, senja, senja kala sentiasa, tadi, tatkala.
(iii) Barang dagangan dan perniagaan angka, arang, gula, bahara, benda, cendana, gaharu, guni, harga, harta, juta, kapas, kapur barus, kasturi, laba, laksa, lawang, neraca, pala, sutera.
(iv) Barang-barang leburan dan batu-batu baiduri , delima, emas, geliga, gemala, kaca, kencana , maknikam, mestika, mutia, mutiara, nilam. pancalogam, permata, raksa, suasa, tembaga, timah
(v) Nama barang dan perkakas bangsi, catur, cerana, genta, gergaji, jala, jentera, judi , kecapi, kendi, keranda, kunci, manik, panca-persada , pancaragam, peterakna, peti, tenggala.
(vi) Pergaulan dan persaudaraan ayah, bangsa, baya, belia, dara, isteri, keluangsa, keluarga, muda, pangkat, remaja, saudara, sila, suami, tabik, teruna, tua.
(vii) Berkenaan bintang dan awang-awangan angkasa, bima sakti, buana, cahaya, cakerawala, daksina, gelita, gema, gempa, gerhana, kertika, mega, nusantara, pancalima, pernama, rahu, udara, utara.
(viii) Binatang biri-biri, cenderawasih, cerpelai, cintamani, gagak, gajah, gembala, geroda, harimau, jentayu, kala, kuda , merak, mergastua, merpati, naga, rajawali, sawa, serigala, singa, unta
(ix) Tumbuh-tumbuhan angsana, bedara, beringin, bunga, cempaka, cendana, delima, gandamala, gandapura, gandarusa, jambu, jati , kemboja, kenanga, kesumba, labu, lenggundi, lontar , mangga, melaka, melati, melur, mempelam, nagasari , petola, puspa sari, seroja, teratai.
(x) Perasaan dan keadaan asa, asmara, bahagia, bencana, berahi, bodoh, budi , budiman, cela, celaka, cerca, cinta, durjana, derma, dermawan, dosa, duka, dukacita, dusta, loba, malas , murka, nestapa, pahala, pandai, papa, sangka, segera , seloka, sengsara, setia, setiawan, suci, suka, sukacita
(xi) Senjata dan peperangan bahaya, bala, bala tentera, cedera, gempita, hulubalang , jaya, kendera, keris, kota, panah, panglima, perkasa , senjata, seteru.
(xii) Kebesaran adiraja, anugerah, baginda, bendahara, bentara, beti, biduanda, duli, gahara, hulubalang, istana, kurnia, laksamana, maha, maharaja, maharani, mahkota, menteri , mulia, paduka, pegawai, pendeta, penggawa, raja, perdana menteri, permaisuri, perwira, putera, puteri, sida-sida, singgahsana, upacara.
(xiii) Pemerintahan acara, angkara, aniaya, bahagi, balai, bangsa, bicara, denda, desa, dosa, gelora, kuasa, merdeka, negeri, penjara, periksa. perkara, pesaka, sahaya, saksi, segara , seksa, ufti.
(xiv) Agama dan pengetahuan agama, badi, bahasa, bakti, betara, bidadari, biduan , bijaksana, Bisnu, boga, bota, bujangga, bukti, cendera , dewa, dewata, dewi, dupa, gergasi, guru, hantu , Hanuman, indera, jelma, jiwa, mantera, neraka, permai, petala, puasa, puja, pujangga, puji, raksasa, rencana , sakti, sangkakala, sastera, sasterawan, sempena, syurga, tapa.
Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa elit India mula dipinjam ketika itu, kerana:
(i) bahasa Melayu terlalu baharu, menyebabkan timbul masalah kekurangan perkataan yang sesuai dan tepat untuk menyatakan makna bagi sesuatu ilmu atau budaya yang belum dikuasai oleh masyarakat Melayu,
(ii) tanggapan bahawa bahasa Sanskrit berwibawa dan berprestij tinggi. (di petik dari :http://jagunghitamdd.blogspot.com/2014/03/ pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html)
bersambung...
No comments:
Post a Comment