2/7/2020M.
-Pihak relawan keamanan Thailand melakukan operasi dan menemukan sebuah motorsikal, kejadian ini berlaku di kawasan setesen minyak PTT, Daerah Raman, Wilayah Jala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, motorsikal ini semenjak siang hari hingga malam hari, dan tidak diketahui milik siapa.
- Berlaku tembakan keatas seorang ranger warga Melayu dikenali Salaeh Kareng, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Sawo hilir, Mukim Sawo, Daerah Resak, Wilayah Menara.
3/7/2020M.
-Berlaku berbalas tembakan Antara Tentera Siam dengan Pejuang Patani ketika operasi pengepungan kampung Melayu di kampung Rawa, mukim Don, Daerah Penarek, wilayah Pattani. menyebabkan 1 orang pejuang Patani terkurban Syahid di tempat. Syahid dikenali Anwar Duramae berasal Kg. Lalang, mukim Bidil, daerah Tung yang deng, wilayah Pattani. Manakala, pihak tentera Thailand juga mengalami nasib yang sama, menyebabkan 3 orang cedera, dan 1 orang maut ditempat. Pihak tentera Thailand menyakini, bahwa Anwar Duramae merupakan salah seorang dari anggota gerakan bersenjata di bawah naungan Barisan Revolusi Nasional (BRN).
4/7/2020M. -Berlaku letupan bom keatas rombongan tentera Thailand, tidak menyebabkan apaapa, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya berdekatan pos keamanan polis Thailand Cok Namsai, Mukim Paluru, Daerah Sungai Padi, Wilayah Menara.
8/7/2020M.
-Berlaku tembakan keatas seorang ranger warga Siam yang bernama Nikon Sombatthong (Budha) usia 43 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya berhadapan sekolah Ratchanutkrot 41, Mukim Wangpaya, Daerah Raman, Wilayah Jala.
9/7/2020M.
-Pihak tentara Thailand telah membebaskan seorang wanita yang bernama Aramah Wani usia 41 tahun, pembebasan ini dari kem tentera Thailand Inkayuth Borihan Mukim Bhotong, Daerah Nongcik, Wilayah Patani, Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, Aramah Wani merupakan salah seorang warga sipil Patani yang ditangkap pihak tentera Thailand dalam operasi di kampong Don baru-baru ini. kerana rumahnya sebagai tempat persembunyian pejuang Patani hingga berlaku berbalas tembakan. Tidak hanya Aramah Wani yang ditahan, bahkan saudara iparnya yang bernama Ibrohem Wayangusia 35 tahun juga ditahan di kem tentera Thailand. Manakala, Aramah Wani telah dibebaskan oleh pihak tentera Thaialnd setelah ditahan selama 6 hari dan diperintahkan membayar denda sebesar 10.000 baht oleh Mahkamah wilayah Pattani.
- Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki yang bernama Mat (Islam), menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kilang kayu Air ceh, Mukim Padungmat, Daerah Chanek, Wilayah Menara.
10/7/2020M.
-Berlaku tembakan keatas seorang warga sipil Patani ,tidak menyebabkan apa-apa, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya Thayi, Mukim Lamplai, Daerah Tiba, Wilayah Senggora.
11/7/2020M.
-Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang guru wanita Patani, operasi ini dilakukan di kawasan sekolah Melayu/Tadika kampung Baloi Mukim Baloi, Daerah Yaring, Wilayah Pattani, Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, wanita tersebut adalah salah seorang warga sipil Patani yang bekerja sebagai guru sekolah Melayu/Tadika. Operasi kali ini dengan jumlah puluhan tentera Thailand yang dilengkapi dengan senjata api, dan mengunakan 8 buah kereta. Setelah ditangkap, tentera Thailand membawa siasat wanita tersebut ke ibu pejabat polis Daerah Yaring, Wilayah Patani. - Warga Cenak dan Mahasiswa Turun Ke jalan Tetap Menentang Projek Industri. Ratusan Warga Dearah Chanak dan Mahasiswa, Selatan Thailand mengunjuk rasa di simpang jalan raya Chanak-Hatyai, setelah mereka dihalangi memasuki forum mendengar pendapat mengenai Projek Industri Cenak Model, yang diadakan oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Perbatasan Selatan (SBPAC), Sabtu 11 July 2020. Projek ini, yang dianggarkan bernilai 18,680 milion baht, dirancang pada 7 Mei 2019 melalui resolusi kabinet. Pada 21 Januari 2020, resolusi kabinet susulan menjelaskan perincian projek dan ia akan digunakan terutamanya oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Perbatasan Selatan (SBPAC) sebagai bagian dari perdamaian dan pembangunan ekonomi di wilayah Patani, selatan Thailand.
12/7/2020M.
-Tentera Thailand menjalankan operasi mengepung kampung Melayu dengan jumlah 9 buah pikap di kampung Air Batu, mukim Tokdeng, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.
14/7/2020M.
-Berlaku serangan bom keatras unit ranjer rondaan berjalan kaki pengawal guru sekolah kebangsaan, di kampung Patok, mukim Parai, daerah Kokpor, wilayah Pattani. Menyebabkan 1 orang ranjer maut ditempat.
- Lebih dari 100 orang pegawai Tentara Thai yang lengkap dengan alat senjata, datang dengan kereta di darat dan helicopter di udara untuk mengepung penduduk di kampung Rai (Ban Rae), daerah Tantor, wilayah Jala. Pengepungan mula diserbu kira-kira jam 3:00 pagi. Sehingga membuat penduduk masyarakat merasa terganggu dan tidak aman. Dalam operasi ini mereka menahan saudara Muhammad Amin Haji Derasek pegawai analisis polisi dan planning di pejabat pentadbiran mukim (Or,Bor,Tor,) mukim Kampung Rai, Tantor, Jala.
15/7/2020M.
-Berlaku letupan bom keatas rondaan jalan kaki unit ranjer di kampung Padang Nyor (Na Prao), mukim Banklang, daerah Penarek, wilayah Pattani. Menyebabkan 6 orang ranjer cedera parah (4 orang ranjer warga Siam, 2 orang Melayu). 4 orang rakyat awam cedera ringan akibat terkena serpihan bom. Beberapa jam kemudian pihak ranjer seramai 100 orang dengan menaiki 20 buah pikap menjalankan operasi mengepung kampung serta menahan 5 orang rakyat awam Antaranya 1.Abdullah Wokyeng, 34 tahun 2. Sudin Wokyeng, 51 tahun 3.Seng Useng, 55 tahun 4.Zulkifli Useng 30 tahun dan 5.Muhammad zaman Useng 27 tahun . kesemua dibawa siasat ke kem tentera Telaha Bakong, wilayah Pattani.
18/7/2020M.
-Pihak tentera Thai menjalankan pengepongan kampung Melayu di kampung Lahar, mukim Peluru, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.
22/7/2020M.
- Berlaku tembakan keatas seorang warga Melayu bernama Rocin Soksa, usia 37 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berkaku di kawasan kampung Maetee, mukim Lamplai, daerah Tiba, wilayah Senggora. Kata polis kes disiasat atas kes pribadi.
23/7/2020M.
- Aksi Mahasiswa PSU Pattani Penuh Semangat, Menghalau Kerajaan Junta Militer Setelah halaman Facebook, kelompok Teman Mahasiswa untuk sesama Mahasiswa PSU Pattani dan Jaringan Mahasiswa Patani, Selatan Thailand, posting mengundang para pelajar, mahasiswa dan masyarakat awam keluar untuk berkumpul aksi menghalau kerajaan. Pada 16.00. petang hari ini Khamis 23 Juli 2020, Ratusan mahasiswa dan aktivis University Prince of Songkla, Pattani mengadakan aksi flashmob di gedung oren kampus. Dalam rangka “Pin untuk Demokrasi, aksi flashmob bersama-sama mengejar para diktator.” Suasana penuh semangat dan meriah.
- Ketua Perunding Thailand Berkata Rundingan Damai Patani Mesti Diteruskan, Walaupun Tergendala Akibat Covid-19 PATTANI: Perundingan Damai wilayah bergolak di Patani, selatan Thailand tergendala akibat pandemik COVID-19. Rundingan antara wakil kerajaan Thailand
- ketua perunding Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN), menyaksikan bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Rahim Mohd Noor bertindak sebagai fasilitator, tergendala apabila sempadan di Thailand dan Malaysia, ditutup akibat pandemik.
24/7/2020M.
-Agensi berita Isranews menyebarkan sebuah kenyataan melalui aplikasi LINE mengenai 3 tuntutan pihak Mara Patani kepada kerajaan Thai antaranya
1. Gabnor bertaraf raja sebagai ketua kepada 3 wilayah otonomi tersebut.
2. Pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi bagi 3 wilayah sempadan selatan Thai.
3.Bahasa Melayu adalah Bahasa kedua bagi 3 wilayah sempadan selatan Thai tersebut dan memberi kuasa kepada Majlis agama Islam sebagai sebuah badan khusus bagi mentadbir, mengurus, mengawal setia, serta menguatkuasaan segala perkara berkaitan tuntutan agama. Bagi penganut beragama Islam. inilah tuntutan 3 perkara sebagai syarat kepada kerajaan Thai bagi menyambung semula perundingan damai Patani, jika tidak. pihak pejuang akan mengangkat kembali senjata dan tidak akan ada perindingan damai selepas ini. Kemudian pihak Mara Patani mengeluarkan kenyataan menafikan hal tersebut : Berhubung dengan berita Isranews pada 24/7/20 berkenaan dengan TIGA tuntutan terdadap kerajaan Thai yang dikaitkan dengan Mara Patani itu, dengan ini diperjelaskan:
1.Tiga tuntutan itu bukan dikeluarkan oleh Mara Patani.
2.Semua kenyataan rasmi Mara Patani akan dibuat oleh Pengerusi atau Ketua Perunding atau Jurucakap sahaja.
3.Sehingga sekarang Mara Patani belum membuat sebarang tuntutan rasmi terhadap kerajaan Thai, melainkan cadangan melalui meja dialog untuk menentukan agenda rundingan.
4.Tuntutan rasmi berkenaan status Patani pada masa hadapan akan dibuat selepas mendapat penelitian, cadangan, persetujuan dan sokongan dari segenap lapisan rakyat di lapangan dan dibawa ke meja dialog.
-Berlaku tembakan keatas seorang pemuda Melayu usia 16 tahun, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan Kg. Cekdeng, mukim Lokcud, daerah Weng, wilayah Menara.
- Berlaku pembakaran tayar kereta, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya Purung, Mukim Changhai tok, Daerah Khokpor, Wilayah Patani.
25/07/2020M
-Pihak tentera Thailand melakukan operasi di sekolah pondok, operasi ini dilakukan di kawasan Pondok Bukit Torang, Mukim Kuan’ran, Daerah Sebaya, Wilayah Senggora.
27/7/2020M.
- Berlaku pembakaran tayar motorsikal di lalu lintas jalan raya, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya Jenerih, mukim Chakuah, Daerah Raman, Wilayah Jala.
- Berlaku pemusnahan tempat puja warga Budha, menyebabkan kepala patung Budha musnah, kejadian ini berlaku di kawasan Wat Witmonwittenaram, mukim Kelaba, daerah Saiburi, wilayah Pattani. Kemudian pihak polis menahan seorang warga Budha yang mengidap masalah mintal.
28/7/2020M.
-Masyarakat tempatan menemukan bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya Watyanthong, Daerah Sedau, Wilayah Senggora. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, saat ini pihak EOD bahagian pemeriksaan bom sedang melakukan siasatan.
29/7/2020M.
-Mahkamah Rayuan (Sal Uthorn) wilayah Jala menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan penjara 35 tahun keatas 5 orang pemuda Kampung Tanah Putih, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. Atas kes menembak mati 5 orang rakyat awam penagih dadah di kampung Telok Delong, Tanah putih pada 11/6 /2018. Menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup keatas
1. Sukri musek, usia 33 tahun
2.Wae asae Wae usoh, usia 34 tahun
3. Massan Cek dereh usia 29 tahun. Menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun keatas 1. Sapeing satok, usia 39 tahun dan 2. Abdullah Matsamoh, usia 30 tahun.
Kes ini dapat pemerhatian oleh berbagai pihak terutama hak asasi manusia kerana mahkamah telah menjatuhkan hukum tidak bersalah oleh penguam Kanakhorn Pianchana, yang pernah berlaku insiden menembak dirinya sendiri dalam Mahkamah Jala pada 2019M.
KESIMPULAN Bulan Julai (7/2020 M.)
Berlaku serangan bom 3 butir terbahagi kepada wilayah Pattani 2 butir dan wilayah Menara 1 butir, berbalas tembakan dan tembak sebanyak 7 kali, terbahagi kepada wilayah Pattani 1 kali, Jala 1 kali, menara 3 kali dan Senggora 1 kali sabotaj politik dengan membakar objek atas jalan raya 2 tempat masing-masing di Pattani dan Jala.
Angkatan bersenjata Thai mati 3 orang, cedera 10 orang.
rakyat awam mati 2 orang dan cedera parah 5 orang. pejuang kurban Syahid 1 orang di Pattani.
tidak ada kematian dan kecederaan bagi pegawai kerajaan dalam bulan ini.
operasi pengepongan kampung-kampung Melayu masih dijalankan pihak Keamanan Siam yaitu sebanyak 8 kawasan terbahagi kepada wilayah Pattani 4 kawasan, Jala 1 kawasan, Menara 2 kawasan dan Senggora 1 kawasan.
Ramai lagi rakyat awam ditangkap oleh tentera Siam seramai lebih dari 8 orang.
Rakyat awam dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup 3 orang dan penjara 35 tahun 2 orang.
No comments:
Post a Comment