Ini sesuai dengan kehendak dan polisi Bangkok, yang selalu mencari celah dan peluang untuk memecahbelahkan orangorang Melayu. Khususnya di wilayah Patani, iaitu Daerah Chenak dan Tiba.
Sebuah operasi yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bahkan tidak dapat diterima oleh setiap manusia yang berakal. Kerana masyarakat Melayu akan kehilangan kampung halaman dan tempat tinggal mereka untuk selamanya.
Operasi kerajaan Thailand ini mendapat sokongan pihak Junta sepenuhnya dan pemerintahan Daerah. Kerana Daerah Chenak akan dijadikan kawasan khusus Industri dan kilang, dengan menyasarkan tiga kampung sepanjang Pantai. Iaitu kampung Tebing Tinggi, kampung Bendang Tindih, dan kampung Sekom. Isu yang sangat sensitif bagi masyarakat Melayu Chenak di atas pengusiran ini.
Masyarakat akan kehilangan tempat tinggal, kampung halaman, pekerjaan tetap, mata pencarian daripada kekayaan alam, dan sejarah kehidupan nenek moyang mereka. Semuanya akan di rampas oleh pihak kerajaan Bangkok secara membabi buta. Tanpa peduli teriakan dan tangisan pribumi asal, yang telah ratusan tahun menepati kawasan ini.
Polisi dan operasi rampasan tanah orang-orang Melayu ini telah lama dicadangkan dan dirancang sedemikian rupa, untuk mengusir dan menghalau penduduk kampung Melayu. Dengan pengusiran ini, pihak Bangkok dengan mudah mengeksploitasi lahan tanah yang ada. Segala sesuatu diupayakan agar orang-orang Melayu hilang konsentrasi dan tiada fokus lagi dalam kesatuan nasib bangsa. Bangkok sengaja memecahbelahkan minda orang-orang Melayu dalam kepentingan meratap nasib dan masa depan yang tidak ada kepastian.
Penduduk Melayu hampir 34,559 jiwa akan terpecah semangat perjuangan membela hak mereka. Kekejaman dalam perampasan tanah ini mencapai jumlah 16,763 Meter Persegi luasnya. Bangkok mempunyai cadangan licik dalam perencanaan untuk mencipta kawasan Industri dan Perkilangan di Daerah Chenak. Dengan mengusir penduduk Melayu daripada sejarah kehidupan, tradisi dan budaya masyarakat pinggir Pantai.
Demikian perancangan ini, sepunuhnya disetujui oleh Junta Tentera dan mendapat kelulusan daripada Kabinet kerajaan secara mudah. Kerana mayoriti Ahli Parlemen Thailand merupakan bayangan Junta Tentera. Projek yang menelan biaya dengan jumlah yang sangat besar ini, wangnya pasti akan lari masuk kedalam saku Tentera dan kroninya. Sedangkan mangsanya ialah penduduk Melayu Muslim yang akan berpidahrandah entah kemana penghujungnya.
Kemudian, kawasan ini akan menjadi kawasan perlindungan dan eksklusif dengan penuh persyaratan dan peraturan. Kawasan ekonomi eksklusif bagi Bangkok untuk menjana hasil daripada kekayaan Patani. Proses transmigrasi penduduk pasti akan terjadi dan berulang membawa bencana bagi umat Islam. Bangkok sudah bersedia mengirim penduduk Budha daripada pelbagai tempat untuk mengisi ruang tanah yang sudah siap untuk di tempati.
Sebuah rencana kotor Bangkok dan Junta Tentera yang sepakat menjadikan orang-orang Melayu korban terbaru penjajahan abad ke-21. Sepanjang pingir Pantai Patani Barat akan sepenuhnya dikuasai oleh kerajaan Thailand. Letak strategik kawasan Indusri dan kilang ini, sekaligus penepatan penduduk Budha akan menjadi benteng pertahanan mereka daripada serangan laut di sebelah Timur.
Kawasan dan lingkungan Industri dan Perkilangan ini, akan melahirkan lingkungan sosial baharu di persekitarannya. Pluralisme, pergaulan, dan masyarakat majmuk akan menciptakan intraksi sosial baharu pula. Iaitu pergaulan bebas dan melanggar norma-norma masyarakat. Sebagaimana telah banyak berlaku kes-kes perzinaan dan pergaulan songsang di kalangan muda-mudi. Akibatnya, masyarakat bangsa Melayu Patani akan mendapat cabaran baharu pula, dengan adanya gelombang Asimilasi secara berterusan.
Kehidupan orang-orang Melayu Islam Patani, memang memiliki adat istiadat yang sangat berbeza dan masyarakat Budha. Proses Asimilasi ini, merupakan racun bagi masyarakat Islam Patani dan jelas merosakkan sendi kehidupan budaya bangsa Melayu. Warna dan corak sebenarnya orang-orang Melayu Chenak akan tergugat dan terguras habis, daripada satu generasi kepada genarasi selanjutnya akan lenyap jati dirinya.
Polisi Bangkok dan Junta Tentera memang sudah lama menginginkan percaturan dan mencapuradukan di antara penduduk Melayu Islam dan Siam Budha, sesuai pula dengan perancangan program 20 tahun polisi pembangunan negara mereka. Dengan di pimpin oleh Perdana Menteri (PM) Prauyut Chan O Cha, melalui Timbalan PM Jenderal Prawit Wungsuwan projek ini dilancarkan pada masa yang singkat dan mendapat kelulusan sidang Parlemen secara Absah. Pada masa Junta Tentera inilah, mereka berkuasa penuh dan mampu merealisasikan rencana jahat dan tipu muslihatnya.
Apa lagi, dengan mendapat sokongan penuh darapada pelbagai agensi kerajaan. Mulai daripada Kementerian Pertahanan, Majlis Keselamatan Negara, Badan Keselamatan Dalam Negara. South Border Provinces Administration Centre (SBPAC), Tentera Wilayah Bahagian 4, Kontinjen Polis Bahagian 9, dan Agensi-Agensi kerajaan lainnya. Keseluruhan polisi Bangkok merupakan penjajahan bentuk lama dan diadopsi dengan istilah baru, iaitu konsep pembangunan dan kemajuan wilayah Selatan.
Patani bukan bahagian daripada Thailand, bukan juga masyarakat pluralisme. Proses eksploitasi kekayaan alam dan perampasan tanah mesti dihentikan segera. Polisi transmigrasi atau penempatan orang-orang Budha di wilayah dan kawasan berpenduduk Islam perlu di lawan dan diperjuangkan. Program Asimilasi dan menghilangkan identiti orang-orang Melayu Islam, mesti dan perlu kepada perlawan segenap rakyat dan kesatuan perjuangannya wajib sampai pula ketitisan darah terakhir. Chenak adalah wilayah Patani Barat, wilayah orang-orang Melayu Islam Patani.
Jati diri umat dan kebudayaan Islam adalah nilai yang tidak boleh di tawarkan lagi. Telah menjadi harga mati bagi penduduk Chenak dan kesatuan bangsa Melayu Patani untuk mempertahankannya. Pengusiran penduduk daripada kampung halamannya, mesti diperjuangkan. Tanah tumpah darah nenek moyang dan bumi Ibu Pertiwi jangan pernah rela di rampas. Bangunkan tekat, kuatkan semangat, dipersiapkan barisan perang bagi generasi muda-mudi, genderan perang telah ditabuhkan. Selangkah maju jangan pernah lagi menoleh kebelakang. Kemenangan milik kita bersama dan kejayaan milik bangsa Melayu Islam Patani selamanya.
No comments:
Post a Comment