Wednesday, 8 July 2020

JIHAD MEMBANGUN KESATUAN BANGSA DAN MEMERDEKAKAN RAKYAT PATANI

Tragedi merebaknya wabak Covid-19, telah merubah semua sistem yang ada di dunia ini. Pertama sekali ialah sistem kesihatan dan Lembaga Kesihatan Dunia, iaitu World Healthy Organisation (WHO).

Lembaga Kesihatan Negara di seluruh dunia menghadapi peristiwa pahit dan bersedih. Kerana tidak ada kemampuan mendapatkan atau menghasilkan ubat dan vaksin, untuk mengubati virus yang merebak keseluruh penjuru bumi. Kepemimpinan dan Pentadbiran Negara Dunia pasti berubah dan mengalami perubahan daripada satu sistem kepada sistem baharu.

Oleh kerana, ada perubahan perilaku manusia. Perekonomian negara-negara dunia pula runtuh dan sistemnya hancur lebur, eksport dan import berubah haluan, dan keperluan manusia akan banyak kebuluran dan hilangnya keperluan asas kehidupan.

Sistem pendidikan yang selama ini, di anggap maju dan berteknologi tinggi, ternyata tidak berdaya membangun peribadi manusia, yang beradab dan berakhlak baik, bangsa-bangsa di dunia akan kembali mencari metode dan sistem pendidikan baru pula.

Dunia dipaksa kepada perubahan, iaitu mental revolusi dan revolusi itu adalah revolusi jihad. Revolusi Mental Jihad yang bermula daripada setiap diri peribadi muslim sebagai Mujahid, khususnya peribadi-peribadi umat Islam Patani, terbahagi kepada 7 Tahapan. Pertama, Revolusi Mental Jihad Peribadi ialah asas pembangunan peribadi manusia tulen.

Peribadi manusia sebagai komuniti dan masyarakat bangsa yang damai dan aman. Peribadi manusia yang beradab, berakhlak mulia, dan menjunjung tinggi nilai kejujuran dan berlaku adil dalam setiap aspek perilaku.

Peribadi manusia yang hidup berasaskan kebenaran dan menolak setiap keburukan, benar dalam bertutur kata, benar dalam berucap dan menebarkan kebenaran. Peribadi manusia yang memperjuangkan kebenaran, dengan menolak kepalsuan, kemunafikan, dan kejahatan.

Sehingga, menjadi peribadi yang lemah lembut namun tegas pendiriannya, menjadi peribadi yang baik dan membela kebenaran, menjadi peribadi yang berkeyakinan kuat dan sanggup mempertahankan kebenaran.

Mentaliti jihad akan menjadi pakaian bagi setiap peribadi bangsa Melayu Islam Patani dan juga terbentuk menjadi peribadi yang berbudi luhur dan bermoral tinggi, sebagai identiti sejati rakyat berkebangsaan Patani. Jadilah Manusia Tauhid.

Kedua, Revolusi mental jihad kelompok ialah hasil daripada proses setiap peribadi manusia dalam berinteraksi, keperibadian menjadi induk yang afektif bagi peribadi yang lainnya. Sehingga, aspek kekosongan dan ketidakmampuan berubah dan mempunyai bentuk tersendiri. Sebagaimana proses kehidupan kelompok, yang pastinya memiliki pemimpin dan peraturan menjalankan hubungan kerja.

Tidak mungkin segala sesuatu diurus oleh seorang pemimpin dengan daya fikiran peribadi yang terbatas, pasti mempunyai kekurangan dan kelemahan dalam kepengurusannya. Namun, dengan adanya peribadi-peribadi yang berfikiran benar, bertindak secara bijaksana, inovatif, berhasil, dan mencapai matlamat.

Sudah pasti, akan dapat menentukan proses pembangunan yang lebih besar, mencakupi aspek-aspek kehidupan yang lebih luas dan menyeluruh. Revolusi mental kelompok jihad ialah proses efektif dan produktif tugasan kerja, sehingga produktiviti menjadi nilai tambahan terhadap kekurangan yang ada dan diganti dengan kemahiran, kepakaran, dan kemajuan yang lebih cemerlang, baik integriti kebangsaan Patani, ekonomi kerakyatan yang adil dan merata, kebudayaan yang maju dan berdaya saing tinggi, dan kesatuan yang padu lagi kukuh, tidak mudah digoyahkan dan gagah untuk melawan. Hisup berjamaah di bawah payung pimpinan.

Ketiga, Revolusi Mental Jihad Kampung. Dengan adanya mentaliti jihad di dalam peribadi dan kelompok manusia secara mendalam dan matang. Maka mental jihad kampung akan berkembang dengan baik dan meluas juga tersebar ke dalam setiap keluarga.

Pemimpin kampung menjadi induk produktif dalam aspek-aspek penting asas kehidupan, seperti pengaturan, pentadbiran, pengurusan, dan kepedulian. Dengan begitu, akan begitu mudah diterima dan digunapakai menjadi aktiviti penduduk dengan penuh rasa selamat.

Kerana, setiap individu akan selalu menolong dan membantu di setiap gerak langkah pemimpin. Pemimpin yang benar dalam membuat keputusan, pemimpin yang bijak mengurus keselamatan dan keperluan penduduk. Sehingga lahir rasa tenteram untuk menjalani hidup, bebas melaksanakan ketentuan agama dan ibadat secara sempurna.

Lahir pula kebangkitan generasi yang berakhlak baik dan mulai, mengurus dan melindungi setiap peribadi penduduk kampung. Proses pembangunan mentaliti jihad kampung ialah pengaturan kehidupan keluarga dan persaudaraan, dengan pendidikan agama Islam yang benar dan efektif.

Sehingga, tumbuh subur menjadi tradisi penduduk kampung yang bermoral dan beradab, mental jihad yang tangguh dan padu, bermental baja dengan tidak mudah dipengaruhi ataupun dikelabui. Keempat, Revolusi Mental Jihad Kawasan ialah interaksi rekayasa sosial terhadap perilaku umat, dengan memberikan bimbingan agama, dan contoh yang benar terhadap perilaku Islam, dengan membentuk peribadi yang dicontohi melalui moral dan berakhlak baik.

Inilah proses membangun komuniti dan persekitaran yang kondusif, aman, dan damai daripada setiap unsur kejahatan, dengan mengamati lingkungan kawasan dan perubahan perilaku sosial, yang mungkin membawa ancaman ataupun membahayakan masyarakat persekitaran dan umat.

Mental Jihad Kawasan adalah unsur pengawasan keselamatan dan keamanan yang cakupannya semakin meluas. Kerana setiap unsur pekerjaan rakyat dan aktiviti masyarakat dapat disaring dengan baik dan tepat. Sehingga, Revolusi Mental Jihad Kawasan dapat mengetahui secara pasti terhadap segala sesuatu persekitaran dan lingkungan hidup, baik perilaku masyarakat Pekebun, Petani,

Nelayan, Peniaga Kecil dan Menengah, pendidikan Murid dan Guru, Pegawai dan Penjawat Awam. Kelima, Revolusi Mental Jihad Daerah merupakan pelaksanaan tugasan kepengurusan pemimpin, yang beroperasi secara bijak, adil, merata, dan makmur. Mental Jihad Daerah berfungsi membangun aspek-aspek penting masyarakat, dengan memberikan layanan dan memahami keperluan dan keinginan rakyat.

Sehingga keberhasilan benar-benar konkrit dan dapat dirasai oleh seluruh penduduk kawasan, kampung, kelompok, dan peribadi. Revolusi Mental Jihad Daerah ialah kepemimpinan seorang Pegawai Daerah dan Pentadbirannya.

Dapat mengurus di setiap lini kehidupan secara mahir dan profesional, dapat menjalankan tugasan dengan baik dan interaktif, dapat berkomunikasi dengan tepat terhadap subjek yang ingin dicapai, dan membuat kajian objektif terhadap masalah yang dihadapi. Sehingga masyarakat dapat merasakan keterjaminan hidup dengan selamat dan aman.

Melahirkan masyarakat yang teratur dan berdisiplin, beradab dan berakhlak. Mematuhi perintah dan larangan daripada Peraturan dan ketetapan Undang-Undang Syariah. Revolusi Mental Jihad Daerah akan membangun masyarakat yang Islami dan berperikemanusiaan tinggi, peduli sesama insan, menghormati adat istiadat tempatan, dan menjunjung tinggi pula nilai kedamaian dalam bermasyarakat dan sosial.

Dengan membangun juga masyarakat daerah yang beridentiti dan bermartabat, sesuai keperibadian bangsa Patani. Membangun bangsa yang berintegriti kemelayuan dan kesatuan kebangsaan, yang gagah, berani, dan bermoral.

Keenam, Revolusi Mental Jihad Wilayah ialah bahagian yang tidak terpisahkan daripada pentadbiran sebuah pemerintahan negeri, yang mengutamakan keselamatan, keamanan, dan kesejahteraan masyarakat. Mental Jihad Wilayah merupakan fungsi pentadbiran pemimpin negeri terhadap rakyat dalam beberapa daerah.

Iaitu, fungsi Pejabat Pentadbiran Wilayah, yang bernaung di bawah Undang-Undang Syariah dan Enakmen Seksyen Perundangan Negeri. Mahkamah Tinggi Wilayah ataupun Negeri menjalankan fungsi tugasan, sebagaimana yang telah dikuatkuasakan oleh Undang-Undang Syariah, yang telah di Wartakan oleh Dewan Syura Majlis Tinggi Perundangan Negara.

Revolusi Mental Jihad Wilayah, berfungsi sebagai Pusat Pemerintahan Wilayah, dengan kepemimpinan manusia yang memahami Hukum-Hukum Syariah secara mendalam dan menyeluruh, bersama dengan para Ulama dan Pakar Hukum, untuk memenuhi tanggungjawab Maqosid As Syariah.

Mempunyai tanggungjawab terhadap Bidang Ahwal Syakhsiah, Bidang Jenayah dan Siasah, Bidang Hukum Islam, Bidang Muamalat, Bidang Munakahat, Bidang Ibadat, Bidang Kajian Hukum dan Kemajuan Masyarakat, dan lain-lainnya.

Mental Jihad Wilayah sekaligus berfungsi sebagai Penguasaan Pentadbiran Negeri, bertanggungjawab terhadap aspek-aspek penting dalam gugusan tugas dan perlaksanaan, berdasarkan program kerja dan konsep kebijaksanaan negari atau Garis Besar Haluan Wilayah/Negeri, iaitu proses merealisasikan kebijakkan melalui Pejabat-Pejabat Wilayah dan Kuasa Daerah, melindungi setiap kepentingan rakyat dan kesejahteraan masyarakat umum bangsa Patani.

Ketujuh, Revolusi Mental Jihad Negara hakikatnya adalah proses transformasi sosial masyarakat secara menyeluruh, iaitu kepemimpinan dan mentaliti pemimpin yang sesungguhnya, melalui Sistem Pentadbiran yang benar dan diredhai Allah Swt.

Dengan Dasar Undang-Undang Negara Islam, Sistem Keselamatan dan Keamanan, Sistem Sosial Politik, Sistem Politik Ekonomi, Sistem Ekonomi Syariah, Sistem pendidikan dan Kebudayaan Islam, dan Sistem Masyarakat Islam. Proses Revolusi Mental Jihad Negara juga, membentuk karekter dan keperibadian rakyat dan masyarakat secara sistematik dan formal.

Karekter peribadi yang holistik dan primordial, mampu berhubungan baik kepada setiap komuniti dan lapisan sosial. Mampu menjalinkan komunikasi dan kerjasama kedalam dan luar negara.

Karekter peribadi yang mempunyai kemampuan berkerjasama dengan lembaga antarabangsa secara baik, efektif, dan profesional. Sehingga Revolusi Mental Jihad Negara, menjadi keperibadian bangsa Patani tersendiri dan dihormati, dapat diterima oleh negara-negara bangsa lain di dunia.

Mental Jihad Negara menjadi jati diri keseluruhan bangsa Patani, untuk berinteraksi dalam pelbagai bidang kehidupan, mampu memberi contoh yang baik dan berbudi pekerti yang luhur kepada bangsa dan negara lain.

Keperibadian dalam kepemimpinan yang di segani dan hormati, juga mendapat kepercayaan bagi siapa sahaja yang berhubungan dan menjalinkan kerjasama. Akhirnya, peribadi kebangsaan Patani akan menepati kedudukan yang tinggi, terhormat, yang memang itulah sebenarnya perjuangan bangsa Melayu Islam Patani.

Kejayaan bangsa dan negara itu, bukan semata-mata diperjuangkan melalui kekuatan fizikal dan ketenteraan sahaja. Tetapi, perubahan mentaliti rakyat dan masyarakat, dengan semangat Jihad sesuai dengan anjuran Islam. Kemudian, Revolusi Mental Jihad 7 tahapan ini, akan mewujudkan negara yang aman dan damai, adil dan makmur, selamat dan sejahtera bagi setiap penduduk.

Rakyat berdaulat negara bermartabat, Islam penyelamat bagi setiap umat manusia. Sekali merdeka, Patani tetap Merdeka untuk selamanya. Negara yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah Swt.



No comments:

Post a Comment