Wednesday, 8 July 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan jun (6/2020 M)

2/6/2020M. 
- Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) mempertimbangkan peluasan Keputusan Undang-undang Darurat (Por.Ror. Kor) di Wilayah Patani, selatan Thailand selama 3 bulan lagi. Kabinet bersedia untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan dari NSC untuk memanjangkan masa penguatkuasaan Keputusan darurat di 3 wilayah perbatasan selatan selama 3 bulan dari 20 Jun - 19 September 2020.

3/6/2020M.
-Pasukan tentara hitam mencurigai kampung muslim di Patani, dimana pemuda dan masyarakat menghiasi kampung mereka dengan membuat tanda untuk memuji Allah seperti kalimat takbir, tasbih, tahmid, tahlil. Fenomena ini menimbulkan kecurigaan dimata penjajah Thailand.

-Tentera Siam merampas sejumlah besar tabungan tong ges picnic di sebuah pondok pesantren (Pondok Baba Haji Abdullah) kampung Harimau Jemur, mukim Bendang damar, daerah Kabang, wilayah Jala. mereka mencurigai membawa pada aksi kekerasan (memasang bahan letupan bom) walaubagaimanapun penjelasan dari tuan guru bahawa tong ges tersebut adalah milik pelajar (santri) disimpan waktu cuti panjang akibat Covid 19.

- Seorang pemuda Melayu berusia 22 tahun ditembak mati dijambatan kampung Mayung, mukim Belukar samak, daerah Bacok, wilayah Menara.

5/6/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi di perkampungan warga sipil Patani, operasi ini dilakukan di kawasan masjid Nurul Takwa, kampung Thungthong, mukim Pial, daerah Sebaya, wilayah Senggora.

6/6/2020M.
-Pihak tentera Thai melakukan operasi mengepung kampung Melayu di kampung Repil, mukim/ daerah Krungpinang, wilayah jala.

-Pihak tentera Thailand meningkatkan operasi keamanan di kawasan kebun warga sipil Patani. operasi ini dilakukan di kawasan kebun Daerah Yaha dan Daerah Kabang, Wilayah Jala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, operasi ini membuat masyarakat tempatan merasa takut untuk melakukan aktivitas sehari-hari, seperti yang bekerja menoreh getah dan memetik buah-buahan di kebun dan sebagainya

7/6/2020M. 
-Pihak polis Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang pemuda Melayu dikenali Asri Saat, usia28 tahun, operasi ini dilakukan di kampung Glong gajah, mukim Anak Bukit, daerah Kokpor, wilayah Pattani.

11/6/2020M. 
-Pihak keamanan Siam seramai 33 buah pikap, 15 buah motosikal dan 2 buah alat dron menjalankan operasi mengepung kampung Melayu di kampung Dalam Pujud, mukim Tantor, daerah Tantor, wilayah Jala. Tidak ada laporan penahanan rakyat awam.

- Gangguan Seksual Terhadap Seorang Wanita Saat Kuarantin di Menara. Seorang wanita dilaporkan bahawa telah terkena gangguan seksual oleh seorang pegawai kerajaan Thai saat dikuarantin dan perhatikan gejala wabak Covid-19 di sebuah sekolah yang terletak di Daerah Resak, wilayah Menara setelah pulang dari Negara Malaysia. Laporan tempatan dilaporkan bahawa ganguan seksual seorang wanita itu kandungan perbualan chat antara pegawai yang bertugas keselamatan tempat kuarantin yang disyaki sebagai tentera Thai.

12/6/2020M. 
- Berlaku tembakan keatas seorang pemuda Melayu yang bernama Sulaiman Deramae berusia 28 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kampung Banggol Kubur, mukim Bongor, Daerah Tanjung mas, wilayah Menara.

15/6/2020M. 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang rakyat awam dikenali Abdulmana Sulong usia 42 tahun, operasi ini dilakukan di kampung Cabang empat weng, mukim Raweng, daerah Yarang, wilayah Pattani. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, operasi kali ini dengan jumlah 50 orang tentera Thailand yang mengunakan belasan buah kereta, dan belasan buah motorsikal.

16/6/2020M. 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi pengepungan dan terjadi pertempuran dengan pejuang Patani, operasi ini dilakukan di kawasan kampung La’ar, mukim Kadunong, Daerah Saiburi, Wilayah Pattani. Laporan dari media Thai mengatakan, dalam pertempuran ini tidak menyebabkan apa-apa. Tetapi dari saksi orang kampung mengatakan ada beberapa orang tentera Thai yang cedera bermunkin ada yang mati.

17/6/2020M. 
- Berlaku tembak menembak antara seorang pejuang Patani dengan tentera yang sedang membuat sekatan jalan raya di kampung Tarong, mukim Bandar, daerah Muang, wilayah Pattani. Menyebabkan seorang pejuang terkurban syahid dan seorang tentera Siam cedera parah, Syahid dikenali Muhammad Saidi Sulong berasal kampung Hutan Bongor, mukim Buloh Bujur, daerah Nongcik, wilayah Pattani.

- Pihak polis Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang laki-laki yang bernama Ismael Samael, usia 22 tahun, operasi ini dilakukan di kampung Sato, mukim Resak, Wilayah Menara.

18/6/2020M. 
- Berlaku tembakan keatas sebuah rumah warga Siam di kampung Pumpong, mukim Paklo, daerah Kokpor, wilayah Pattani. tidak ada laporan cedera parah.

19/6/2020M. 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi keatas sebuah rumah milik seorang aktivis Patani dikenali Arifin Soh di kampung Telok kapor, daerah Yaring, wilayah Pattani.

-Seorang pemuda Melayu berusia 29 tahun ditembak hingga mangsa cedera di kampung Tempoyak, daerah Jeringa, wilayah Menara.

20/6/2020M. 
- Berlaku tembakan keatas seorang rakyat awam Melayu berumur 29 tahun, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Belukar Jaing, mukim Romsai, daerah Sukirin, wilayah Menara. Mangsa cedera.

21/6/2020M.
-Tengku Abdullah bin Tengku Muda bin Tengku Alee, (Nama rasminya Jeneral Narong DenUdom) bekas penglima tentera darat wilayah ke 4 (Selatan Thai) telah kembali ke RahmatulLah, di Hospital kota Bangkok. Selamat di kebumikan jenazah di tanah perkuburan Raja Patani, “Perkuburan Tok Ayah”, wilayah Pattani. Tengku Abdullah bin Tengku Muda adalah anak cucu Tengku Lamiden Sultan Patani Darussalam (1787-1791) lahir di kampung Ban-khek, daerah Thonburi, kota Bangkok. berkahwin dengan Tengku Zabidah binti Tengku Muda bekas raja negeri Teluban dan Setul, berketurunan Raja negeri Jambu. Beliau belajar di Militari Kaded kidmat dalam pasukan tentera sampai pencen.

-Mahkamah wilyah Pattani menjatuhkan hukuman mati keatas Ibrahim Sungai Baru, dalam kes menembak ranjer 2208 menyebabkan 3 orang mati di mukim Klong mai, Pattani pada 12/9/2013.

22/6/2020M.
-Berlaku tembakan keatas Penolong tok penghulu kampung (Phujuai), menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kampung Jakong, mukim Pasir Jawa, Daerah Teluban, wilaya Pattani.

- Seorang rakyat awam warga Melayu ditembak mati dikilang kayu getah kampung Pawang, daerah Bendang Setar, wilayah Jala.

23/6/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi keatas beberapa buah rumah di perkampungan warga sipil Patani. operasi ini dilakukan di kawasan Daerah Nongcik, Wilayah Pattani.

24/6/2020M. 
-Seorang tentera Thai berlaku ganas dengan menembak beberapa das tembakan kelangit akibat ketengangan. kejadian berlaku di Lorong 10, kedai lama, pekan Jala.

25/06/2020.
-pihak tentera Siam menahan seorang lelaki dikenali Muhammad Minyak, usia 32 tahun ketika pemeriksaan COVID 19 di pintu sempadan Sadao, wilayah Senggora. ketika beliu pulang dari Malaysia. Beliu disyakki mempunyai rekod kes keamanan di Patani.

26/6/2020M.
-Tentera Siam bersama 4 buah kereta menjalankan operasi di perkampungan Melayu serta mengitai situasi aktivitas di kawasan pondok kampung Rai, daerah Tantor, wilayah Jala.

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi di sekitar kawasan pelanconghan Bukit Tok Said, kampung Batan Telok, mukim Lidon, wilayah Jala.

- Mengingati hari pembelaan terhadap mangsa penyiksaan sedunia. (International Day in Support of Victims of Torture) Tepat pada 26 Jun adalah mengingati hari mangsa penyeksaan dan mendukung terhadap korban penyiksaan sedunia. Dalam memperingati hari penyiksaan ini, kepada korban masyarakat Patani tidak dapat berbuat banyak, mengingat Nagara Thai bukan negara yang demokerasi. Seperti mengadakan demonstrasi secara aman, menjalani kegiatan-kegiatan tertentu yang berkaitan dengan memperingati hari tersebut. Masyarakat Patani dalam memperingati hari tersebut, hanya melakukan secara individu dan kelompak-kelompak kecil saja. Melakukan sholat hajat, menziarah maqam arwah yang terkena siksa, dan sebagainya.





KESIMPULAN Bulan Jun (6/2020 M.) 

Genap 3 bulan tidak berlaku Peristiwa pergolokan dari serangan bom, tembakan dan sabotaj politik setelah BRN mengisytiharkan genjatan senjata untuk memberi laluan kemanusiaan dalam keadan pendami COVID-19 (hanya berlaku tembakan-menembak 2 pertemporan di Patani antara pejuang dengan pihak keamana Thai).

Penembakan sebanyak 9 kali diandaikan atas kes peribadi sahaja.

Yaitu sebanyak 9 kes terbahagi kepada wilayah Pattani 3 kes, Jala 1 kes dan Menara 4 kes, walaubagaimanapun masih berlaku operasi pengepongan perkampungan warga Melayu yaitu berlaku operasi pengepongan kampung Melayu sebanyak 8 kawasan/tempat terbahagi kepada wilayah Pattani 2 tempat, Jala 5 tempat dan dan Senggora 1 tempat.

Rakyat awam ditangkap oleh pihak keamanan Siam seramai 4 orang, 2 orang di Pattani masing-masing 1 orang di Menara dan Senggora.

Seorang pejuang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah wilayah Pattani.

Statistik kematian dan kecederaan : seorang ranjker cedera, 2 orang rakyat awam mati, seorang cedera, seorang pejuang kurban syahid dan seorang pegawai kerajaan mati.





No comments:

Post a Comment