Pandemi Covid-19 menjadi ancaman kemanusiaan global dan mewabak keseluruh negara. Tanpa membezakan kepercayaan dan keyakinan dalam komuniti masyarakat antarabangsa.
Walaupun kebelangan ini kes positif
terus menunjukkan penurunan
Kerajaan Thailand dengan sengaja, telah memperdayakan kesempatan Perintah Berkurung di seluruh negara, meningkatkan kezaliman terhadap masyarakat Melayu dan bangsa Patani.
Namun secara khusus, diperketat
dan dipertajam didalam kawasan masyarakat Melayu Islam Patani. Dengan memberi fokus kepada bangsa Patani,
untuk merealisasikan operasi mengintai, mengepung, membunuh dan menangkap.
Akibat dan kesan Perintah Berkurung di Selatan Thailand, Imbas kepada setiap individu penduduk kampung,
yang tidak dibenarkan bekerja dan dipaksakan tetap berada di rumah. Tanpa ada saluran bantuan keperluan asas,
bekalan makanan tidak disediakan dan melambung tinggi harganya.
Sekatan jalanan diketatkan oleh Pos Tentera
Bayaran, Tentera Regular, dan Polis. Ini adalah operasi menindak masyarakat bangsa Patani dengan kezaliman
yang amat dahsyat. Rakyat bangsa Patani, dipaksakan berlapar tanpa dapat ditolong oleh siapa-siapa.
Dipaksa
menanggung takdir kelaparan di setiap kampung. Sebahagian penduduk Melayu Patani mulai kebuluran dan tidak
ada stok makanan.
Bagaimanapun pihak kerajaan Siam merasa bengis terhadap rakyat, menunjukkan sikap “Spoiler of Peace”
bahkan sanggup menambah lagi penderitaan rakyat dengan memotong signal telephon, mengguna bajed negara
4,500 juta Bath untuk membeli kereta kebal Stryker dari Amerika Syarikat dan menghantar Kenderaan tempur
berperisai REVA model RVA III pacuan empat roda Sebanyak 20 buah beroperasi di Patani.
No comments:
Post a Comment