Tanpa membezakan kepercayaan dan keyakinan dalam komuniti masyarakat antarabangsa. Namun semua pemimpin negara menyedari bahaya ini, yang menyebabkan kematian warga negaranya.
Dengan demikian, partisipasi aktif di setiap negara di tingkatkan kepada tahap tertinggi keselamatannya. Perpanduan Asas Perundangan Negara dan Akta-Akta Penyakit Tersebar (berjangkit) atau Epandemi.
Dengan dikuatkuasakan Undang-Undang di bawah Seksyen Penganiayaan dan Pelanggaran Penguatkuasaan. Kerajaan Thailand dengan sengaja, telah memperdayakan kesempatan Perintah Berkurung, meningkatkan kezaliman terhadap masyarakat Melayu dan bangsa Patani.
Dasar kezalimannya ialah kepemimpinan Perdana Menteri Jenderal Prayut Chan o Cha bersama para Jenderal lainnya. Dengan sengaja pula, Perintah Berkurung diumumkan berlaku diseluruh negara. Namun secara khusus, diperketat dan dipertajam di dalam kawasan masyarakat Melayu Islam Patani.
Dengan memberi fokus kepada bangsa Patani, untuk merealisasikan operasi mengintai, mengepung, membunuh dan menangkap. Kerana, strategi asal kerajaan Thailand ialah menguburkan perjuangan rakyat bangsa Patani.
Sedaya upaya tentera Thailand akan menghancurkan bangsa Patani dalam setiap aspek, iaitu aspek agama, ekonomi, dan politik. Aspek agama menjadi prioriti utama kerajaan Thailand, sebagai alasan bahawa pusat agama ialah penyebab utama penyebar wabak, seperti Masjid, Madrasah, Sekolah Arab, dan aktiviti-aktiviti agama lainnya diberhentikan secara total.
Pada hal, Islam ada peraturan hukum syariatnya tersendiri. Masyarakat Islam Melayu Patani, berhak berijtihad dalam urusan agama oleh ulama 4 Wilayah dan 5 Daerah, sesuai dengan keyakinannya. Dari sisi ekonomi pula, masyarakat Melayu Islam Patani lebih utamakan kepada pertanian dan berkebun.
Majoriti pendapatan bangsa Patani ialah daripada hasil kekayaan bumi secara swadaya. Di antaranya menjadi masyarakat Nelayan di kawasan pinggiran laut dan payau. Ada masyarakat menggarap sawah Padi di dataran tanah lapang dan menjadi pekebun di kawasan perbukitan.
Adapun, sebahagian kecil menjadi pedagang dan usahawan kelas menengah. Sebahagian kecil lagi, menjadi kaki tangan kerajaan Thailand, demi mendapatkan sesuap nasi dengan sanggup menjadi hamba sahaya kepada Penjajah. Dari sisi lain pula, segolongan masyarakat memilih laluan politik, golongan ini berperanan aktif dengan alasan menjaga kepentingan rakyat.
Tetapi kenyataannya, ahli politik Melayu terpedaya oleh kerajaan Thailand secara prolog. Hanya mampu bermain ditepi Parlimen dan tidak membawakan perubahan signifikan dan tetap berada dibawah kendali penjajah.
Akibat dan kesan Perintah Berkurung di Selatan Thailand, iaitu Wilayah Patani, Jala, Menara, Sentul dan 5 Daerah atau dikenali Patani Barat. Imbas kepada setiap individu penduduk kampung, yang tidak dibenarkan bekerja dan dipaksakan tetap berada di rumah.
Tanpa ada saluran bantuan keperluan asas, bekalan makanan tidak disediakan dan melambung tinggi harganya. Sekatan jalanan diketatkan oleh Pos Tentera Bayaran, Tentera Regular, dan Polis. Ini adalah operasi menindak masyarakat bangsa Patani dengan kezaliman yang amat dahsyat. Rakyat bangsa Patani, dipaksakan berlapar tanpa dapat ditolong oleh siapa-siapa.
Dipaksa menanggung takdir kelaparan di setiap kampung. Kemudian, barulah pihak kerajaan melalui tentera turun untuk senaraikan ulang setiap ahli keluarga. Mengutip sampel darah (DNA) dan riwayat hidup bagi setiap penduduk, pekerjaannya, jumlah anak, dan lainnya. Operasi memisahkan masyarakat daripada satu kampung dan kawasan diteruskan dan diperketatkan lagi.
Sebahagian penduduk Melayu Patani mulai kebuluran dan tidak ada stok makanan. Operasi ketenteraan diteruskan, mengumpul informasi, melalui operasi sergap dan pengepungan, operasi pemburuan terhadap rakyat yang disyaki perjuang, operasi penangkapan dan pembunuhan masih diperhebatkan lagi.
Operasi ketenteraan menepati setiap daerah dengan Pos-Pos Ranger Tentera dan Polis, secara berlapis dengan penghalang semen konkrit menutupi jalan. Sekatan berlapis ini sebenarnya ialah untuk menambah rasa takut dan khawatir masyarakat atau operasi mengurung minda masyarakat Melayu. Supaya hilang semangat kesatuan dan harapan untuk bangkit menentang Penjajah.
Operasi penjarakan setiap minda rakyat bangsa Patani dengan menekan secara mental daripada satu tahap kepada tahapan yang lebih dahsyat. Operasi ini juga boleh dinamakan operasi membunuh minda dan semangat untuk hidup atau menghilangkan tujuan hidup. Pada peringkat wilayah akan banyak mesyuarat diadakan, mengenai proses sekatan penularan Covid-19.
Semua kakitangan kerajaan Thailand dilibatkan. Bermulai dengan Panglima Angkatan Divisi 4, Setiausaha Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan (SBPAC), Gabenor-Gabenor di 5 Wilayah, dan Ketua Polis Bahagian Selatan Wilayah 9.
Semua agenda secara terbuka ialah melawan wabak Covid-19. Namun sebenarnya, ini adalah operasi mengalihkan pandangan masyarakat dari pada satu isu kepada satu isu yang lain. Operasi mengelabui mata masyarakat antarabangsa dan dunia terhadap realiti perang di Patani.
Perang disetiap demensi kemanusiaan, perang secara geografi, perang ekonomi dan logistik, perang hak kelayakan untuk hidup, iaitu tempat tinggal dan ubat-ubatan, dan perang psikologi dan mental. Operasi sulit terus dilancar dan diperketat oleh para Jenderal tentera kerajaan Thailand pada masa Dharurat Pandemi ini.
Oleh kerana sebenarnya, strategi kenegaraannya goyah dan berpecah. Hilangnya keseimbangan politik secara mendasar, iaitu kesatuan negara pecah dan tidak dapat dibendungkan lagi. Tokoh-Tokoh politik negara Thailand, tidak dapat lagi diajak berdamai, proses rekonsiliasi tidak mampu menarik Tokoh-Tokoh untuk menjamin kesatuan negara Thailand bertahan.
Kerajaan Thailand mulai pecah terbahagi kedalam beberapa bahagian. Sebahagian kepentingan semata-mata Monarki, sebahagian kepentingan Para Jenderal, sebahagian juga daripada Tokoh Parti-Parti Politik, dan sebahagian kepentingan dipegang oleh Pemegang Aset-Aset Kekayaan Negara.
Perpecahan ini hanya mampu dipertahankan oleh kuasa Tentera saja. Namun pastinya, tidak akan mampu bertahan dalam masa yang lama. Kerana rakyatnya sendiri, akan merasa dirugikan dan haknya dirampas. Thailand akan banyak mengalami pemberontakan rakyatnya, melalui Tokoh-Tokoh politik yang aktif dan memiliki prospek dan pandangan demokrasi yang bebas.
Rakyat Thailand dibahagian utara akan lebih memilih sokongan kepada bekas Parti Taksin Cinawatra dan pecahannya. Sedangkan di Timur pula demikian, namun ada sedikit yang dipengaruhi oleh faham New-Komunis moden.
Kemudian di Selatan, akan mengalami dua peringkat perpecahan iaitu selatan bahagian atas bermula daripada wilayah Prachuap Khiri Khan sehingga Trang, Pattalung, dan sebahagian Songkhla, akan lebih menjaga keutamaan identiti Legor atau Nakorn Sri Tamarat.
Kerana banyak Tokoh-Tokoh politik yang menyertai kerajaan, namun setengah hatinya ingin kembalikan kejayaan kerajaan Legor atau Tambarlinga. Adapun, selatan bahagian bawah atau dikenal dengan Patani, akan menyatakan bebas daripada Thailand. Sesuai dengan proses perundingan damai yang masih dan akan terus berlangsung.
Kerajaan Thailand akan mengalami kehancuran sehancur-hancurnya. Jika diamati bahawa ekonomi negaranya telah mengalami defisit berulang-berulang, hutang negara bertambah ribuan belion Bath. Pemegang Aset-Aset Kekayaan Negara akan melindungi diri mereka secara sendiri-sendiri, iaitu memaksa kerajaan Thailand berhutang lagi, dengan Surat Hutang Negara kepada Lembaga Kewangan Dunia.
Dengan harapan bahawa untuk menjaga sektor-sektor utama ekonomi negara. Tetapi sebenarnya, ialah untuk menjaga kekayaan Para Pemegang Aset-Aset Kekayaan itu sendiri. Jikalau pertumbuhan ekonomi negara setelah wabak Covid-19, tidak pulih dan dapat bertahan. Maka sektor Usaha Awam, Petani, Pekebun, dan Nelayan akan runtuh.
Dapat dipastikan bahawa Thailand akan jadi negara Muflis dan Pecah kepada bahagian-bahagian. Kesombongan para Jenderal dan Tentera, tidak akan mampu bertahan dengan belanja operasi di Selatan, yang akan digugat oleh rakyatnya sendiri. Pada 21 April 2020, Panglima Angkatan Darat kerajaan Thailand, Jend.
Apiarak Kongsumpong secara tergesa-gesa telah melawat kelokasi operasi menjaga perbatasan di Sungai Golok. Oleh kerana, banyak yang menyeberang masuk melalui laluan Tikus. Ini akibat daripada kerajaan Thailand hanya membenarkan 100 orang perhari yang memiliki Dokumen perjalanan sah sahaja.
Pada hal 1 minggu terakhir sahaja lebih 500 orang yang sanggup menyeberang dan ditahan oleh pihak tentera. Sehingga lahir dalam kesedaran masyarakat melayu Patani bahawa mereka dizalimi oleh kerajaan Thailand. Lahir suatu kesedaran dan penerimaan baru di dalam diri bahawa mereka Melayu, mereka dizalimi, mereka ditahan di bumi sendiri, mereka rakyat bangsa Patani dan sekali-kali bukan bangsa Thai.
Sebuah kesedaran baru bagi bangsa Patani bahawa mereka berbeza dan mereka mempunyai hak di Tanah kelahiran dan bumi sendiri. Kesedaran ini, akan berlangsung secara sedar dan terus membangkitkan semangat kebangsaan Patani.
Rakyat jelata akan merasakan bahawa mereka adalah bangsa Melayu Patani. Para Ulama dan pemimpin agama akan berperanan menjaga dan melindungi hak kesatuan umat, dalam aspek-aspek yang menjadi tanggungjawab mereka.
Peran para Ulama dan Tokoh agama akan menyatukan umat dalam bingkai-bingkai persaudaraan dan ruang syariat Islam. Tokoh-Tokoh politik tempatan, akan memainkan peranannya dengan memperjuang dan memperkuat kesatuan rakyat, menjaga persatuan dan kepentingan rakyat dalam bingkai undang-undang.
Penyelarasan ini, akan melahirkan kekuatan kebangsaan ataupun nasionalisme yang tinggi, mantap, dan kukuh. Kemudian, kebangkitan yang diterajui oleh para pemimpin-pemimpin gerakan perjuangan rakyat bangsa Patani. Suatu proses kesedaran dan kebangkitan telah bermula dan tidak akan berakhir. Kejayaan dan kemerdekaan sepenuhnya akan dicapai oleh perjuangan bangsa yang hebat ini.
Kemerdekaan itu harga mati dan mahal, dibayar dengan darah para Syuhada dan kesabaran yang tinggi daripada pemimpin-pemimpin perjuangan Islam. Pemimpin sekaligus Ulama dan bersama rakyat yang memperjuangkan Hak Pertuan Melayu Islam Patani di bumi Darussalam.
No comments:
Post a Comment