- Pihak tentera Siam melakukan operasi pengepongan di perkampungan warga sipil Melayu Pattani di kampung Ternang dan kampung Elek, daerah Kabang, wilayah Jala. Disamping itu, tentera Thailand menutup beberapa lalu lintas jalan raya untuk melakukan operasi bagi setiap pengguna lalu lintas jalan raya tersebut.
- Aparat keamanan Thailand tangkap seorang warga lokal di Patani bernama Hama Mama (atau lebih dikenal Poksu Mad), usia 81 tahun, setelah terjadi blokade dan pembunuhan luar biasa atas tiga anggota Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) di Nongcik, Paksu Mad adalah seorang pemilik rumah yang menjadi tempat para tersangka keamanan bersembunyi di Kampung Atas Jerang, Pakacina, mukim Dokrok, daerah Nongcik, wilyaha Pattani.
2/5/2020M.
- Pihak tentera Thailand melalukan operasi keatas rumah warga sipil di kawasan Air Gedung, Daerah Tantor, Wilayah Yala.
3/5/2020M.
- Pihak tentera Thailand meningkatkan operasi keamanan di perkampungan warga sipil di kawasan Daerah Benang Star, Daerah Krung pinang, Daerah Yaha, Wilayah Yala,
-2 orang ranjer ditembak di kampung Hutan kolae, mukim Trokbon, daerah Teluban, wilayah Pattani. Seorang mati manakala seorang lagi cedera parah.
4/5/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi di sebuah rumah warga sipil di kawasan kampung Besu, daerah Bendang setar, wilyah Jala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, saat operasi tentera Thailand mengumpul data warga sipil Patani, dan mengambil beberapa gambar di sekitar rumah.
-Berlaku tembakan keatas 2 orang laki-laki warga Melayu, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Bluka, mukim Resak’ok, Daerah Resak, Wilayah Menara. Polis mengatakan tembakan atas kes peribadi.
5/5/2020M.
-Pihak tentera Siam melakukan operasi di perkampungan warga sipil Melayu Pattani keterangan kawasan operasi adalah
1. Kawasan mukim Saib, mukim Huikrating, daerah Krongpinang, wilayah Jala
2.Kawasan mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala.
7/5/2020M.
-Seorang pemuda Melayu berusia 21 tahun dipotong leher dalam kebun getah di kampung Lubok durian, mukim Tanjung lima, daerah Tanjung Mas,wilayah Menara. hasil siasatan polis mengatakan kes peribadi.
-Pihak tentera Siam melakukan operasi memetik DNA keatas 3 orang rakyat awam di daerah Yarang, wilayah Pattani . keterangan nama mangsa adalah 1.Cik Timoh berusia 72 tahun, berasal kampung Sungai Baru, mukim Klongmai, daerah Yarang 2.Rokiah berusia 76 tahun, berasal kampung Celong, mukim Klong mai , daerah Yarang dan 3.Ahmad berusia 62 tahun, berasal kampung Pitumudi,daerah Yarang.,
9/5/2020M.
- Tentera dan polis Thai melakukan operasi pengumpulan DNA terhadap satu keluarga warga Patani, salah satunya adalah kanakkanak berusia 8 tahun, di daerah Thantor, wilayah Jala. operasi dilakukan di kampung Nakaset, daerah Tantor, wilayah Jala. Rumah ini mempunyai 3 penghuni.
- Masyarakat tempatan menemukan bahan letupan bom yang diletakkan di sebuah kedai emas, kejadian ini berlaku di kawasan kedai emas Daerah Jeringa, Wilayah Menara.
10/5/2020M.
- Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki warga Melayu yang bernama Yakee Awae usia 38 tahun, menyebabkan mangsa cedera parah, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Botong, mukim Tanjung Mas, wilayah Menara.
12/5/2020M.
- Komuniti Warga Nelayan daerah Cenak, wilayah Senggora. Menuntut Kerajaan Menghentikan Mega projek Zon Industri di Pantai Laut Songkhla. Penduduk kampung yang tinggal di berbagai daerah, wilayah Songkhla dengan nama Chana Rak Thin Network (Chana Love Homeland Network) menyerahkan surat itu kepada Perdana Menteri melalui gabenor wilayah Songkhla. Mereka menuntut pihak kuasa menghentikan serangkaian pendengaran awam mengenai projek mega yang akan menjadikan lebih dari 16,000 rai tanah pantai menjadi zon industri.
14/5/2020M.
- Keluarga Meminta Pengadilan Menunda Selidiki Penyebab Kematian Abdullah Esomuso. Muslim Attorney Centre (MAC) Wilayah Pattani dan keluarga Abdullah Esomuso mengatakan bahwa mahkamah wilayah Songkhla telah menentukan hari untuk mulai selidiki kes penyebab kematian Abdullah Esomuso yang tidak sadar dalam masa proses pemeriksaan tahanan di kamp tentara Ingkhayutborihan, Telaga Bakong pada July tahun lepas, kemudian dia meninggal satu bulan setelahnya tetapi pihak keluarga meminta menunda dahulu karena hampir dengan hari raya. Ini setelah kejadian itu, pihak keluarga Abdullah melaporkan ke balai polis daerah Nong Chik untuk menuntut kesalahan pidana jika ditemukan bahwa ada pejabat pemerintah yang menyebabkan Abdullah mati dan juga melakukan perjalanan ke Gedung Parlemen Untuk mengirim surat kepada Komisi tentang hukum, hak asasi manusia dan keadilan untuk berikan keadilan. Kemudian, petugas dari Departemen Investigasi Khusus (DSI) juga membantu mengumpulkan beberapa bukti.
- Seorang kanak-kanak lelaki bernama Asuara Domat usia 4 tahun terkena tembakan peluru sesat, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan kampungh Chakuah, Daerah Raman, Wilayah Jala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, dua orang laki-laki yang membawa senjata api dan terjatuh di lalu lintas jalan raya, lalu senjata api tersebut tertembak kearah seorang kanak-kanak.
15/5/2020M.
- Seorang relawan tentera dikenali Irfan Yusof 26, mengunakan seragam hitam yang dilengkapi dengan senjata api laras panjang merompak sebuah kedai runcit milik seorang wanita yang bernama Patsida Matding (Islam) usia 49 tahun, kejadian ini berlaku di kampung Sungai Bala, Mukim Benang Taya, Daerah Muang, Wilayah MenaraNarathiwat. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, perlaku merompak duit berjumlah 30,000 bath.
16/5/2020M.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang laki-laki yang bernama Hasen (Islam) usia 36 tahun, operasi ini dilakukan di kawasan kampung Dokrok, Daerah Nongcik, Wilayah Pattani. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, Hasen adalah warga sipil yang bekerja sebagai orang makan gaji (seperti buat rumah, potong rumput, tebang pohon, dan lain-lainnya). Sebelumnya, Hasen pernah ditangkap oleh tentera Thailand selama 20 hari, pada tahun 2013.
17/5/2020M.
- Berlaku tembakan keatas 2 orang warga sipil Melayu menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Bluka Jaing, mukim Romsai, Daerah Sukirin, Wilayah Menara
18/5/2020M.
- Berlaku tembakan keatas seorang pemuda Melayu yang bernama Imron Stapor berusia 16 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kampung Gubil, mukim Jalor, daerah Muang, wilayah Jala.
23/5/2020M.
- Pihak ranjer dari unit 47 daerah Kabang melakukan operasi di perkampungan warga sipil Melayu Pattani serta mengkeldah sebuah rumah rakyat awam di kampung Mokji, mukim Balak, daerah Kabang, wilayah Jala.
27/5/2020M.
- Pihak tentera Siam melakukan operasi di perkampungan warga sipil Melayu Pattani di kampung Sato, mukim/daerah Resok, wilayah Menara. Serta menahan seorang penghuni rumah dibawa siasat kekem Chulaporn, Menara.
28/5/2020M.
-Pihak ranjer 44 menjalankan operasi pengepung kampung Melayu di kampung Pombing, daerah Penarek, wilyah Pattani serta menahan saudara Aiman Kuno, bersama waran tangkapan kes mengebom ranjer pada 22/9/2017 bersama ini ranjer merampas pistol jenis .38 serta peluru 27 das dari mangsa.
29/5/2020M.
-Ranjer menjalankan operasi mengepung sebuah rumah disyakki tempat berlindung pejuang dikampung Lubok Kalo, mukim Purong, daerah Krong Pinag, wilayah jala. Setelah didapati tidak ada penghuni dalam rumah mereka melakon dengan meletak selaras senjata api jenis M.16 didalam rumah gara-gara pejuang tak sempat melarikan.
30/5/2020M.
-Seorang rakyat awam ditembak dikampung Tanjung, mukim Gurah, daerah Maelan, wilayah Pattani. Mangsa cedera.
KESIMPULAN
Bulan MEI (5/2020 M.)
Masuk bulan kedua tidak berlaku Peristiwa pergolokan dari serangan bom, tembak menembak/pertemporan setelah BRN mengisytiharkan genjatan senjata untuk memberi laluan kemanusiaan dalam keadan pendami COVID-19 hanya berlaku tembakan 2 orang Ranjer yang tidak tahu pelakunya dan penembakan atas kes peribadi sahaja yaitu sebanyak 6 kes terbahagi kepada wilayah Pattani 2 kes, Jala 2 kes dan Menara 2 kes, walaubagaimanapun masih berlaku operasi pengepongan dan operasi memetik DNA dari rakyat awam yaitu berlaku operasi pengepongan kampung Melayu sebanyak 10 kawasan/tempat terbahagi kepada wilayah Pattani 1 tempat, Jala 8 tempat dan Menara 1 tempat.
Rakyat awam ditangkap oleh pihak keamanan Siam seramai 4 orang 3 orang di Pattani dan seorang di Menara.
Rakyat dipetik DNA 6 orang yaitu 3 orang warga tua di Pattani dan 3 orang (termasuk kanak-kanak 8 tahun) di Jala. berlaku 1 peristiwa perompakan oleh relawan tentera di kawasan Menara.
Statistik kematian : seorang ranjker di Menara dan 4 orang rakyat awam, manakal cedera parah pula seorang ranjer di Menara dan 5 orang rakyat awam.
No comments:
Post a Comment