Rundingan damai yang
telah disepakati bersama oleh
kedua-dua belah pihak, antara
NSC (National Security Conuncil), dan BRN (Barisan Revolosi Nasinal Melayu Patani).
Telah ada pencapaian bersama,
dikenal sebagai inisiatif Berlin.
Antara yang dipersetujui adalah Framework dan TOR, serta
mempersetujui Malaysia sebagai
fasilitator, diikuti para expert. Insiatif Berlin merupakan landasan
utama dan sebagai kunci untuk
mencari sebuah solusi politik,
terhadap konflik di Patani (Selatan Thai).
Pada akhir Januari dan
Feberuari, masing-masing telah
mengadakan rundingan rasmi
sebanyak dua kali di Kuala Lumpur. Namun jadual pertemuan
selanjutnya telah ditentukan oleh
kedua-dua pihak, pada bulan
Mac 2020.
Mengikut rancananya
akan membahas berkaiatan Isuisu yang lebih prinsip. Akibat
dari Covid 19. Sehinga tertunda
jadual pertemuan ke 3, dengan
tidak bertempuh. Kemudian
keadaan di Patani menjadi tidak
menentu.
Terdapat pula cadangan dan himbauan dari PBB
dan WHO, untuk berkerja sama
dan berhenti sementara terhadap
operasi militer oleh semua pihak
di seluruh dunia, termasuk juga
konflik di Patani. Dengan secara
rasmi Pihak BRN mengistiharkan berhenti operasi militer sementara, untuk memberi laluan
kepada petugas kesehatan Covid
19.
Semenjak adanya persetujuan oleh kedua-dua pihak
antara RTG dan BRN untuk
berunding. Namun belum terdapat mesej dari pihak Kerajaan Thai kearah perdamaian.
Sehingga tindakan Ketenteraan
masih berleluasa. Begitu juga
dengan sumber media. Baik
media utama dan media sosial
(IO).
Dalam penyebaran selalu
menghantui Rakyat Patani, banyak perupaganda, tuduhan yang
tidak berasas, serta propokasi
berlebihan. Sifatnya lebih cenderung kepada perpecahan dan
konflik berkepanjangan. Media
dan informasi yang berperanan
di bahagian Selatan, bersifat kerdil dan jumud tidak mahu maju
sebagaimana di Negara-negara
berkembang lainnya.
Landasan
prinsif Negara munarki absoluk,
hanya memikir kepentingan
bangsa dan gulungannya saja,
tak mahu menghargai dan melihat kepada kepentingan bangsa
lain. Seandainya terdapat ahli
politik dan para cendikiawan
yang cuba berbicara tentang pelanggaran HAM dan menghidupkan aktiviti kearah membangun
proses perdamaian yang hakiki,
serta mengurangkan terhadap
operasi ketenteraan berpindah
kepada tindakan politik, sebagai
landasan mencari penyelesaian.
Mereka akan diponis sebagai
penentangan dan berpihak kepada pergerakan.
Sehingga setiap
individu yang berperan aktif
dalam NGO, CSO dan wartawan
bebas, dan ahli politik tempatan.
Menjadi suatu hambatan untuk
mereka menjalankan tanggungjawabnya. NGO dan CSO
mereka terpaksa berperan aktif
agar penindasan dan kezaliman
dikurangkan atau terhakis dari
satu-satu masyarakat atau bangsa.
Mana-mana penguasa, sangat
tidak wajar untuk memponis dan
mencurigai seseorang. Harus
dikaji dan diselidiki latar belakang seseorang dan organosasi
tertentu. Memang ideologi dan
latar belakang NGO dan CSO
membela golongan yang lemah.
Begitu juga sebuah perjuangan membela nasib bangsanya
sendiri yang terjajah.
Namun
NGO dan CSO, mereka berbeda
organisasinya.
Begitu juga ahli politik
dari luar dan tempatan. Mereka sering berkumentar dan
mempedoli atas ketidak adilan
yang berlaku di Patani. Kerana
masing-masing partai politik ada manifestonya. Sebagai acuan
untuk mewujudkan kepentingan mereka. Baik diperingkat
daerah, wilayah dan hingga keperingkat Nasional.
Kerana manifesto adalah strategi sesuatu parti
politik, dan mereka harus bertindak sesuai dengan strategi dan
manifesto yang diatur oleh parti
politik mereka. Pihak penguasa
selalu mengklaim dan menyebar bahawa mereka ada terlibat
dengan gerakan. Kadang-kadang
kebijakan yang dibuat oleh Pemerintah, tidak sesuai untuk di
terapkan di kawasan 4 wilayah
5 daerah. Maka bagi mereka
yang terlibat secara langsung di
kawasan konflik, akan mengetahui apa hakikat sebanar yang
berlaku.
Serta harus mengunakan pendekatan yang bagaimana
dapat diselesaikan konfliknya.
Dengan niat yang tulus dan
ikhlas, Mereka harus berbicara
berlandaskan data dan fakta yang
sebanar, dan mampu memberi
petunjuk kepada kedua-dua
pihak, seandainya benar-benar
ingin mencari penyelesaian.
Berbeza dengan SBPAC
(Sor.Or.Bor.Tot.)
Lembaga ini
merupakan suatu lembaga administaratif, yang mengurus
dan melaksanakan kebijakan
dari pusat (Bangkok). Mereka
hanya diberi wewenang untuk
melaksana atau menjalankan
sesuai dengan apa yang diperintah. Bukan untuk membuat
suatu kajian dan penilaian terhadap Masyarakat Tempatan
(Patani).
Kalau adapun mungkin
tidak dapat dinyatakan perkara
yang lebih bersifat produktif.
Sehingga dalam pelaksanaan
lebih menambah lagi kekusutan
keadaan bagi Orang Tempatan.
Serta melahirkan reaksi yang
tidak memuaskan. Dengan tertubuhnya Lembaga SBPAC, bukan
untuk menambah kebaikan bagi
Masyarakat Tempatan, malah
menambahkan lagi beban dan
permasalahan semakin buruk.
Oleh itu Masih jauh Lembaga
ini untuk membawa kepada
sebuah perdamaian, dan dapat
mengubah situasi di Patani. Walaupun fungsinya hanya sekadar
pelaksanaan perintah dari pusat.
Dimanakah dikatakan Lembaga
SBPAC ini sebuah administratif
untuk menjadi penaungan dan
dimanfaatkan kepada Masyarakat Tempatan.
Masyarakat masih lagi
dalam suasana mempertahankan diri dari terjebaknya Undang-undang Darurat, yang
dikuat kuasa oleh Pemerintah.
Baik undang-undang darurat
oleh pihak keamanan dan untuk
Covid 19. Diikuti pula dengan
mega projek pembangunaan kawasan perindusterian di Cenak,
wilayah Senggora. Semenjak
awal sudah tidak dipersetuji
oleh Orang Tempatan.
Namun
Pemerintah masih tetap untuk
melaksanakan. Maka berlaku
kekecuhan antara Orang awam
dengan aparat Pemerintah. Kalau pemerintah masih tetap
juga untuk diteruskan dan tidak
mahu membatalkan mega projek ini. Akan menambah buruk lagi keadaan, daripada apa
yang berlaku sekarang.
Secara
tidak langsung, Penguasa cuba
menabur api kemarahan dan
kebencian di kalangan Masyarakat Tempatan. Masyarakat
tempatan tidak membutuhkan
kepada pembangunan ekonomi
yang boleh mengancam segala
kehidupan dan sumber alam
semula jadi. Apa lagi mereka terpaksa dipindahkan dari tempat
asal nenek moyang mereka ke
tempat lain.
Mega projek yang
datang ini, tak akan membuat
Orang Tempatan lebih selesa dan
sejahtera. Kerana mereka akan
didatangi oleh suatu pemusnahan kehidupan dan alam sekitar yang paling dahsyat. Perlu
mengetahui secara jelas, konflik
Patani bukan konflik ekonomi,
sosial dan sebagainya. Ia adalah
konflik politik diatas hak suku
bangsa dan keturunan.
Untuk menuju kepada
sebuah perdamaian yang hakiki.
Semua pihak yang berkepentingan, harus memberi suntikan
dan dorongan, secara positif
dan bermoral. Baik lembaga
pemerintah, suasta, dan lembaga keagamaan. Begitu juga
para cendikiawan, jurnalis dan
ahli politik dan lain sebagainya.
Semua input yang dikeluarkan
mampu mempengaruhi dan
boleh merubah kebijakan keduadua pihak yang bertelingkah.
Agar proses berjalan dengan
baik. Bukan menyuntik bahan
racun, ke batang tubuh, untuk
mengagalkan proses perdamaian. Akhirnya konflik demi
konflik terjadi sehingga tidak
pernah berkesudahan.
No comments:
Post a Comment