Wednesday, 8 July 2020

Dialek Tempatan Patani (10)

PENGARUH BAHASA CINA, PARSI DAN PORTUGIS KEDALAM BAHASA MELAYU DAN LOGHAT PATANI

Bahasa Cina Migrasi besar besaran masyarakat Cina ke tanah Melayu berlaku sekitar abad ke 19 walau bagaimanapun, ada direkodkan

Antara kedatangan orang Cina terawal ke tanah Melayu sudah pun berlaku lebih awal pada abd ke 15 dengan kedatangan laksamana Cheng Ho yang cukup terkenal namanya Patani pula mencatatkan sejarah bahawa Pada tahun 515 M.

Langkasuka sudahpun ada hubungan diplomasi dengan Cina, mengikut arkib dinasti Liang (502-557 M.) seorang duta/utusan dari Lang-Ya-Shiu (Langkasuka) datang diplomasi ke Cina bersama duta-duta dari 12 negera yang lain.

Duta/utusan Langkasuka bernama “Ashita”(Cina:A-she-tua) dilukis bersama deskripsi tentang kerajaan Langkasuka oleh pelukis Cina bernama “Chang Sheng Yang” pada zaman pemerintahan maharaja Liang–u/ Siaung Yuan (502-549 M.) bagi dinasti Liang.

Gambar tersebut terletak di muzium Tian Aan Men sguare kota Beijing,Cina sekarang. Pada awalnya orang Cina di Patani datang berniaga secara kecilan dan sebagai pekerja dilombong bijih dan lombong emas, sekarang mereka adalah peniaga dan pemilik beberapa kilang besar, ada setengah sebagai pegawai kerajaan dan ahli politik kebanyakan orang Cina di Patani mampu bercakap denghan loghat Patani dalam berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Oleh sebab kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari daerah selatan (Hokkien dan Canton), maka kebanyakan kosa kata yang dipinjam berasal dari dialek bahasa daerah tersebut.

- Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah:

amah, apek, beng, bihun, bohsia, camca, cat, cawan, cincau, cingcai, cukup, dacing, encik, gincu, inci, kicap, kongsi, kuaci, kuih, kuai teaw, laici, lobak, loceng, longkang, mee, mihun, Pao, pisau, pongkes, sampan, sohun, tauge, tauhu, tauke, teko, teh, tocang, tong dan beberapa kosa kata lagi.

Bahasa Parsi Seperti bahasa Arab, pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Kebanyakan pengaruh bahasa Parsi lebih tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran raja-raja dan adat pertabalan seperti Syah, nobat dan sebagainya.

Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah: Agar, andai, andam, Anggur, bahari, baju andam, Bandar, banjir, beriani, cadar, cokmar, dewan, gandum, garam, istana, juadah, kahwin, kamar, kebab, kelasi, laksa, lawak, nakhoda, nisan, pahlawan, pasar, pelana, pesona, piala, pinggan, seluar, seruling, takhta, dan beberapa suku kata lagi.

Imbuhan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah imbuhan “bi” yang bermaksud “tidak” seperti biadab (tidak beradab), bitara (tiada tara) Bahasa Portugis Tahun Masehi 1516 iaitu abad kedatangan bangsa-bangsa Eropah ke Asia Timur.

Dalam tahun inilah negeri Patani mula merima kedatangan sebuah kapal orang-orang Portugis dari Melaka membawa berbagai-bagai jenis barang dagangan dengan maksud akan berniaga dalam negeri Patani.

Kedatangan orangorang Portugis ke timur Asia ini adalah semata-mata dengan maksud mahu berniaga, di benua Eropah mereka telah menubuhkan sebuah syarikat perdagangan yang bermaksud hendak meluaskan perniagaan mereka dalam kawasan timur ini Antara kosa kata bahasa Portugis dalam bahasa Melayu ialah:

Almari, Baldi (balde), bendera (banderia), bola, bomba (bombeiro), garpu (garfo), jendela janela), keju (queijo), kemeja (camesa), kereta (carreta), limau (lemon), meja (mesa), mentega (manteiga) minggu(domingo), nenas(ananas), paderi, pesta(festa), sedadu (soldado), sekolah (escolar), tempoh (tempo) tuala (toalha), tukar(trocar) dan beberapa suku kata lagi


No comments:

Post a Comment