Wednesday, 8 July 2020

TUNTUTAN ADALAH HAK BAGI BANGSA TERTINDAS

Bangsa Melayu Patani bangkit melawan Kerajaan Siam yang otoriter. Siam mencerobuhi Negara Patani Darussalam pada 1785.

Hingga sekarang, Patani masih dalam penguasaan kerajaan Siam. Siam mendominasi segala-gala. Akibat dari tindakan diskriminasi dan pelanggaran Hak Asasi Manusia, membuat terancam segala kehidupan rakyat tempatan.

Baik budaya bahasa, ekonomi, pendidikan sosial dan lain-lain. Bangsa Melayu Patani terpaksa menggunakan cara kekerasan, apabila cara diplomatik politik tidak berkesan, dan tidak menepati setatus politik bagi Bangsa Melayu Patani.

Ketika Hj. Sulung Bin Abdul Kadir, mengemukakan deraf tuntutan 7 pasal kepada Kerajaan Siam, kemudian tidak dilayani oleh Kerajaan Siam. Sehingga beliau ditangkap dan disiksa sampai mati. Akhirnya Hj. Sulong hilang tanpa pusara.

Deraf tuntutan yang disampaikan oleh Hj. Sulung kepada Kerajaan Siam sangat memberi arti untuk mengubah sasib Bangsa Melayu Patani. Sebagaimana isi kandung deraf mencakupi, iaitu setatus politik di Patani, identiti Bangsa Melayu Patani, bahasa dan budaya tempatan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Secara rasmi tuntutan yang disampaikan oleh Hj. Sulung kepada kerajaan Siam, adalah merupakan pertama kali semenjak kejatuhan Negara Patani Darussalam kepada penguasa Siam. Kemudian diikuti 5 perkara tuntutan oleh BRN, pada rundingan damai antara Kerajaan Thai dengan BRN pada 2013, di Kuala Lumpur. Perdana menteri Thai pada ketika itu adalah Yinglak Chinawatra.

Diikuti dengan menananda tangani oleh NSC Gen. Paradon dan Ustaz Hasan Thoyeb di pihak BRN. Tentang Proses dialoq damai (feace agreement atau feace dialoq). Namun rundingan pada ketika itu tidak berjalan secara eksklusif dan continuous (berterusan).

Dikernakan berlaku kodeta melitir Thai Prayut Chang Ocha, terhadap Perdana menteri Yinglak Chinawatra. Tuntutan adalah hak bagi semua bangsa, apabila ada rasa ketidak adilan, tidak dihargai, dan dihormati oleh penguasa. Begitu juga Bangsa Melayu Patani harus berani membuat tuntutan politik terhadap penguasa yang tidak memberi kesempatan untuk orang tempatan memerintah sendiri. Walaupun tipis harapan untuk berhasil dengan melalui tuntutan.

Dalam mana-mana tuntutan, sama ada konflik politik, konflik sosial dan sebagainya. 10 perkara yang dituntut, tidak mungkin semua akan berjaya. Namun pasti ada perubahan dalam bentuk-bentuk yang di buat, banyak atau sedikit. Berhasil atau gagal ia sangat bergantung kepada masyarakat Patani itu sendiri.

Orang Melayu Patani harus mempunyai kesatuan yang kukuh dan berdisiplin, begitu juga masyarakat awam harus ikut mendukung terhadap proses tuntutan, baik secara moral dan fizikel. 7 perkara dari Hj. Sulung masti dilanjutkan oleh generasi berikut. Itu adalah suatu titipan dan amanah yang besar untuk diteruskan oleh penerusnya. Walaupun ia sangat membebankan dan berat untuk dipikul oleh generasi sekarang.

Namun ia adalah amanah dari seorang bapak pertuanan bangsa. Setiap individu Patani wajib memikul dan bertanggung jawab terhadap amanah tersebut. Kadang-kadang selama ini semua orang lalai dan tidak mempedulikan terhadap amanah itu. Sampai kehari ini, dapat dilihat dan dirasa apa yang terjadi terhadap masyarakat dan anak Bangsa Melayu Patani.

Akibat dari kelalaian dan tidak bertanggungjawab, maka generasi demi generasi hilang pedoman serta kerusakan moral, aqidah dan segala-galanya. Terdapat sesetengah dikalangan para alim ulama dan cendikiawan, mereka terdiam kaku dan terhenti untuk melanjutkan titipan amanah suci ini.

Apabila ditawarkan oleh penguasa, sama ada pangkat, kekayaan dan kedudukan. Masing-masing tertipu dengan kehidupan palsu dan terperangkap dalam janji-janji palsu oleh pihak musuh. Sedangkan penguasa mempunyai tujuan di sebaliknya (ada udang di sebalik batu), untuk mengalihkan minda dan tanggujawab alim ulama dan cendikiawan terhadap permasalahan umat. Patani memiliki banyak tokoh-tokoh ulama, cendekiawan dan ahli bijak pandai.

Memiliki ilmu dan kepakaran, baik dalam bidang agama, poltik, ekonomi, perubatan dan sebagainya. Seharusnya menyumbang, ikul tanggung kawab dan amanah untuk memimpin generasi selanjutnya, agar mampu membawa umat ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Kalau dinilai kepada Umat Islam Melayu Patani sekarang, mereka membutuh kepada pembelaan dan petunjuk untuk masa depan yang lebih baik, iaitu aman damai secara berkekelan.

Bangsa Melayu Patani adalah sebuah bangsa yang bertamadun dan memiliki latar belakang sejarah yang cukup mengkagumkan oleh semua umat manusia dipenjuru dunia. Pernah berdiri sebuah kepemerintahan dan kerajaan yang adil dan makmur. Mempunyai hubungan deplomatik dan perdagangan dengan berbagai negara besar di Eropah dan Timur Tengah.

Dibidang pertahanan Negara Patani Darusssalam, menyusun taktik dan seterategi pertahanan negara yang cukup disegani di rantau ini. Dengan menepatkan bala tentera di Perbatasan Siam, di laut dan di darat. Dilengkapi persenjataan berat, iaitu beberapa pucut bedil meriam yang ditempatkan di sepanjang sempadan dengan Siam.

Walau bagaimanapun Negara Patani tidak dapat bertahan secara terus-menerus dengan kekuatan yang dimiliki pada ketika itu. Sehingga Siam mengunakan tektek pukul dibelakang untuk menjatuhkan Sultan Melayu. Mereka berpura-pura membantu dan bersimpati dengan Sultan Melayu Patani, serta berjiran secara akrab dan baik hati.

Akhirnya Siam menangkap Raja-raja Melayu dengan tanpa alasan yang munasabah, kecuali untuk merampaskan kekuasan Negara Patani dijadikan miliknya sampai ke hari ini. Setiap individu yang hidup di bumi Patani, harus peka dan bertanggung jawab terhadap Umat dan Bangsa sendiri. Sudah cukup banyak pengalaman yang dilalui oleh Bangsa Melayu Patani terhadap penipuan dan kebohongan yang dimainkan oleh Penguasa Siam.

Oleh itu, harus mempunyai niat dan tekad untuk mentadbirkan rumah tangga sendiri itu adalah jalan yang paling dikehendaki oleh Islam.




No comments:

Post a Comment