Sunday 9 February 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulAN JANUARY (1/2020 M)

1/1/2020M.
-Seorang pemuda Melayu ditembak mati dikampung Terap, mukim/daerah Bendang Setar, wilayah Jala. kata polis tembakan atas kes peribadi.

-Seorang ranjer bertugas di kem ranjer 4606 dalam Wat Chanaram, mukim Lalok, daerah Resok, wilayah Menara membunuh diri dengan senjata jenis 5.56 mm. akibat ketegangan.

2/1/2020M.
-Unit ranjer ke 4709 daerah Kabang, wilyah Jala mengesan beberapa bekalan makanan dan alat memproses bom sebanyak 36 jenis diatas bukit kampung Klong put, mukim Balak, daerah Kabang, wilayah Jala.

4/1/2020M. 
-Sekumpulan pemuda 5-6 orang lengkap dengan senjata api menyamung pikap jenama Isuzu D-max milik syarikat South Siam midia and printing di lalu lintas kampung Belukar, mukim Kosit, daerah Takbai, wilayah Menara. Memberkas pemandu encik Waemaseng Haji Waenawae, 57 tahun dan encik Hasim Cekma, 53 tahun berasal Jamu, Pattani. kemudian membawa menyerang kem tentera Pileng, mukim Merbol ook, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Hingga tanggal 5/1/2020 ranjer wilayah Menara mengesan kereta tersebut dalam kembun getah dikampung Pileng nua, mukiim Merbol ook, pihak penguasa Siam mengatakan serangan kali ini adalah simbolik genapnya 16 tahun samung senjata besar-besaran dalam Kem Pileng ini pada tahun 2004M.

5/1/2020M. 
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Janing, mukim Chuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Untuk mengesan penyerang kem Pileng 2 hari lepas.

6/1/2020M.
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Bongor, mukim Chuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Untuk mengesan penyerang kem Pileng 2 hari lepas. Serta menahan 2 orang rakyat awam.

8/1/2020M.
-Penembak gelap menaiki pikup menembak mati saudara Mattohir Ali, berumur 58 tahun dikampung Bendang Piyae, mukim Berih tai, daerah Bacok, wilayah Menara.

9/1/2020M.
-Seorang rakyat awam berusia 49 tahun ditembak dikampung Kadok, mukim Resok ok, daerah Resok, wilayah Menara, Mangsa cedera parah.

11/1/2020M.
-Seorang rakyat awam dikenali Uyi Waehama ditembak mati dikampung Rupah, mukim Wangpaya, daerah Raman, wilayah Jala.

12/1/2020M.
-Jam 11.55 sekumpulam pejuang pembebasan Patani menyerang dengan tembakan dan melimpar paip bom keatas pos kawalan keselamatan mukim (Cor.Kor.Tor) mukim Romsai dikampung Cica (cawangan kampung Air diyae (Air Durian), mukim Romsai, daerah Sukirin, wilayah Menara. menyebabkan seorang Or.Sor. mati dan 11 orang cedera parah. Pihak E.O.D. mengesan 10 butir paip bom (2 butir diledakan), kelongsong peluru jenis 7.62 dan 5.56 mm., binaan Cor.Kor.Tor dan kemah or.sor. turut musnah, 5 laras senjata api hancur musnah antaranya selaras M.16, 3 laras HK 33 dan sepucuk pistol SIG Sauer Jam 12.09 unit Ranjer 121 bersama kereta prisai VIVA dan sebuah kereta menyerbu ketempat kejadian untuk bantuan terkena serangan dan berlaku pertemporan antara kedua pihak di kampung Belukar Jaing, mukim Romsai, Jam 12.30 ketika unit operasi khusus dan relawan tentera diketuai oleh Nai Narong Chai Canpet timbalan ketua daerah bahagian keamanan (Blat Pongkan) bersama ranjer unit 1112 menyerbu pula ketempat kejadian diserang lagi dengan letupan bom mengisi bahan letupan bom dalam tong ges seberat 25 Kg. dan bom limpar jenis paip bom sebanyak 5 butir hingga berlaku pertemporan menyebabkan seorang pejuang gugur syahid dikenali As-Syahid Abdul Hadi Abu Daud berusia 29 tahun, berasal kampung Pari, daerah Canek, wilayah Menara. manakala rakannya sempat melarikan diri dan sempat membawa senjata api milik Abdul Hadi.

13/1/2020M.
-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Keming, mukim Asong, daerah Raman, wilayah Jala.

15/1/2020M.
-Rakyat awam jumpa mayat seorang pemuda tidak dikenali identitinya dikampung Asam (Bansom) mukim Kuannori, daerah Kokpor, wilayah Pattani.

-Berlaku Tembakan seorang rakyat awam di kampung Telubuk, daerah Muang, wilayah Pattani. mangsa cedera parah.

-Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta memetik DNA. rakyat awam dikampung Besu, mukim/daerah Bendang Setar, wiklayah Jala.

16/1/2020M.
-Rakyat awam sekelamin warga Melayu ditembak mati ketika menorih getah dikampung Cok Bantang, mukim/ daerah Bendang Setar, wilayah Jala. mangsa dikenali Abidin Lateh berumur 59 tahun berasal kampung Lipat sdango. Pattani manakala isterinya Romlah Carong berumur 49 tahun, berasal Bendang Setar.

- Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta memetik DNA. rakyat awam dikampung Rebeng, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala.

18/1/2020M.
-Seorang wanita muslimah dikenali Nik Aisyah Wicha berusia 45 tahun, ditembak mati dilalu linlas kampung Peramat, mukim Satengnok, daerah Muang, wilayah Jala.

-Tembak mati Tokpenghulu kampung Cokbo, dikenali Qomarudin Niktae, berusia 42 tahun depan Masjid kampung Cokbo, mukim Pen, daerah Penarek, wilayah Pattani.

19/1/2020M.
- Pol.Snr.Sgt.Maj. Kriang Krai Pinsen, 35 tahun Seorang polis bertugas di Balai polis daerah Sadao, wilayah Sengghora membunuh diri dengan tembakan dengan pistol 11.mm dikediamannya kampung Prik, daerah Sadao, wilayah Senggora, Motif pembunuhan akibat ketegangan.

- Seorang lagi Pol.Snr. Sgt.Maj. Pirom Chanchuto polis bertugas di Ibu pejabat polis daerah Muang, wilayah Jala membunuh diri dengan tembakan pistol peribadi dirumah nombor 37, Lorong Piman, jalan Kwanmuang, wilayah Jala.

- Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung dan menyiasat di kampung Tanjung Pauh, mukim Bangkau, daerah Nongcik, wilayah Pattani. ketika menjalankan siasatan didapati 2 orang pemuda sempat melarikan diri kemudian mereka kedua sempat menyamung sebuah motosikal milik rakyat awam, kemudian motosikal tersebut dapat dikesan dikampung Bangrai (Bara), mukim Bangkao, daerah Nonghcik, wilayah Pattani.

21/1/2020M.
-Kelompok gerakan Patani dikenali sebagai Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengadakan sidang media bagi mengumumkan kesediaannya terlibat sama dalam proses damai di selatan Thailand yang diusahakan Malaysia. Sidang media diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya. Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) setuju menyertai proses dialog damai dengan Kerajaan Thailand. Dialog itu akan dilaksanakan berdasarkan rangka kerja yang sudah dipersetujui.Sidang media disampaikan oleh:
1. Anas Abdulrahman Ketua Panel Perunding Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN)
2. Abdul Aziz Jabal Panel Perunding Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) Dari Statement BRN menegaskan bahawa rundingan tersebut akan dilanjut atas sepakatan ToR dan ada permerhati dari antarabangsa. BRN menyampaikan beberapa komitmen antara pihak yang telah disepakati dalam rundingan pusingan pertama kali bahawa;
-Rundingan BRN dengan kerajaan Thai adalah hasil dari persepahaman bersama sesuai dengan apa yang tercantum didalam framework dan ToR yang disepakati sebelum ini,
-Kedua belah pihak mengukuhkan komitmen terhadap framework dan ToR sebagai landasan atau aturan dalam rundingan rasmi.
-Kedua belah pihak sama-sama mempunyai komitmen bahawa Malaysia tetap sebagai fasilitator, dan
-Rundingan pada kali ini juga telah dihadir oleh permerhati dari luar negara.

22/1/2020M.

-Seorang ranjer dikenali Matsukri Daud, 38 tahun berasal Krong Pinang, Jala. ditembak mati dikampung Pedol, daerah Mayor, wilayah Pattani.

-EOD. Mengesan sebutir bom Palsu dipasang dijambatan kampung Sira, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala.

-Serangan letupan bom menyasarkan unit relawan Or.Sor pengawal guru sekolah Santi Suksa, kampung Saeb dalam, mukim Saeb, daerah Krongpinang, wilayah Jala. Or.Sor cedera parah 4 orang.

23/1/2020M.
-Tentera Siam menahan Cik Jaluni Putih, berusua 34 tahun berasal kampung Lubok Jok, mukim Chuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Membawa siasat keKem Bukit Tanjung, Menara berhubung kait abangnya disyakki bergabung dalam serangan Kem Pileng pada 4/1/2020.

24/1/2020M. 
-Seorang Relawan tentera Or.Sor. dikenali Amran Cenera ditembak depan gerai jualan miliknya di kampung Lothu, mukim Plonghoi, daerah Kapo, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah.

25/1/2020M. 
-Tembak mati Guru besar warga Siam sekolah Theprathan kampung Cekdeng, mukim Lokcud, daerah Weng, wilayah Menara. Kata polis tembakan kes peribadi.

26/1/2020M.
-Seorang pemuda Melayu berusia 19 tahun ditembak mati dijalan 15, depan pejabat teliphon, mukim Seteng, daerah Muang, wilayah Jala. Kata polis penembak mengguna sebuah kereta pikap.

30/1/2020M.
-Saudara Abdulkarim Resak, 43 tahun ditembak mati ketika memandu kereta dalam kampung Biara, mukim Belukar Samak, daerah Bacok, wilayah Menara.

31/1/2020M.
-Seorang pemuda warga Melayu ditembak mati di kampung Banggol Seraya, mukim Peluru, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.

- Kerajaan Thailand Siap Merunding BRN Kerana “Paling Berpengaruh di Kawasan”. BANGKOK- Ketua Panel perundingan Damai Thailand, Gen.Wanlop Raksanoh, dalam sidang media di Bangkok menyatakan mengenai kemajuan perundingan damai dengan BRN akan berlanjut ke bulan Mac ini. Menurut Gen. Wanlop bahawa memberi tumpuan kepada kumpulan BRN terlebih dahulu. Pada 31 Januari 2020, Gen.Wanlop Raksanoh, dalam sidang media di Bangkok menyatakan mengenai kemajuan perundingan damai dengan kumpulan gerakan Patani di tiga wilayah selatan itu Pelancaran mesyuarat rasmi pertama dengan wakil gerakan bersenjata Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani atau terkenal dengan BRN pada 21 Januari di Kuala Lumpur yang lalu. Mesyuarat pertama telah mengenali satu sama lain dan menyedari rangka kerja dialog. Pertukaran pendapat umum dalam suasana yang baik. Menurut Gen.Wanlop rundingan kali ini adalah kesinambungan perundingan dengan BRN dari masa lalu yang sudah bermula. Dan kemudian bertukar kepada kumpulan Mara Patani pada tahun 2015. Gen.Wanlop berkata bahawa Perundingan damai ini hanya diutamakan BRN. Namun bagi kumpulan Mara Patani bergantung kepada kumpulan gerakan Patani bagaimana hendak berkomunikasi satu sama lain tentang siapa yang akan bergabung bersamanya.





KESIMPULAN Bulan JANUARY (1/2020 M.) 
Peristiwa pergolokan berlaku 39 kes.terbahagi kepada wilayah Pattani 4 kes, Jala 8 kes, Menara 26 kes, dan wilayah Senggora 1 kes.

Berlaku serangan bom 18 butir (11 butir sempat dikesan dan dipadam) yaitu 17 butir di Menara dan sebutir di Jala.

Tembakan dan pertemporan berlaku 20 kes: Masing-masing di Pattani 4 kes, Jala 6 kes, Menara 9 kes dan Senggora 1 kes.

Berlaku sabotaj 1 tempat di Jala. Angkatan bersenjata kerajaan Siam mati 5 orang (2 orang akibat membunuh diri) dan cedera parah 16 orang, Rakyat awam mati 10 orang (kesemua warga Melayu) cedera parah 2 orang.

Pegawai kerajaan mati 2 orang dan tidak ada yang cedera parah.

Pejuang gurgur Syahid 1 orang dalam kawasan Menara. lebih dari 10 tempat/kampung dikepung dan mengeledah pihak keamanan Siam serta memetik DNA rakyat awam. lebih dari 10 orang rakyat awam ditahan pihak penguasa Siam



No comments:

Post a Comment