Pengaruh Bahasa asing
kedalam dialek Patani
Peminjaman kata merupakan satu gejala
biasa yang berlaku dalam mana-mana bahasa pun
di dunia ini. Peminjaman kata adalah kata-kata
yang dipinjam dari bahasa asing yang terserap
ke dalam bahasa sasaran.
Proses peminjaman
kata ini berlaku apabila perkembangan sesuatu
bahasa yang bergantung kepada penggunaan
dan usaha memperkayakannya dan menambahkan atau mengambil kosa kata yang baru dari
bahasa lain. Kemasukan unsur-unsur asing dari
bahasa lain ke dalam bahasa sasaran tidak dapat
dihindari.
Ini adalah kerana bangsa yang kurang
maju akan menyerapkan banyak perkataan dari
bangsa yang maju. Justeru itu, ianya berlaku akibat pertembungan bahasa atau kontak bahasa iaitu
pertembungan masyarakat pengguna bahasa yang
berlainan yang terjadi akibat penghijrahan dan
perantauan penuturnya.
Pertembungan sesuatu
bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan berlakunya perubahan bahasa terutamanya
dari segi bunyi atau fonologi, bentuk kata atau
morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. punca
berlakunya perubahan bahasa adalah akibat kontak atau hubungan bahasa.
Antara puncanya adalah fenomena peminjaman leksikal bahasa asing oleh pengguna
bahasa sasaran. Justeru itu, peminjaman kata
dalam sesuatu masyarakat berlaku akibat dari
pertembungan bahasa dan.
Oleh itu, peminjaman
bahasa adalah hasil yang berlaku daripada suatu
proses pemindahan kata-kata dari bahasa asing
ke dalam bahasa peminjam atau sasaran sama ada
dikekalkan strukturnya atau dirombak mengikut
kesesuaian bahasa sasaran. Pada kebiasaannya
peminjaman dalam bahasa adalah tidak dirancangkan. Gejala peminjaman ini timbul secara
sedar atau tidak sedar di kalangan pemakai bahasa sesuatu masyarakat dalam pertembungan
mereka dengan pemakai bahasa daripada masyarakat yang lain.
Maka, peminjaman kata-kata ini
berlaku bersama-sama dengan peminjaman atau
pengenalan ciri-ciri kebudayaan baru, baik yang
merupakan kebudayaan kebendaan mahupun yang
merupakan kebudayaan bukan kebendaan
Peminjaman bahasa merupakan satu proses
yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa. Peminjaman bahasa ini terjadi akibat daripada
pertembungan bahasa dan budaya tanpa disedari
oleh sesebuah masyarakat. Adapun peminjaman
bahasa ini merupakan satu proses yang penting
dalam perkembangan sesuatu bahasa.
Oleh itu,
kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam dari
bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa
sasaran dan dijadikan sebagai sebahagian dari
perbendaharaan kata kepada bahasa yang meminjam. Apabila kata pinjaman ini terserap ke dalam
bahasa yang meminjam maka struktur bahasanya
berubah sama ada dikekalkan atau dirombak
mengikut kesesuaian bahasa yang meminjam
terutamanya perubahan morfologi.
Oleh yang
demikian, memandangkan begitu banyaknya kata
Arab yang terserap masuk ke dalam bahasa Melayu maka secara langsung atau tidak langsung ia
bukan sahaja memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus
sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Maka,
peminjaman kata telah memberi impak kepada
masyarakat yang mana ianya memperkayakan
bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi
kebahasaan. Justeru itu, peminjaman kata Arab ini
telah memberi pengaruh yang amat besar terhadap
perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mula menerima pengaruh
asing sejak zaman bahasa Melayu kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu
klasik menerima bahasa Arab dan bahasa Melayu
moden menerima bahasa Eropah.
Bahasa Melayu mudah menerima bahasa asing
disebabkan bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat
dinamik. Peminjaman ini secara tidak langsung telah
memperkaya kosa kata bahasa Melayu.
Pengaruh Bahasa arab kedalam dialek Patani
Pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam ke alam Melayu
oleh pedagang dan pendakwah Arab.
Proses pengislaman orang Melayu berjalan lancer kerana apabila pihak istana memeluk islam maka
rakyat jelata akan mengikutinya.
Proses pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga memberi kesan kepada
budaya, sastera dan bahasa orang Melayu.
Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana
bahasa Arab banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hokum.
Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang diambil
daripada aksara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk bahasa Melayu.
Dengan
adanya tulisan jawi, maka karya sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan.
Kosa kata bahasa Arab banyak terdapat dalam bahasa Melayu terutama bagi membicarakan hal-hal
agama dan bidang lain contohnya : Doa, hadis haji, kiblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram,
zalim, akad, fitnah hormat, kaum, kerabat, maaf, salam sedekah, tahniah, akhirat, alam, haiwan, dunia, wajah,
wujud,roh. dan sebagainya
Pengaruh bahasa Arab dalam struktur ayat bahasa Melayu terlihat menerusi penggunaan ayat songsang dan ayat pasif.
Dalam bahasa Arab struktur ayat dimulakan dengan kata kerja (fi’liah) dan apabila
diterapkan ke bahasa Melayu akan menjadi ayat songsang Contoh : Telah duduk oleh Muhammad diatas
kerusi. bersambung.
No comments:
Post a Comment