Sunday, 9 February 2020

DINAMIKA NEGOSIASI PENYELESAIAN KONFLIK DI PATANI

Konflik berdarah di Patani babak ini bermula sejak tahun 2004, dengan operasi perompakan gudang senjata militer Thailand di provinsi Narathiwat, pada tanggal 4 januari 2004, merupakan titik tolak konflik bermula, sampai sekarang belum lagi usai.

16 tahun sudah konflik berdarah ini terjadi, telah menelan korban 7,000 nyawa lebih dan belasan ribu orang luka parah.

P e m e r i n t a h T h a i l a n d , mengambil pendekatan militer serta menerapkan undang-undang darurat militer untuk mengatasi konflik di Patani, malah keadaan menjadi semakin parah. Rakyat civil menjadi mangsa. Pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM) tidak diindahkan.

Usaha pemerintah untuk meredakan konflik memang ada, tapi untuk menylesaikan konflik, belum menampakan kesungguhan dan keikhlasannya. Masih perlu diterokai sejauh mana kesriusan komitmennya dengan apa yang diucapkan.

Sebuah perjalanan panjang dalam proses perpolitikan terhadap konflik di Patani, yang menghadapi dilema dan tantangan zaman. Dengan adanya dialog di antara Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dengan Kerajaan Thailand.

Ia merupakan rentasan dalam proses politik, yang selama ini mengalami gendala semenjak dimulai pada 28 Februari 2013 yang lalu. Proses politik kembali diangkat ke depan masyarakat antarabangsa, iaitu pada Isnin 20 Januari 2020, proses dialog berlangsung di Kuala Lumpur, dengan masing-masing pihak mengutuskan 7 orang deligasi. Proses dialog sepatut dan selayaknya, diikutsertakan oleh pemerhati antarabangsa.

Namun pada kenyataannya, hanya dihadirkan 2 orang pemerhati, iaitu 1 orang daripada Thailand dan 1 orang lagi daripada Switzerland. Ini merupakan langkah yang tidak sesuai dengan persetujuan awal.

Ini sangat berkaitan erat dengan komitment dalam proses mencari kesepahaman dan kesungguhan. Peristiwa di bulan Januari 2020 ini, menjadi perhatian dunia antarabangsa, khususnya pertubuhan bukan kerajaan NGOs, yang selama ini menjadi pemantau terhadap konflik di Patani.

Bahkan juga, Badan-Badan Perdamaian Dunia, yang berupaya untuk mewujudkan dialog dilangsungkan dalam kepentingan dan pengiktirafan masing-masing di pentas dunia.

Peristiwa bersejarah ini menjadi suatu langkah yang penuh hati-hati dan telah diambil kira daripada setiap aspek oleh BRN pastinya, baik secara politik dan hubungan luar negara. Sebagaimana sudah sekian lama, BRN didesak dan mendapat tekanan daripada beberapa pihak, yang berperanan untuk membangun hubungan dalam mewujudkan proses dialog.

Hampir satu dekad sudah berlalu, peristiwa besar yang pernah BRN mengajukan 5 tuntutannya kepada kerajaan Thailand. Namun sayangnya, tuntutan tersebut ditolak mentah-mentah oleh kerajaan Thailand, di bawah pimpinan Perdana Menteri (PM) Yingluk Chinawat dan Kabinet kerajaan demokrasinya.

Semua itu berlangsung di atas usaha yang diperkasai oleh Bekas PM Thaksin Chinawat, dan mendapat tentangan hebat daripada Panglima Angkatan Darat, iaitu Jenderal Prayut Chan O Cha. Kerajaan Thailand secara pasti telah bersikap kontra produktif dan tidak menjadikan tuntutan BRN Agenda Kebangsaan, untuk di bahas di Parlemen.

Dengan sengaja, tidak meluluskan dan tidak diambil kira terhadap konflik di Patani, secara bermaruah dan bermartabat. Kemudian Tentera Thailand di bawah pimpinan Jen. Prayut C., tiba-tiba merampas kuasa daripada PM Yingluk C., dengan pertimbangan politik bahawa jika “Proses Perudingan Damai” mendapat sokongan padu daripada rakyatnya. Maka kerajaan Thailand akan kehilangan control, dan kuasa penjajahannya akan hilang di bumi Patani.

Dengan adanya pergantian kekuasaan di tangan Junta Tentera, kerajaan Thailand berharap konflik dan penyelesaiannya, boleh dijadikan ladang emas bagi Para Petinggi Junta Tentera, dan isu dialog rundingan damai, hanyalah angin segar untuk membodohi rakyat. Tetapi, BRN terus berkomitmen dan berada pada landasan yang betul dan tegas dalam bersikap dan mengambil keputusan.

Dengan berpendirian bahawa proses dialog ataupun perundingan damai hanya akan terlaksana mengikut norma-norma antarabangsa sahaja. Namun kenyataannya, proses dialog kali ini begitu jauh daripada harapan bangsa Patani. Kerana kerajaan Thailand telah membuat pernyataan tertulis, setelah proses perbincangan dalam dialog tertutup selesai.

Dengan kenyataan tulisannya bahawa “Proses dialog ini berlangsung untuk kedamaian dan kesejahteraan dalam pembangunan ekonomi masyarakat majmuk Thailand Selatan dan hidup sejahtera”. Sebuah pernyataan matlamat sebenar yang diharapkan dalam proses dialog, yang tidak selayaknya di buat dan disebarkan. Ini sebuah pernyataan rasmi Majlis Keselamatan Negara dan Setiausaha Dialog Perundingan Damai.

Inilah faktor dan pertanda ataupun penyebab ketidakseriusannya dan tersendaknya proses. Jelas, ini menjadi sembilu yang melukai bangsa Patani, kerana BRN pasti sedar betul bahawa inspirasi dan aspirasi rakyat Patani sebagai satu bangsa sangat dipertimbangkan.



No comments:

Post a Comment