Orang Melayu Islam Patani (Selatan
Thailand) adalah orang tempatan bukan pendatang, pada asalnya Patani adalah
sebuah negara dan bumi Patani adalah hak milik Bangsa Melayu Patani.
Thursday, 13 September 2018
Perjuangan Patani Dan Kaitannya Dengan Perjuangan Di Nusantara
Dari sudut rumpun bangsa, mayoritas masyarakat empat
wilayah Selatan Thailand (Patani), terdiri daripada penduduk
berbangsa Melayu yang serumpun dengan masyarakat Melayu yang berada di
Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai.
Ratusan Tahun Konflik dan Belasan Tahun Undang-Undang Darurat Militer
Susah ditolak bahwa situasi di Patani (selatan Thailand)
dalam tahun-tahun kebelakangan ini dihadapi konflik yang begitu mengkhawatirkan
situasi masyarakat awam hidup yang
sangat tidak aman. Pelangaran demi pelangran terjadi dan bahkan mengancam
kehidupan rakyat kecil.
Gerakan sosial yang mengikutsertakan ribuan orang di
dalamnya. Kalau sudah melibatkan orang-orang yang telah memberikan dukungan
pada operasi tersebut, jumlah mereka bisa sampai ribuan orang atau lebih.
BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN Ogos 8/2018 M.
![]() |
| Allah yarham Abdul Kadir
Kote mantan
ketua persatuan
peguam Muslim Thailand |
-Pihak keamananSiam mengepung kawasan Kg,Tebing, daerah Telupan, Pattani
serta menahan 5 orang aktivis kemanusiaan Patani “JARINGAN MEMBELA
MANGSA-MANGSA UNDANG-UNDANG DARURAT TENTERA (JASAD)” dikenali 1) saudara Ahmad
fakri Cekmad 2)saudara Burhan Beraheng 3)saudara Nik Ahmad Fahri Saleh 4)
saudara Romdon Maresate dan 5) saudara Fathi Ali.
2/8/2018M.
-Seorang rakyat awam
warga Melayu ditembak di Kg. Pauh, mukim Kalo, daerah Raman, wilayah Jala.
Mangsa cedera ringan.
4/8/2018M.
-Tembak mati seorang rakyat awam Melayu berusia
26 tahun di Kg. Bukit Tambun, mukim Bukit, daerah Becah Airong, wilayah
Menara.
Tuesday, 7 August 2018
NABI IBRAHIM (AS) SOSOK PENENTANG THOGUT
Nabi Ibrahim (AS) ialah seorang nabi yang dilahirkan di
tengah-tengah masyarakat jahiliyah yang musyrik dan kafir. Beliau adalah anak
Azar yang masih keturunan Sam bin Nuh.
Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2295
sebelum Masehi, di negeri Mausul.
Ayah beliau adalah seorang pembuat patung
berhala dan beliau sendiri sangat membenci berhala-berhala itu. Beliau lahir
pada zaman kerajaan Raja Namrud yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.
DAERAH TAKBAI WILAYAH MENARA
Takbai dahulu
Daerah Takbai diasaskan pada 12/8/1909M. Masa silam daerah Takbai adalah
kampung “Cekhe” di bawah pemerintahan Malaya (Inggris), dalam “Perjanjian Taba”
pada 10/3/1908M.
Antara Siam dengan inggris dibahagikan kawasan Takbai kebawah
taklukan Siam dengan ambil kira Sungai Sg.Golok sebagai sempadan Thai-Malaysia.
Semasa itu Takbai dibawah jajahan negeri Legih (Tanjung mas) Nama asalnya
adalah Daerah “Cekhe” Orang Patani
terkenal dengan Panggilan “Taba” atau “Cek-he” kerana pusat pentadbirannya
terletak berhampiran disini. Sesetengah orang tua mengatakan perkataan “Taba”
berasal dari nama seorang pengasas/ pembuka kampung kawasan ini.
6 STRATEGI UTAMA SIAMISASI DI PATANI DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN NASIONAL SIAM
1 Pendidikan untuk pembangunan pertahanan dan keamanan
• Melahirkan kerukunan /santisuka dengan Siam.
• Melahirkan penyatuan pemikiran dengan Siam.
• Melahirkan kebersamaan dan persaudaraan dengan Siam.
2 Pendididkan untuk peluang pekerjaan
• Pendidikan keterampilan budaya Siam.
• Pendidikan intigrasi budaya Siam.
• Pendidikan cara hidup bersama Siam.
Sunday, 5 August 2018
MODEL PERDAMAIAN YANG DITAWAR OLEH SIAM
Usaha perdamaian untuk menamatkan konflik di Patani atau
dikenali dengan wilayah selatan, merupakan usaha sepihak, dan ia sudah menjadi
agienda NegaraThai.
Bagi Pemerintah Thai menganggap bahawa, konflik di Patani
adalah konflik dalaman, tak perlu campur tangan dari pihak luar. Usaha ini
sudah hamper dua dekad setelah tercetusnya konflik terbaru, kerajaan menghabiskan biaya 300,000.00 juta
Baht, dan hampir 7,000 jiwa terkorban, sakit 13,229 orang.
Kemerdekaan Melayu Patani dan Nusantara
Suatu perakuan yang teramat jelas dalam semua sudut
pandang, bahwa sesungguhnya Nusantara itu; wilayah kedudukan dan bangsa Melayu
sebagai induk rumpun.
Selaku sebuah masyarakat agungan, yang telah dan sedang
menjalin segenap aspek interaksisosialnya, terutama menghubungkan dalam
lingkaran yang satu, yang disebut GUGUSAN TANAH MELAYU.
Ogos: Bulan Kemerdekaan Nusantara
UCAPAN
HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan Bagi Negara Malaysia
dan Negara Kesatuan Republik Indonesia, Kami setiap lapisan rakyat Bangsa
Melayu Patani Darussalam, baik yang berada di Patani maupun di berbagai negara, mengucapkan
“Selamat menyambut hari kemerdekaan Ogos 2018M, bulan
kemerdekaan bagi kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia, yang masih serupun
dengan Patani Darussalam.
Kemerdekaan
adalah anugerah Ilahi, pengorbanan titisan darah dan keringat para
pahlawan, serta tokoh-tokoh
perjuangan rakyat. Oleh itu kemerdekaan adalah harkat dan martabat bangsa yang
layak dijunjung tinggi dan dirayakan dengan
penuh meriah serta bersemangat, sebab era pengisian nikmat
kemerdekaan. BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JULAI 7/2018 M.
1/7/2018M.
-Jaringan bantuan waris mangsa kes keamanan. mengadakan
kenduri memungut dana untuk membantu waris waris mangsa kes keamanan kawasan
daerah Bendang Setar yang ditahan oleh pihak keamanan Siam bertempat di kampung
Kemecah, daerah Bendang Setar, wilayah Jala.
-Berlaku kemalangan kererta milik renjer unit 4514 Menara. di jalan raya Kg.Lubok sawa,daerah Bacok,wilayah
Menara. Renjer mati seorang dan sakit parah 2 orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)









