Saturday, 15 August 2020

KEPEMERINTAHAN SENDIRI SUATU ALTERNATIF PENYELESAIAN KONFLIK DI PATANI

Patani atau Selatan Thailand terdiri dari 4 wilayah, Jala, Pattani, Narathiwat, Setol dan 5 daerah dari wilayah Sanggora, Cana, Tiba, Nathawi, sebaya dan Sadau. 4 wilayah 5 daerah mejority penghuni adalah Muslim Melayu. Di sini terkenal sebagai kawasan yang dilanda konflik, antara Thailand dengan penduduk tempatan (Patani). 

Konflik sudah ratusan tahun. Namun konflik terbaru tercetus semenjak 2004, telah menelan kurban 7,000 orang lebih, yang tercedera hampir 20 ribu orang. Konflik tak dapat diselesaikan, kalau tidak diketengahkan atas isu pembentuk kepemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan. 

Tuesday, 11 August 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan julai (7/2020 M)

 

2/7/2020M. 

-Pihak relawan keamanan Thailand melakukan operasi dan menemukan sebuah motorsikal, kejadian ini berlaku di kawasan setesen minyak PTT, Daerah Raman, Wilayah Jala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, motorsikal ini semenjak siang hari hingga malam hari, dan tidak diketahui milik siapa. 

- Berlaku tembakan keatas seorang ranger warga Melayu dikenali Salaeh Kareng, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Sawo hilir, Mukim Sawo, Daerah Resak, Wilayah Menara. 

3/7/2020M. 

-Berlaku berbalas tembakan Antara Tentera Siam dengan Pejuang Patani ketika operasi pengepungan kampung Melayu di kampung Rawa, mukim Don, Daerah Penarek, wilayah Pattani. menyebabkan 1 orang pejuang Patani terkurban Syahid di tempat. Syahid dikenali Anwar Duramae berasal Kg. Lalang, mukim Bidil, daerah Tung yang deng, wilayah Pattani. Manakala, pihak tentera Thailand juga mengalami nasib yang sama, menyebabkan 3 orang cedera, dan 1 orang maut ditempat. Pihak tentera Thailand menyakini, bahwa Anwar Duramae merupakan salah seorang dari anggota gerakan bersenjata di bawah naungan Barisan Revolusi Nasional (BRN). 

Wednesday, 8 July 2020

RUNDINGAN SUATU TEKA TEKI BAGI RAKYAT PATANI

Setelah Malaysia membuka negara. Ini dianggap hal yang baik yang harus dilakukan untuk menciptakan negosiasi. Adapun masalah negosiasi atau rundingan untuk menciptakan suasana yang aman dan demokratis adalah penting.

Lebih penting lagi, itu harus dibuat untuk melihat lebih konkret. Tidak mungkin hanya berbicara dan berbicara, dan kemudian datang untuk berbicara, tidak ada perubahan. “seharusnya tidak terjadi demikian”. Bagi rakyat Patani masih tetap memberi kepercayaan dan harapan kepada BRN, untuk bernegosiasi dengan panel lagi.

Dialek Tempatan Patani (10)

PENGARUH BAHASA CINA, PARSI DAN PORTUGIS KEDALAM BAHASA MELAYU DAN LOGHAT PATANI

Bahasa Cina Migrasi besar besaran masyarakat Cina ke tanah Melayu berlaku sekitar abad ke 19 walau bagaimanapun, ada direkodkan

Antara kedatangan orang Cina terawal ke tanah Melayu sudah pun berlaku lebih awal pada abd ke 15 dengan kedatangan laksamana Cheng Ho yang cukup terkenal namanya Patani pula mencatatkan sejarah bahawa Pada tahun 515 M.

Langkasuka sudahpun ada hubungan diplomasi dengan Cina, mengikut arkib dinasti Liang (502-557 M.) seorang duta/utusan dari Lang-Ya-Shiu (Langkasuka) datang diplomasi ke Cina bersama duta-duta dari 12 negera yang lain.

HAK PENENTUAN NASIB SENDIRI

(1) Hak Penentuan Nasib Sendiri (right to self-determination) Merupakan suatu perinsip hukum internasional yang dapat ditemukan sebagai Norma dalam berbagai perjanjian internasional tentang hak asasi manusia tertentu dan hak ini menyatakan bahawa semua Negara (all States) atau bangsa (peoples) mempunyai hak untuk membentuk sistem politiknya sendiri dan mempunyai aturan internal sendiri.

Hak untk menentukan nasib sendiri ini adalah hak dari suatu masyarakat kolektif tertentu seperti untuk menentukan masa depan politik dan ekonominya sendiri dari suatu bangsa.

TUNTUTAN ADALAH HAK BAGI BANGSA TERTINDAS

Bangsa Melayu Patani bangkit melawan Kerajaan Siam yang otoriter. Siam mencerobuhi Negara Patani Darussalam pada 1785.

Hingga sekarang, Patani masih dalam penguasaan kerajaan Siam. Siam mendominasi segala-gala. Akibat dari tindakan diskriminasi dan pelanggaran Hak Asasi Manusia, membuat terancam segala kehidupan rakyat tempatan.

Baik budaya bahasa, ekonomi, pendidikan sosial dan lain-lain. Bangsa Melayu Patani terpaksa menggunakan cara kekerasan, apabila cara diplomatik politik tidak berkesan, dan tidak menepati setatus politik bagi Bangsa Melayu Patani.

JIHAD MEMBANGUN KESATUAN BANGSA DAN MEMERDEKAKAN RAKYAT PATANI

Tragedi merebaknya wabak Covid-19, telah merubah semua sistem yang ada di dunia ini. Pertama sekali ialah sistem kesihatan dan Lembaga Kesihatan Dunia, iaitu World Healthy Organisation (WHO).

Lembaga Kesihatan Negara di seluruh dunia menghadapi peristiwa pahit dan bersedih. Kerana tidak ada kemampuan mendapatkan atau menghasilkan ubat dan vaksin, untuk mengubati virus yang merebak keseluruh penjuru bumi. Kepemimpinan dan Pentadbiran Negara Dunia pasti berubah dan mengalami perubahan daripada satu sistem kepada sistem baharu.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan jun (6/2020 M)

2/6/2020M. 
- Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) mempertimbangkan peluasan Keputusan Undang-undang Darurat (Por.Ror. Kor) di Wilayah Patani, selatan Thailand selama 3 bulan lagi. Kabinet bersedia untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan dari NSC untuk memanjangkan masa penguatkuasaan Keputusan darurat di 3 wilayah perbatasan selatan selama 3 bulan dari 20 Jun - 19 September 2020.

3/6/2020M.
-Pasukan tentara hitam mencurigai kampung muslim di Patani, dimana pemuda dan masyarakat menghiasi kampung mereka dengan membuat tanda untuk memuji Allah seperti kalimat takbir, tasbih, tahmid, tahlil. Fenomena ini menimbulkan kecurigaan dimata penjajah Thailand.

Friday, 5 June 2020

BENGIS TERHADAP RAKYAT

Pandemi Covid-19 menjadi ancaman kemanusiaan global dan mewabak keseluruh negara. Tanpa membezakan kepercayaan dan keyakinan dalam komuniti masyarakat antarabangsa.

Walaupun kebelangan ini kes positif terus menunjukkan penurunan Kerajaan Thailand dengan sengaja, telah memperdayakan kesempatan Perintah Berkurung di seluruh negara, meningkatkan kezaliman terhadap masyarakat Melayu dan bangsa Patani.

Namun secara khusus, diperketat dan dipertajam didalam kawasan masyarakat Melayu Islam Patani. Dengan memberi fokus kepada bangsa Patani, untuk merealisasikan operasi mengintai, mengepung, membunuh dan menangkap.

Dialek Tempatan Patani (9)

PENGARUH BAHASA INGGERIS KEDALAM LOGHAT PATANI

Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa lain antaranya bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Peminjaman perkataan daripada bahasa lain turut berlaku dalam dialek-dialek Melayu termasuklah dialek Melayu Patani.

Proses meminjam perkataan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain bukanlah suatu proses yang luar biasa kerana setiap bahasa di dunia ada meminjam kata-kata daripada satu bahasa yang lain. Contohnya, bahasa Inggeris (BI) telah banyak menambah perkataan-perkataan baru melalui proses peminjaman sehingga berkembang maju di seluruh dunia.