![]() |
| PETA DAERAH SUKIRI |
Daerah Sukirin diasaskan dalam tahun 1931M. Nama awalnya
adalah “Cabang daerah Pacor” dibawah jajahan daerah Tokmok (Daearah Weng
sekarang), diasaskan daerah ini kerana rakyat makin ramai setelah Perancis dan
orang Cina diberi konsesi untuk projek perlombongan emas di “Bukit Lisa” yang
terletak dalam mukim Tokmok sekarang.
Dalam tahun 1939 M. berlaku peperangan Indochina dirantau
ini, maka Perancis terpaksa melarikan diri dari ancaman perang, Kemudian
kerajaan Siam melantik “Pra udom torni sasra” menyambung kembali, setahun
kemudian berlaku kekecuhan Antara rakyat Melayu tempatan dengan pegawai Siam
yang mengawal perlombongan tersebut, hingga pegawai Siam dan pekerjanya
terpaksa perpindah dari sini.









