Tuesday, 8 May 2018

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN APRIL 4/2018 M.

1/4/2018 M.   
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Takdam, mukim Telok kapur, daerah Yaring,wilayah Pattani. Serta Menahan seorang pemuda Melayu .  

3/4/2018 M.   
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung Pondok Prasan Wittaya (Pondok Pohon setar) daerah Yarang, wilayah Pattani.Merampas beberapa dikumen sekolah, geran tanah, serta wang sebanyak 1,227,980 Kup.   

4/4/2018 M.  
-Tembak mati seorang penolong ketua polis berpangkat Lt.Col. yang bertugas di Balai polis Sako, daerah Sungai padi, wilayah Menara. Peristiwa berlaku di kediamannya di kampung Serdang, mukim Sako, daerah Sungai Padi, wilayah Menara.   

5/4/2018 M.  
-Tembak mati relawan tentera (Melayu) di kampung Tebing tinggi, mukim Lubok jerai, daerah Mayor, wilayah Pattani.  
-Membakar khianat kamera cctv di kampung Din samue, mukim Telok kaitong, daerah Maiken, wilayah Pattani.  
-Memebakar khianat kedai peralatan dapur Por pattana dalam pasar Talad mai, pekan Jala.  
-Tembak mati rakyat awam Melayu di kampung Baloi, daerah Yaring, wilayah Patani.  
-Tembak 2 orang pemuda Melayu di kampung Banggol, mukim Lalok, daerah Resak, wilayah Menara.Seorang mati dan seorang lagi cedera parah. Motif kejadian masih disiasat polis.  

6/4/2018 M.  
-Polis menahan 3 orang pegawai tentera Siam dan 3 orang rakyat awam bersama ubat batok  sebanyak 3,400 botol untuk mengedar kepada pemuda di Patani.   
-Seramai 16 orang Banduan meloloskan diri dari penjara sementara Kok jamu,  mukim Perawan, daerah Takbai, wilayah Menara.  

8/4/2018 M.  
-Polis menahan seorang pemuda dikenali saudara Mubin banyak kaseh di kediaman isterinya kampung Belukar, mukim Lammai, daerah Muang, wilayah Jala. Disyakki merancang dalam serangan bom dalam pekan Jala.  
-Serangan dengan tembakan keatas 3 buah pos kawalan tentera laut dalam kawasan daerah Bacok, wilayah Menara. 
Antaranya:   
1) Pos kawalan kampung Satae, mukim Bacok.  
2) Pos kawalan kampung Eyok, mukim Berih atas.  
3) Pos kawalan kampung Batu, mukim Belukar samak. Ketiga-tiga serangan tidak ada laporan cedera parah.  

9/4/2018 M.  
-Tembak mati timbalan Tok penghulu berusia  39 tahun di kampung Kerasak, mukim Saga, daerah Mayor, wilayah Pattani.  
-Tembak masuk kedalam rumah rakyat awam di kampung Selor bukit jerai, mukim Resak ok, daerah Resak, wilayah Menara.   
-Serangan 3 butir bom motorsikal secara serentak keatas pusat maksiat dalam pekan Sungai golok, wilayah Menara. mencederakan sekurang-kurang 13 orang awam. 
antaranya:   
1) jam 17.55 hadapan kedai hiburan karaoke “Nino Karaoke” yang terletak di jalan Prachaviwat lorong 4.  
2) jam 17.57 hadapan restoran Pichet Masakan Panas yang terletak di jalan Prachaviwat lorong 3.(Lorong Pelacor)  
3) jam 17.59 belakang Hotel Plaza Sungai Golok.   
-Serangan bom keatas kereta seorang relawan tentera di kampung Nat tanjung, mukim Tanjung dala, daerah Yaring. Wilayah Pattani. Mangsa cedera parah (terputus kaki) dan kereta peribadinya remak.   

10/4/2018 M.  
- Berlaku pertemporan Antara pejuang Patani dengan pegawai polis di jalan kampung Cabang empat raweng, mukim Raweng , daerah Yarang. Wilayah Pattani. Menyebabkan 2 orang pejuang kurban Syahid dikenali 
1) saudara Sabri Chekhak, 35 tahun berasal kampung Nasa, Mayor, Pattani. mempunyai 18 waran tangkap. 
2) saudara Yusuf Cheklong,32 tahun berasal kampung Bongor, Menara mempunyai 2 waran tangkap.
Dan pegawai polis cedera 3 orang. Bersama ini polis merampas 2 laras pistol jenis .9 mm dan sebutir bom jenoi M. 67 dari mangsa.  
-Berlaku serangan keatas pos kawalan Caopraya di kampung Bendang jamung (Plaina), mukim Resak ook,daerah Resak, wilayah Menara. menyebabakan seorang renjer cerera parah.  

11/4/2018 M.  
-Tentera Siam mengesan lubang persiapan mengisi bahan letupan bom di kampung Air keroh, mukim/daerah Canek, wilayah Menara.  

13/4/2018 M.  
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu di kampung Nasa, mukim Lubok Jerai, daerah Mayor, wilayah Pattani.
Memeriksa setiap buah rumah rakyat awam dan 2 buah pondok yaitu pondok Darun Muslim Wittaya dan Pondok Yua Muslim Witaya, Serta melakukan pemeriksaan DNA keatas warga sipil seramai 65 orang. Dalam 65 orang, yang di syaki oleh tentera Thailand seramai 6 orang sebagai perlaku konflik Patani.   
-Serangan bom keatas rondaan V-150 dan polis Resak di kampung Jalebok, mukim/ daerah Resak, wilayah Menara. Tidak ada laporan cedera parah.  
-Tembak mati keatas seorang rakyat awam, menyebabkan mangsa maut ditempat kejadian dikampung Tebak, Daerah Saiburi, Wilayah Patani.  

14/4/2018 M.  
-Tembak mati seorang rakyat awam warga Melayu di kampung Canek, mukim/daerah Canek, wilayah Menara.   

16/4/2018 M.  
-Berlaku serangan tembakan keatas kereta relawan tentera Muhammad Rowi cekdeng berusia 42 tahun berasal kampung Kuan Lame, mukim Anak bukit, daerah Kokpor, wilayah Pattani. menyebabkanrakannya dan seorang rakyat awam mati titempat kejadian. walaubagaimanapun belui terselamat dari serangan kali ini.  

18/4/2018 M.  
-Renjer sejumlah 70 orang menjalankan operasi rondaan bukit Tuwe, mengesan sebuah kem kecil pihak pejuang Patani diatas bukit Tuwe, kawasan kampung Dohet, mukim Riko, daerah Sungai Padi, wilayah Menara. Laporan dari pihak tentera Thailand mengatakan, operasi kali ini berjaya menemukan beberapa kelengkapan para perjuang Patani.  
-Tembak rakyat awam berusia 37 tahun di kampung Kunyit, mukim Lalok, daerah Resak, wilayah Menara. mangsa cedera parah.  

19/4/2018 M.   
-Serangan tembakan keatas pos kawalan keselamatan kampung Kerisek, mukim Tanjung Lulok, daerah Muang, wilayah Pattani. Tidak ada laporan cedera parah.   
-Tembak mati seorang rakyat awam berusia 23 tahun di kampung Kawat, daerah Sungai padi, wilayah Menara. 
   
-Tembak 2 orang relawan tentera serta merampas
pistol 2 laras jenis .9 mm dan .22 mm serta motorsikal milik peribadinya di kampung Cerang tanjung, mukim kelongmaning,daerah Muang, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah.   

21/4/2018 M.  
-Tentera Siam menahan seorang pemuda melayu di kampung Belukar hilir, mukim Riang, daerah Resak, wilayah Menara.  

23/4/2018 M.  
-Berlaku Tembakan keatas 2 orang rakyat awam dikampung Gading, mukim Kelisa, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Seorang Mangsa mati ditempat kejadian dan rakannya cedera parah.  
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Batu Mas, mukim Maewad,dawrah Tantor, wilayah Jala. Menahan seorang pemuda Melayu.  

24/4/2018 M.  
-Polis jumpa mayat pemuda Melayu berusia 26 tahun dibunuh dijambatan kampung Lutong, mukim/daerah Maelan, wilayah Pattani.   
-Seorang rakyat awam berumur 40 tahun ditembak di kampung Kedi, mukim Barahom. Daerah Muang, wilayah Pattani. Mangsa cedera parah.   

25/4/2018 M.  
- 2 orang ditembak mati dihadapan sekolah tadika kampung Kubang Keroh, mukim Cakuah, daerah Raman, wilayah Jala. Seorang mangsa adalah timbalan Tok Penghulu kampung dan rakannya seorang warga tempatan.   

26/4/2018 M.  
-Tembak mati seorang rakyat awam Melayu di kampung Lape, mukim Bongor, daerah Canek, wilayah Menara.  

27/4/2018 M. 
-Tentera Siam lebih dari 200 orang menjalankan operasi mengepung dan memeriksa Pondok Ma’had Islami (Pondok Membala) mukim Membala, daerah Raman, wilayah Jala. Dalam operasi ini mereka merampas beberapa dukumen sekolah, dilaporkan juga bahawa beberapa alat pengajian dan barangan pondok musnah serta hilang di khianat.  

28/4/2018 M.  
-Persatuan Pembibasan Patani Bersatu (PULO) mengeluarkan pengumuman penyatuan Antara PULO-MKP dengan PULO-DSPP digabungkan dibawah Majlis Kepimpinan Pertubuhan (MKP) yang dipimpin oleh saudar Lukman bin Lima sebagai Chairman PULO dan saudara Kasturi Mahkota sebagai Presiden PULO.  

29/4/2018 M.  
-Tembak mati seorang pemuda Melayu berumur 21 tahun dikampung Pondok, mukim Katong, daerah Jaha, wilayah Jala.  
-Sekumpulan pejuang menyerang tembakan keatas Pos kawalan unit pengawal mukim (cor.kor.tor) mukim Kerong pinang, daerah Kerong Pinang, wilayah Jala. Tidak ada laporan cedera parah.   

30/4/2018 m  
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukum mati, penjara seumur hidup dan penjara 39 tahun terhadap 10 orang pejuang Patani dalam kes serangan bom di Pasar Torung Pattani,  
Antara mereka  adalah :  
Hukuman mati : 1) Nik Raning Nik Dir 2) Ibrahim Yusof 3)Amri Liyoh 4)Santi Cantrakul 5)Ayub Pakli dan 6)Ismail Tuyung.  
Penjara seumur hidup ter hadap 1)Ruslan Wae Haji 2) Hakim Saleh dan 3) Abdullah Haji Umar, dan hukum penjara 39 tahun terhadap Hamid Cekma.


KESIMPULAN   Bulan 4/2018 M. 

Peristiwa pergolokan berlaku  32 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 12 kes, Jala 4  kes, Menara 16 kes tidak berlaku dalam wilayah Senggora.   
Berlaku serangan bom kesemua 6 butir (3 butir daripadanya serangan bom motorsikal) kesemuanya dalam wilayah Menara.    
Tembakan dan pertemporan berlaku 24 kali: Masing-masing di Pattani 11  kali, Jala 3 kali, Menara 10 kali.tidak berlaku dalam wilayah Senggora.berlaku sabotaj khianat 2 tempat masing-masing di Jala dan Pattani.   
Angkatan bersenjata Siam mati 2 orang dan cedera parah 7 orang, Rakyat awam mati 12 orang (kesemua adalah warga Melayu). 
Rakyat awam cedera 16 orang ( warhga Melayu 3 orang dan warga Siam 13 orang).  Pegawai kerajaan mati 2 orang.dan tidak ada kedederaan. 
Pejuang Kurban Syahid 2 orang  dan puluhan ditahan oleh pegawai keamanan Siam. Dalam bulan ini masih lagi berlaku pencerobohan, pengepungan dan memeriksa Pondok-pondok secara besaran yaitu 3 buah pondok dalam wilayah Pattani dan sebuah Pondok dalam wilayah Jala.

No comments:

Post a Comment