Semenjak Islam masuk ke Patani, sistem pendidikan Islam
“Pondok” ditubuhkan untuk mendidik memberi fokus kepada pengajian Islam, dengan
menekankan asas-asas ibadah (fardu ain) ilmu Fiqh, Usulluddin, Tasawuf dan
sebagainya. Pondok merupakan pusat pendidikan dan institusi yang dihormati
masyarakat Patani.
Tetapi apabila berlaku krisis di Patani, pihak berkuasa Siam
mula mewajibkan pengusaha sekolah pondok mengambil permit untuk mendirikan
sekolah berkenaan. Ini bertujuan memantau perkembangan sekolah pondok, selain
mengawalnya daripada disalahgunakan oleh pihak-pihak berkepentingan.
Masyarakat
Melayu Patani mulai menghantar anak-anak mereka untuk mengenal Islam seawal
usia 3 tahun dengan memasuki “Sekolah Tadika” (Taman didikan kanak-kanak) atau
dikenali juga dengan “Sekolah Melayu” diambil anak pelajarnya seawal 3 tahun
hingga 12 tahun (lulus sekolah formal) masa belajarnya pada sebelah petang
setelah tamat sekolah formal atau sesetengah sekolah mengambil pada hari cuti
sabtu-ahad.
Kemudian mereka memasuki pula ke “Madrasah Diniah” atau “Sekolah
agama rakyat swasta” Madrasah diniah atau sekolah agama rakyat diterima dari
pelajar lulus formal Melalui sistem pengajian ini, pembelajarannya merangkumi
dua bidang iaitu agama dan akademik.
Pelajaran agama diajar pada sebelah pagi,
manakala pelajaran akademik di sebelah petang.
Pelajaran agama ialah untuk
murid tahun 1 hingga 10 (Ibda’i-Thanawi). Pelajaran akademik pula untuk
tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Ada juga yang menghantar terus ke sistem pondok
tua (pesantren) diamalkan tidak ada had usia bagi mereka yang ingin belajar
tanpa mengira latar belakang mereka.
Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila
masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat. Akhirnya mereka
menyambung kepringkat pengajian tinggi di timur tengah dan rantau asia, atau
menyambung ke Jamiah Islam/Maktab perguruan tinggi agama Islam tempatan seperti
Jamiah Islam Syekh Daud al- Fathoni (JISDA) Jala, Pengajian tinggi Islam Darul
Maarif (PETIDAM) Pattani, Kolej Islam Antara Bangsa Pombing (KIAP)
Pattani, Universiti Fatoni, Serong,
Pattani. dan sebagainya.
Statistik institusi pendidkan Islam di Patani masa kini:
Sekolah Tadika sebanyak 2,230 buah, dengan jumlah guru 12,020 orang dan jumlah
pelajar 220,547 orang.
Madrasah Diniah pula sebanyak 360 buah dengan tenaga
pengajar (ustaz) 15,380 orang dan jumlah pelajarnya 238,213 orang.
Adapun
Pondok pesantern berjumlah 427 buah dengan jumlah tuanguru (Baba) 1,519 orang
dan jumlah santri (Tok Fakir) 42,995 orang.
Institusi Islam ini Berjaya mendidk
anak watan menjadi insan soleh, pemimpin
agama, Tokoh Masyarakat, Pendakwah agama, Muslim sejati peneruskan agama,
mengembangkan Bahasa dan budaya tempatan, menyibar Bahasa Al-Quran dan Bahasa
Melayu.
Semenjak berlakunya konflik
Patani, sistem pendidikan Islam tersebut dipantau oleh kerajaan penjajah Siam,
Mereka mendakwa bahawa sistem sekolah Pondok Islam digunakan untuk menyebarkan
keganasan dan menyebabkan Krisis Selatan Thailand berpanjangan.
Sekolah pondok dengan mudah dituduh
“merekrut militan di selatan Thai, atau sekolah pondok membiakkan pemberontak
memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan
melatih remaja Islam.
Sehingga berlakunya penangkapan, disenarai hitam dan
mengeluarkan waran tangkap terhadap guru,ustaz-ustaz dan Tuan guru (Baba)
seperti pernah berlaku terhadap para ustaz Pondok Haji Harun, Jala. Pondok
Becah Airong, Menara. Pondok Becah Palas, Jala. Pondok Membala, Jala. Pondok
Pombing, Pattani. Dan sebagainya.
Ada juga sekolah pondok diarah tutup dan dirampas
tanah tapak Pondok seperti Pondok Jihad Wittaya, Pattani. Pondok Islam Burpa,
Bukit Tanjung, Menara. Hingga
detik-detik akhir ini pihak penguasa Siam masih lagi menjalankan polisi jahat
itu dengan menghantar guru-guru Siam dibekalkan oleh kementerian pelajaran
Thailand, mengundang keraguan sebagai mata gelap dan mengitai ngitai.
Menghantar renjer, tentera menjalankan operasi menceroboh, mengepung,
memeriksa, menahan pelajar dan guru, menyiasat, merampas wang sekolah, dukumen
sekolah, garan tanah tapak pondokdan lain pencerobohan seperti berlaku pada
Pondok Salafi,Kuwing Merah, Pattani. Pondok Bakong wittaya, Nongcik,
Pattani.Pondok Yua Islam ittaya dan Pondok darun Muslim wittaya Nasa,Pattani.
Pondok Pohon Setar, Yarang, Pattani dan Pondok Membala, Raman,Jala, baru-bari
ini.
No comments:
Post a Comment