Monday, 7 May 2018

DAERAH CANEK WILAYAH MENARA


Canek dahulu    

Pada zaman Patani dibawah 7 negeri kecil Daerah Canek terkenal  dengan kampung “Dusun Nya” dibawah jajahan negeri Legih (Tanjung Mas), kampung Dusun Nya meliputi Sukirin, Bongor, Berlong (dalam negeri Perak, Malaysia sekarang).    

Diceritakan bahawa Raja legih sangat gemar memburu binatang dan mengembara hutan, pada suatu hari beginda tertarik dengan suatu kawasan tanah yang sangat subur, maka diarah sepaya rakyat jelata menebas hutan tersebut
dan dibiarkan pokok-pokok buahan hutan seperti rambutan hutan (pulasan), duku, Gupor, kelapa hutan, dokong, Mungge(tampui) kelubi, ranbai, salak hutan dan sebagainya, Juga diarah sepaya menanam pokok–pokok, terutama pokok kelapa wangi,  maka disinilah terkenal dengan nama “Dusun Nya”. bermaksud Dusun milik Raja, (“Nya” adalah kata ganti nama diri ketiga bagi Raja-raja Patani). 

selain itu beginda juga sangat gemar memakan ikan Kelah dan ikan Tengah yang hidup secara meliar dalam air sungai kecil (carak) yang mengalir dari kaki bukit kawasan ini. 

Beginda juga pernah menemu sekumpulan gajah putih dalam mukim Chang Puak (Gajah Putih) sekarang, anak gajah putih ini ditangkap oleh encik Majid Maknuh kemudian diserah kepada Pejabat Istana Raja Bangkok pada 23 Ogos 1978 M. dan diserah  kepada Raja Bhumibol (Rama IX) sebagai gajah  suci dan sebagai simbol kekuasaan kerajaan.     

pada tahun 1806 Raja Legih memberi mandat kepada Encik Daud Merah sebagai penghulu dan penglima mengawal kampung sekitar Dusun Nya yang meliputi kampung Dusun Nya, Canek, Mamong, Kumung, Repah, Kajang, dan Mek Sae, Dusun Nya pada masa itu adalah pusat perniagaan dirantau ini dengan pengangkutan darat dan air, pedagangnya dari orang Cina. 

Barang dagangannya adalah emas, gading gajah, kayu balak, rempah-rempah, hasil hutan dan hasil laut.    

Perkataan Canek (Siam: Ca’nae’) diambil dari Candik atau Keladi Candik, nama saintifiknya Alocasia denudata enggler; 

Keladi candik atau keladi merbah mendapat namanya kerana buahnya yang berwarna merah menjadi kegemaran burung merbah, Buahnya bergugus dan berwarna merah kekuningan apabila masak. sama seperti buah lekir, Buahnya beracun. Kegunananya untuk merawat luka luaran


Daerah Canek sebelum tahun 1983 M. adalah sebuah mukim dalam jajahan daerah Tanjung Mas kemudian dinaik taraf menjadi Cabang daerah (King Ampoe) diberi nama dengan “Cabang Daerah Canek ” dengan pusat pemerintahannya terletak disini hingga menjadi daerah sepenuhnya pada tahun 1987 M.    

Perang Dusun Nya     

Dalam daerah ini tercatat sejarah yang takan lupa oleh masyarakat Patani yaitu peristiwa “Perang Dusun Nya”, atau “Dusun Nya bangkit” yang mana berlaku pada 25-28 April 1948 M. 

Peristiwa berlaku apabila rakyat awam Melayu Patani menentang Polisi Siam hingga berlaku pertempuran Antara aparat polis Siam dengan rakyat awam, Peristiwa ini mengorbankan rakyat awam seramai 400 orang dan aparat polis seramai 30 orang.

Canek sekarang: 

Adalah salah satu daerah dari 13 daerah /jajahan wilayah Menara (Narathiwat). Daerah ini terletak di sebelah barat daya wilayah Menara, lokasinya kebayakan tanah tinggi, bukit bukau dan gunung ganang.      

Sebelah utara bersempadan dengan daerah Seri Saga dan daerah Tanjung mas, wilayah Menara, sebelah timur bersempadan dengan daerah Tanjungh Mas dan daerah Sukirin, sebelah selatan bersempadan dengan negeri Kelantan, Malaysia, dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Betong dan daerah Tantor, wilayah Jala. Mempunyai keluasan seluas 607.2 Km2/, Meliputi 4 mukim dan 31 kampung. Mentadbir dengan Majlis Pentadbiran Mukim (Or.Bor.Tor).     

Demografi

Jumlah penduduk daerah Canek, statistik dari jabatan statistik Negara tahun 2017 M.  lebih kurang 38,342 jiwa,. Kebanyakannya kelurga pertanian.      

Ekonomi dan Kekayaan alam: 

Oleh kerana lokasinya berbukit bukau maka rakyat jelata kebanyakan pertanian, Hasil buahan seperti dokong, rambutan, manggis, dan berkebun seperti getah, kelapa, kelapa sawit, petai dan lain-lain     

Kawasan Pentadbiran: 

Daerah Canek mempunyai 4 Mukim dengan 31 buah kampung, antara nama kampung dalam daerah ini ialah    
1) Mukim Canek 10 buah kampung: 1.kg.Ya-ho 2.kg.Canek 3.kg.Bendang Kajang 4.kg.Pari 5.kg.Sako 6.Kg. Air Keros 7. Kg.Bukit Bala(Teka) 8. Kg.Bertam (Betae) 9. Kg.Air mesir 10.Kg.Yaro.   
2) Mukim Dusun Nya 8 buah kampung: 1.kg.Dusun Nya 2.kg.Mekse 3.kg.Sege (Segam) 4.kg.Repah 5.kg.Kayae 6.Kg.Katak 7.Kg.Namhoom 8.Kg. Samau.    
3) Mukim Padung Mat 5 buah kampung: 1.kg.Air Cek 2.Kg.Becah 3.kg.Ringae (Ringan)  4.kg.Mok Takok 5.kg.Lubok.     
4) Mukim Chang Puak 5 buah kampung: 1.kg.Air Pradah 2.kg.Kumung 3.kg.Air serih  4.kg.Air Bertae 5.Kg.Air So.     

Agama dan Kebudayaan: 

Majoriti Rakyat jelata terdiri dari kaum Melayu Islam, sebilangan kecil sahaja dari kaum Siam Budha.     

Mempunyai masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Menara sebanyak 38 Buah (tidak termasuk Surau kecil, Balasah), tidak ada Wad (Candi Budha) dalam daerah ini.      

Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 18 buah, Sekolah menengah kebangsaan 4 buah, Sekolah pondok 2 buah, sekolah Melayu (Tadika) 55 Buah.

No comments:

Post a Comment