(1) Orang-orang Melayu yang menetap di bumi Patani (300-500
SM.) mendirikan negara Langkasuka (abad 1-15M.) dibawah kerajaan Langkasuka
(abad 1), kerajaan Seri Wijaya (abad 7M.), kerajaan Melayu ٍSeri Wangsa (abad 13M.) dan meneruskan kehidupan
berbangsa dan bernegara dengan melanjutkan pembentukan Negara Patani Darussalam
(abad 15-18M.) dibawah dinasti Patani (15M.), dinasti Kelantan I (abad 17M.)
dan dinasti Kelantan II (abad 18M.)
Sunday, 14 July 2019
HAKIKAT PERJUANGAN BANGSA MELAYU PATANI
Umat Islam Melayu Patani bukan sejenis manusia yang selalu
ingin bergaduh, bukan juga suka menindas dan menjajah suku bangsa yang lain,
mereka cukup peramah selalu menjunjung tinggi dan menghormati hak-hak kedudukan
bangsa lain, hak kemanusiaan.
Patutlah Ulama silam menggelarkan dengan gelaran
bangsa Melayu ini (al-mala-u) artinnya bangsa yang tertinggi. bangsa yang lemah
lembut. Semenjak kejatuhan 1785 M.
Patani berkali-kali berusaha secara
diplomatik dengan pihak penjajah Thai. untuk mencari penyelesaian secara damai
di meja rundingan, namun selalu menemui kegagalan.
PATANI SELAYAKNYA MERDEKA
Patani adalah sebuah negara yang pernah berdaulat sebagai
negeri serambi Mekah, masa jayanya terkenal dengan pusat ilmu pengetahuan dan
pusat perdagangan di Asia Tenggara, namun pada tahun 1785m, di bawah
pemerintahan Raja Rama I, Siam menyerang dan Berjaya menakluki Patani,
Kelantan, Kedah dan Terengganu menjadi wilayah yang tunduk kepada Siam
(tributary states) dan menghantarkan bunga emas ke Siam.
Pada tahun 1789-1791m,
terjadi pemberontakan berkali-kali di Patani. Dan Patani dipecahkan kepada
tujuh wilayah: Pattani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Reman dan
Rangea untuk melemahkan orang-orang Melayu, dengan menggunakan policy devide
and ruled.
BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JUN (6/2019 M.)
1/6/2019M.
-Sebutir bom meletup menyasarkan pos kawalan
polis berhampiran Bank Krungtai cawangan Bendang Setar, daerah Bendang Setar,
wilayah Jala. Menyebabkan seorang pemuda Melayu berusia 17 tahun cedera ringan
akibat terkena serpihan bom. Adapun pihak polis dilaporkan terselamat.
-
Berlaku tembakan keatas seorang laki-laki yang bernama Yusuf Saktae usia 60
tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan
kampung Toktitir, mukim Baloi, Daerah Yaring, Wilayah Pattani. Laporan dari
masyarakat tempatan mengatakan, Yusuf Saktae salah seorang yang bekerja sebagai
prinsikan sukarelawan keamanan upahan 4,500 kup.
Wednesday, 12 June 2019
RUMAH PENDUDUK MENJADI ABU
Tempat kediaman merupakan suatu kebutuhan primer yang
diimpi-impikan bagi setiap penduduk masyarakat, untuk mendapatkan sebuah tempat
kediaman, bagi orang seseorang bukan suatu perkara yang mudah, kadang-kadang
ada mereka sampai seumur hidup tidak dapat walaupun sebuah gubuk.
Bahkan di
Bangkok sendiripun masih ada banyak warganya yang berteduh di bawah jembatan.
Dialek Patani (3)
Bersambung dari edisi yang lepas terdapat
istilah/Perkataan subdialek Patani dan Kelantan yang tidak dapat dalam Bahasa
Melayu standart, sukar dipahami oleh mereka yang menetap diluar kawasan ini,
antara lain contohnya:
(H) ho (ya lah),
hunga (berlari), hinyak (tendang),
(I)
iga’ (tangkap), ingat (rindu)
(J) jamah (pengang), jebat (bau badan), jebeng
(berjambang), jebol (botol kaca), jelak (tamak), jerus (siram), jo-ong (mendung),
jjabe (beg plastic), jemore (lantai basah), jenera (lena), jerkoh (sergah),
jughuh (baik/sopan).
SERUAN JIHAD (5) Teruskan Jihad di Bulan Syawal
1) Sempena Bulan Ramadhan Karim dan Aidil Fitri 1440H
seluruh staf pengurus dan petugas risalah SUARA RAKYAT PATANI (SURAT) “Aspirasi rakyat tertindas”
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri, mohon maaf lahir batin.
minal aaidin wal faaizin, wakul aam wa antum bikhair. melalui Aidil fitri tahun ini, marilah kita rakyat Patani dan pejuang-pejuang Patani, kita tingkatkan segala daya upaya dalam memperkukuhkan persatuan dan kesatuan dengan melaksanakan tugas kewajiban dan tanggungjawab kita meneruskan perjuangan kita menuju cita-cita kemerdekaan bangsa dan Negara kita Patani Darussalam yang tercinta.
minal aaidin wal faaizin, wakul aam wa antum bikhair. melalui Aidil fitri tahun ini, marilah kita rakyat Patani dan pejuang-pejuang Patani, kita tingkatkan segala daya upaya dalam memperkukuhkan persatuan dan kesatuan dengan melaksanakan tugas kewajiban dan tanggungjawab kita meneruskan perjuangan kita menuju cita-cita kemerdekaan bangsa dan Negara kita Patani Darussalam yang tercinta.
HARUSKAH RAKYAT PATANI DISIKSA
Sudah menjadi lumrah
bagi umat manusia, sering mencari dan mengejar kekuasaan, tak pernah
mencukupi, di darat, laut dan ruang udara sekalipun, menjadi medan pertarungan
demi merebut kekuasaan, disitulah
berlakunya penindasan demi
penindasan, bangsa yang kuat menindas
terhadap bangsa yang lemah sampai
tak mengenal batas-batas kemanusiaan,
walaupun telah wujud pertubuhan
demi pertubuhan berapa banyak lahir NGO-NGO, baik diperingkat daerah, wilayah,
Nasioanal dan Internasional, dalam rangka mengawasi dan mengamankan alam jagak ini, dan ia sebagai
garis pandu dan sebagai wasit untuk melerai keadaan satu-satu konflik, supaya
dapat mengawal sifat dan perilaku
manusia, bangsa seandainya terjadi hal-hal yang boleh merugikan harta benda dan
nyawa manusia, dari kedua-dua belah pihak.
SIFAT PERJUANGAN DAN PERGERAKAN KEMERDEKAAN PATANI
![]() |
Sebuah ilustrasi menunjukan peperangan zaman silam
antara Tentera penjajah Siam dan umat Melayu Patani.
|
Perjuangan dan kebangkitan
rakyat Patani dari masa ke semasa. Semenjak kejatuahan 1785, sehingga kepada
sesi penjajahan secara rasmi pada 1909. Sampai ke saat ini.
Rakyat Patani
berusaha bangkit melawan penjajahan Siam, melalui berbagai cara, dan bentuk.
Mereka terdiri dari para ulama (kiyai), cendikiawan, pemimpin kampung dan desa,
terusnya kepada rakyat biasa lelaki dan perempuan.
BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN MEI (5/2019 M.)
1/5/2019M
-Mahkamah wiklayah Pattani menjatuhkan hukuman
penjara 12 tahun keatas seorang pejuang kemerdekaan Patani dikenali saudara
Mahamad Cekleh dan dibebaskan saudara KuHamadkoyi Samael kerana tidak ada bukti
kesalahan dalam kes serangan bom pada 10/1/2018M.
- Serangan bom seberat 10 kg.
keatas rondaan ranjer unit 4207 daerah Penarek, menyebabkan seorang ranjer maut
ditempat kejadian berlaku di kampung Rawa, mukim Don, daerah Penarek, wilayah
Pattani.
Subscribe to:
Posts (Atom)









