Monday, 8 April 2019

PERUBAHAN POLITIK THAI APAKAH LAHIR FENOMINA BARU DALAM RUNDINGAN


Budaya bangsa ialah cerminan suatu golongan kehidupan manusia, yang menepati sebuah wilayah ataupun geografi bumi tertentu. 

Sejarah budaya dan identiti kebangsaan menjadi akar dan landasan kehidupan, sesuai dengan petunjuk agama dan moral kebangsaan. 

Identiti kebangsaan menjadi jati diri, sesungguhnya dalam proses integrasi kehidupan berbangsa dan bernegara. Kebangsaan “Melayu” bukanlah piliahan seseorang yang lahir ke dunia ini. 

Tetapi, telah melekat semenjak ia dilahirkan di tempat, daerah, wilayah, dan negara. Semua proses ini berjalan sebagai lumrah kehidupan manusia. 

Bermula daripada kedua ibu dan bapa, yang berlanjut kepada anak dan cucu, sebagai turunan dan salasilah keluarga. Berkembang dan menyebar kemana-mana secara alami, ke tempat, daerah, wilayah ataupun negara yang berbeza-beza. 

Namun mereka masih dalam satu turunan darah, pekat dengan rasa cinta kepada negara asal nenek moyangnya. Rasa kebangsaan itu selalu memanggil-manggil di lubuk hati nuraninya. 

Bahawa “Aku Bangsa Patani”, “Aku Keturunan Patani” dan “Kebangsaan Aku Melayu”. Perjuangan bangsa Patani merupakan tanggungjawab bagi setiap individu-individu berketurunan kebangsaan Patani. 

Perjuangan yang jelas dasarnya, politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama : 

1. Politik : Wilayah kedaulatan, geografi, demografi, kepemimpinan dan kerakyatan. 
2. Sosial : Kehidupan dalam tatanan sosial yang adil, aman dan damai dengan komuniti yang majmuk dan bermartabat. 
3. Budaya : Berbudi pekerti yang luhur sesuai dengan tuntunan agama masing-masing, berdaya guna dalam kemahiran dan kepakaran dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemajuan dan kebenaran. 
4. Ekonomi : Ekonomi yang adil, merata dan dapat dinikmati bagi seluruh rakyat, sesui gengan hak dan keperluan hidup, baik di darat ataupun di laut.  
5. Agama : Kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan kebebasan kepada agama masing-masing untuk beramal. 

Oleh yang demikian, rasa cinta kepada bangsa dan tanah air perlu kepada dasar yang benar. Anak-anak bangsa Patani perlu disadarkan oleh orang tuanya. 

Bahawa rasa cinta dan jiwa patriotisma kebangsaan itu jelas. Iaitu, cinta kepada bangsa Melayu sebagai jati diri dan identiti yang sesungguhnya. 

Bukan kebangsaan Thai atau Siam, yang sudah sekian lama menjajah dan menzalimi bangsa Patani. Sebaik apapun, tipu daya musuh Siam kepada bangsa Patani, tidak selamanya akan berjaya. 

Kerana darah merah pejuang kemerdekaan Patani akan selalu mengalir dan menjadi saksi atas kebenaran, keadilan dan kemanusiaan. 

Bangsa Patani berhak memimpin wilayah dan negaranya sendiri, menjadi negara yang berdaulat dan bermartabat seperti sebelum dijajah. Berkedudukan sama derajat dengan bangsa-bangsa lain di dunia. 

Harkat dan martabat kemanusiaan bebas, berdaulat dalam bernegara. Alasan demikianlah, Bangsa Melayu Patani bangkit berjuang menentang system penjajah Siam. 

Menepati slogan piagam PBB dan pembukaan UUD 1945 Indonesia ”setiap bangsa berhak menentukan nasib bangsanya sendiri” dan “setiap penjajahan perlu dihapuskan di atas muka bumi, kerana penjajahan itu tidak sesuai dengan perikemanusiaan dan perikeadilan”.  

Bangsa Melayu Patani berjuang bukan memisahkan diri dengan Siam/Thailand, tetapi perjuangan untuk menuntut hak kembali dari Siam yang menjajah negara leluhurnya. 

Sudah berabad-abad Bangsa Patani berada dalam penderitaan dari kekejaman penjajah Siam/Thai, Rakyatnya dihimpit oleh ketakutan dan trauma, tapi rasa rindu dan keinginan yang mendalam dari lubuk hati, membuat Bangsa Melayu Patani bangkit berjuang.
  
Kebangkitan rakyat Patani pada kali ini, merupakan dimensi baru, dari berpuluhan kali dalam perjuangannya menentang penjajah Siam Thai. Tiupan ruh Jiahad yang berkekalan dan Revolusi tanpa menyerah, menimbulkan semangat perlawanan yang bergelora, maju terus pantang mundur. 

Darah syuhada telah membaja subur di bumi ibu pertewi, sebagai petanda bahawa fajar kemenangan menyingsing lagi. “In Sya-Allah Patani kembali ke pangkuan”.

No comments:

Post a Comment