Monday, 8 April 2019

NILAI SEBUAH PROSES DAMAI DI PATANI

Konflik di Patani merupakan konflik yang berkaitan dengan unsur sejarah dan hak pertuanan, yang melekat pada suku bangsa yang mendiami kawasan tersebut selama ini, juga dikenali sebagai Serambi Mekah. 

Hal ini tak dapat dibohongi dan diadopsi oleh mana-mana pihak, yang cuba mencari kepentingan yang tidak berasas daripada gejala sosial dan konflik itu sendiri. 

Baik sebagai fasilitator, mediator ataupun mereka yang berkepentingan lainnya, yang akan dilibatkan dalam proses damai ini. 

Kerajaan Thai yang mengamalkan sistem Absolutisme (iaitu sistem penguasaan tunggal), yang tidak mahu bertolak ansur dalam mencari solusi bersama dengan pejuang Patani. Unsur ini dapat dilihat daripada motif penyelesaian konflik di Patani yang tidak jelas cara menanganinya.    

Bertolak dari perundingan yang telah lepas. Baik perundingan atau dikenal sebagai proses Langkawi, proses Kuala Lumpur, proses Bogor dan sebagainya. Ia hanyalah sekadar pertunjukan di pentas, sebagai drama politik belaka. 

Untuk menarik perhatian dunia bahawa Thai selalu memberi peluang untuk penyelesaian konflik melalui rundingan.  Kerajaan Thai mengadakan satu perubahan terhadap Ketua Juru Runding. Iaitu, berpindah daripada Jenderal Aksara Khedpul kepada Jenderal Udumchai Tammasarorat. 

Dengan pelantikan Gen. Udumchai T. sebagai Ketua Juru Runding yang baru. Bagi para pengamat politik di rantau ini dan di seluruh dunia. Tidak akan banyak membawa perubahan apapun untuk menyelesaikan konflik. Malahan, ia lebih kepada Bangkok secara sepihak.

“Melihat kepada kedudukan geo-politik, baik geografi, rumpun bangsa, sosial budaya dan agama. Malaysia dan Indonesia memiliki kedudukan yang paling wajar dan penting. Untuk memainkan peranannya terhadap letak persoalan dan proses damai di Patani.”

Kerajaan Thai pernah dengan sengaja melalui pelan (rencana) tindakan yang dilakukan terhadap pejuang bangsa Patani, iaitu memaksa deligasi Pejuang menghadapi meja rundingan tanpa disaksi oleh mana-mana pihak. 

Manakala di Patani sendiri, mereka cuba memaksa para tokoh-tokoh agama dan tokoh masyarakat. Untuk bersama dengan deligasi Thai berangkat ke Kuala Lumpur untuk berpihak kepada (Road Map) yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan Thai. 

Untuk sekian kalinya, kerajaan Thai ingin mengadakan sesi rundingan damai dengan pihak pejuang Patani. Selalu ia membatasi konsep rundingan untuk berdialog iatu : Selalu berusaha agar rundingan menemui jalan buntu. 

Dengan menumbuhkan satu agenda sulitnya untuk menjadi pengacau (spoil), konsep ini, untuk memerangkap wakil delegasi pejuang bangsa Patani.  Satu hal lagi ialah mereka selalu menggunakan unsur paksaan dalam bersemuka, dengan melalui fasilitator atau mediator yang Thai sendiri melantiknya. 

Tanpa dipersetujui oleh keduadua belah pihak yang bertikai. Demikian juga, untuk bersemuka tanpa prasyarat yang disahkan.

No comments:

Post a Comment