Monday 8 April 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN MAC (3/2019 M.)


1/3/2019M.   
-Ustaz Matrobi Masing, guru agama tenaga pengajar di Sekolah Haji Harun, pekan Jala ditahan aparat pemerintahan Thailand dan dibawa menyelidiki di balai polis Serong kemudian di bawa ke Kem tentera Telaga Bakong, Pattani.   

-Berlaku kebakaran terhadap binaan simpanan dukumen kem ranjer 47 daerah Jaha, wilayah jala. Dalam kem ranjer kampung Lako, daerah Jaha, wilayah Jala.   

-Polis jumpa mayat seorang pemuda Melayu berusia 43 tahun dalam sungai Sg. Golok, di kampung Pasir mas, daerah Sungai golok, wilayah Menara.   

2/3/2019M.   
-Berlaku pertemporan Antara pejuang Patani dan aparat tentera Siam ketika mereka menjalani operasi mengepong kampung Melayu di kampung Air buloh, mukim Lalok, daerah Resok, wilayah Menara. Menyebabkan seorang pejuang gugur syahid dikenali Mohammad Bulat, 31 berasal kampung Uyi, mukim Lalok, daerah Resok, wilayah Menara. Bersama ini pihak tentera Siam merampas selaras senapang jenis M.16 A2 dari mangsa.   

-Seorang polis berpanghkat Pol.l/c berusia 25 tahun membunuh diri ketika menjalankan tugas mengawal pintu ibu pejabat polis wilayah Jala, dijalan Sukayang, kota Jala. Motif pembunuhan akibat stress dari ketegangan konflik Patani.   

-Berlaku tembakan ke atas sebuah pik-up yang  dipandu oleh saudara Matbidi Damae, 48 di kampung Lubok kaji, mukim Belukar samak, daerah Bacok, wilayah Menara. Mangsa terselamat.   

3/3/2019M.   
-Berlaku semburan cat dan spray atas jalan raya perkataan “PATANI 110” dibeberapa kalawasan dalam wilayah Jala ataranya sebagai berikut : 
1)Daerah Muang jala 5 tempat, 
2) Daerah Raman 7, tempat 
3) Daerah Jaha 5 tempat, 
4) Daerah kabang 3 tempat, 
5) Daerah Krong pinang 4 tempat, 
6) Daerarh Bendang setar 6 tempat, 
7) daerah Tantor 5 tempat, dan 
8) Daerah Betong 2 tempat.   

4/3/2019M.   
-Encik Ismail Ciksamacik, 43 mantan relawan tentera daerah Kabang ditembak mati  di kampung Kadepe, mukim Kota Teras, Daerah Raman, wilayah Jala.    

5/3/2019M.   
-Berlaku kebakaran terhadap sebuah jentolak di kampung Gua nangar, mukim Huikrating (seladang), daerah Krong pinang, wilayah Jala.   

6/3/2019M.   
-Polis daerah Kapo menemui sebuah bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom disorok dalam tong dalam pasar basah kampung Banggol, mukim Kelubi, daerah Kapo, wilayah Pattani.   

-Serangan bom keatas rondaan ranjer unit 4215 ketika mengawal keselamatan guru sekolah kebangsaan di kampung Nabo, mukim Nabo, daerah Penarek, wilaya Pattani. 3 orang ranjer cedera parah dalam insiden ini.   

7/3/2019M.   
-Encik Doloh Diyoh, 66 tahun ditembak mati ketika minum kopi
dalam sebuah gerai dikampung La-ar, mukim Kedondong, daerah Teluban, wilayah
Pattani.   

-Polis daerah Weng, Menara melaporkan bahawa jumpa surat tabur mengisi “PATANI 110” beberapa puluh lembar di jalan kampung Belukar, daerah Weng, wilayah Menara.   

-Encik Matalim Poksu, 47 ditembak mati dikampung Prali, mukim Resok, daerah resok, wilayah Menara.   

-Berlaku semburan cat dan spray “PATANI 110” di beberapa kawasan dalam daerah Tiba, wilayah Senggora. Seperti berikut:  
1) Jalan raya kampung Rapa, mukim Lamplai  
2) Jalan raya kampung Lamplai tok, mukim Lamplai  
3) Dinding sekolah kebangsaan kampung Lamplai  
4) Jambatan kampung Kokjang, mukim  Tiba  
5) Papan tanda Masjid kampung Pako, mukim Tiba  
6) Jalan raya kampung Nakok, mukim Tiba  
7) Jambatan kampung Nakok, mukim Tiba  
8) Papan tanda Kuala Ta , mukim Pakbang  
9) Papan tanda kampung Boteo, mukim Bakbang   

8/3/2019M.   
-Sekumpulan lengkap dengan senjata menembak seorang warga berusia 34 tahun dalam kediamannya di kampung Peceng, mukim Sa-eb, daerah Krong Pinang, wilayah Jala. kemudian pelaku merampas pistol jenis .45 dari mangsa.    

9/3/2019M.   
-2 butir bom Meledak dalam wilayah Setul salah satunya dalam tong sampah di depan Ibu pejabat Polis wilayah Setul  dan satu lagi sebutir motor sikal bom dipasang pada tempat parkir motor dalam ibu pejabat polis wilayah Setul.   

-Tembak mati warga sipil berumur 50 tahun ketika mangsa sedang menyiram kebun timun di kampung Telok Mekna, mukim Telom Mekna, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani.   

10/3/2019M.   
-Berlaku letupan bom sebanyak 7 butir, dan 1 butir berjaya dimusnahkan dalam daerah Pakpayun, wilayah Pattalung.

Keterangan tempat kejadian:  
1. Kawasan kedai makan Dompradu, Daerah Pakpayun.  
2. Kawasan kedai runcit Dompratu, Daerah Pakpayun.  
3. Kawasan Mukim Dompratu, Daerah Pakpayun.  
4. Kawasan bandar yang berdekatan Balai polis Dompratu Daerah Pakpayun.  
5. Kawasan berdekatan sekolah kebangsaan Dompratu, Daerah Pakpayun.  
6. Kawasan kedai barang Mukim Dompratu, Daerah Pakpayun.  
7. Kawasan rel keretapi Mukim Dompratu, Daerah Pakpayun.   

11/3/2019M.   
-Tembak mati warga sipil Melayu berumur 49 tahun di kampung Telok Tokno, mukim Paku, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani.   

-Berlaku serangan bom ke atas kereta perisai REVA milik tentera darat Siam, bom diaktif dengan mengguna walkie talkie di kampung Sala, mukim Cuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Menyebabkan 2 orang tentera Siam cedera parah. Dan kereta perisai turut musnah. Setelah terjadi letupan bom, pihak tentera Siam menemukan beberapa kain rentang yang bertulis “110 TERGADAINYA BANGSA PATANI”.   

-Pihak EOD mengesan dan memadamkan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya berhampiran stesen petrol PTT kampung Telimuh, mukim Beserat, daerah Muang, wilayah Jala.   

-Pihak EOD mengesan dan memadamkan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Bakti, mukim Kautum, daerah Yarang , wilayah Pattani.   

-Pihak tentera Siam menemukan kain rentang yang bertulis “110 TERGADAINYA BANGSA PATANI” dan “PATANI 110” yang ditulis mengunakan cat, kejadian ini berlaku di kawasan Wilayah Patani. 

Keterangan tempat kejadian:  
1) Kawasan kampung Pombing, Daerah Panarek, Wilayah Pattani.   
2) Kawasan kampung Yukun, mukim Kerasak, Daerah Mayor Wilayah
Pattani.  
3) Kawasan simpang 4 nat tanjung, mukim Tanjung Dalo, Daerah Yaring, Wilayah Pattani.  
4) Kawasan kampung Belukar, daerah Mayor, Wilayah Pattani.  
5) Kawasan kampung Hutan Berangai, Mukim Telok Deraman, Wilayah Pattani.  
6) Kawasan kampung Telok Baruh, Mukim Plonghoi, daerah kapo, Wilayah Pattani.  
7) Kawasan kampung Kuala Kapas, Mukim Kelubi, daerah Kapo, Wilayah Patani   

-Pihak tentera Siam menemukan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya yang berdekatan sekolah rendah kebangsaan kampung Sawo, Daerah Resak, Wilayah Menara. Sebelum ini mererka menemukan rentang yang bertulis “110 TAHUN TERGADAINYA BANGSA PATANI” dengan mengunakan cat.  

- Pihak tentera Siam menemukan tulisan “PATANI 110”  yang ditulis mengunakan cat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya arah Kubur China - Pohon Jerai Daerah Muang Wilayah Yala. satu lokasi lagi di kawasan lalu lintas jalan raya Carak Pisang Klak Tempat 5 Mukim Tebing Tinggi, Daerah Bendang Setar, wilayah Jala.   

12/3/2019M.   
-Pihak tentera Siam menemukan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan hadapan penjara Wilayah Setul.   

-Pihak tentera Siam melakukan operasi dan menangkap seorang laki-laki yang bernama Usman Saleng usia 34 tahun, berasal kampung Kandang kerbau, mukim Wangpaya, Jala. kerana disyakki dalang dalam serangan bom di wilayah Setul, operasi ini dilakukan di kawasan lalu lintas jalan raya berdekatan sekolah Namdeng, mukim Namcupnoi, Daerah Kra’ buri, Wilayah Ranong.    

13/3/2019M.   
-Sekumpulan Pemuda lengkap dengan senjata api menyerang dan memasang bom kem kecil tentera Siam di kampung Simpangan(seri pangan), mukim Koksaton, daerah Takbai,
wilayah Menara. Menyebabakan Kem tersebut hangus terbakar dan beberapa buah kereta turut musnah. 2 orang tentera cedera parah dalam serangan kali ini.   

-Berlaku sabotaj melempar bom api dihadapan sebuah hotel dalam pekan Padang Besar, daerah Sadao, wilayah Sengora. Tidak ada laporan kecederaan.   

-Pihak polis Thailand melakukan operasi keatas sebuah rumah milik Ibrahim Hengtakeh usia 33 tahun, operasi ini dilakukan di kampung Bakti, mukim Khaotum, daerah Yarang, wilayah Pattani.   

-2 orang pemuda menyamar dengan memakai jilbab melempar bom paip ke dalam ibu pejabat balai polis daerah Jeringa, wilayah Menara. Tidak ada laporan kecederaan.   

14/3/2019M.   
-Berlaku letupan bom berhampiran pos kawalan keselaman tentera di kampung Sopo (Sompoi), mukim Gajah Mati, daerah Bacok, wilayah Menara. Seorang warga tua berusia 50 tahun mati akibat serpihan bom.   

-Masyarakat tempatan menemukan mayat seorang laki-laki yang bernama Muhammad Hafikeen Nilong usia 19 tahun, terhanyut dalam sungai kawasan kampung Mundok, daerah Sungai Golok, wilayah Menara.   

-Tentera Siam Melakukan Operasi mengepung kampung serta berlaku berbalas tembak dan Menangkap 3 Orang Warga Sipil Patani. operasi ini dilakukan di kawasan kampung Khai, mukim Puluk Puyo, daerah Nongcik, Wilayah Patani, 

Keterangan nama-nama mangsa :  
1. Ismael Awae, berasal Kg. Padang Langgar, daerah Nongcik, Pattani.  
2. Matsyukri Salaeh, berasal Kg, Khai, mukim Pulot Puyo, Daerah Nongcik, Wilayah Patani.  
3. Israfe Sidek, berasal Kg, Lipat sango, daerah Nongcik, wilayah Pattani.   

Dalam operasi ini, pihak tentera Thailand merampas satu laras senjata api jenis .38 MM dan peluru 20 das.   

-Encik Hamdan Waehaji, penolong Tok Penghulu Bhg. Keamanan kampung Percam, Pattani. Ditembak mati di kampung Ramong, mukim Pujud, daerah Muang, wilayah Pattani. 

15/3/2019M.
-Berlaku tembakan ke atas sebuah keretapi No.454 arah Sungai Golak - Yala, menyebabkan beberapa gerabak musnah, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Diyae (Durian),  Mukim Sawo, Daerah Resak, Wilayah Menara.   

-Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menemukan sesuatu yang di syaki sebagai bahan letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan belakang pejabat pentadbiran Mukim Dokrok, Daerah Nongcik, Wilayah Pattani.   

16/3/2019M.   
-Encik Zamhuri Saroheng, mantan Tok penghulu Bhg. Keamanan ditembak mati atas bukit kampung Tokcud, mukim Bidil daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani.   

-Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki yang bernama Amanat Ale usia 28 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Kosaton, daerah Takbai, wilayah Menara.   

17/3/2019M.   
-Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki yang bernama Urai Chuniam usia 55 tahun, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan kebun kg.Tung priang, mukim Prakob, Daerah Nathawi, Wilayah Senggora.   

18/3/2019M.   
-Mahkamah wilayah Menara menjatuhkan hukuman penjara terhadap pemuda Melayu dalam kes penembakan dan serangan bom dalam daerah Seri sakon pada 26 Desembar 2017 :  
1. Hukuman penjara 38 Tahun 18 bulan, ke atas Murttakim Cekba.  
2. Hukuman penjara 35 tahun 12 bulan ke atas Romli Benea  
3. Hukuman penjara 1 tahun 4 bulan, ke atas Mat ari Samae.   

19/3/2019M.
-Polis mukim Petai mengesan bom dan bahan letupan bom disorok dalam kebun getah dalam kampung Katok, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala. Beberapa jam kemudian mereka menahan 2 orang pemuda dari kampung tersebut .   

-Keluaga saudara Matsukri Salaeh, 36 tahun berasal kampung Padang Langgar, mukim Pulot puyo, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Melaporkan kepada persatuan pembela peguam Muslim wilayah Pattani dan Lembaga hak asasi manusia (HAM) kerana berlaku penganyianyaan dan penderaan sehingga Matsukri mengalami kecederaan parah ketika dalam tahanan dalam Kem tentera Telaga Bakong, Pattani. Walau bagaimanapun pihak tentera memberi alasan yang tak masuk akal bahawa Matsukri terjatuh dalam tandas.   

20/3/2019M.   
-2 orang pemuda warga Siam ditembak ketika menunggang motosikal dijalan Punsawad, mukim Ru Sembilan, daerah Muang, wilayah Pattani. Mangsa cedera.   

-Unit EOD wilayah Jala mengesan sebutir bom palsu dipasang berhampiran kedai Hadware Yonghuad, pekan Jala.   

21/3/2019M.   
-Pegawai keamanan Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu kawasan Kg.Ubae, mukim Kemecah, daerah Bendang setar, wilayah Jala. Serta menahan 8 orang pemuda.   

-Seorang pemuda Melayu berusia 23 tahun ditembak di jalan kampung Tengga, mukim/daerah Seri sakon, wilayah Menara. Mangsa cedera parah.   

25/3/2019M.   
-Seorang polis bertugas di Balai polis Huaypling, daerah Tiba, wilayah Senggora diserang dengan tembakan ketika memandu kereta di jalan kampung Lamlong, mukim Natwi, wilayah Senggora. Mangsa cedera.   

27/3/2019M.   
-Pegawai keamanan Siam menjalankan operasi mengepung kampung-kampung Melayu dalam kawasan daerah Becah Airong, wilayah Menara  serta menahan puluhan orang pemuda dan pemudi Antara lain :  
1) Menahan 3 orang pemuda dari kampung Kubang puyu,   
2) Menahan 3 orang pemuda dan 2 orang pemudi dari kampung Gerong.  
3)Menahan seorang pemuda dari kampung Janing  
4)Menahan seorang pemuda dari kampung Bukit kecik  
5) Menahan 2 orang pemuda dari kampung darul ihsan. Kesemua dibawa siasat kekem pileng,  becah Airong.    

-Mahkamah wilayah Jala menjatuhkan hukum penjara terhadap 12 orang pemuda dalam kes membakar bus di kampung Kasot, Bendang setar pada 2017 antara lain :   
1) Hukuman penjara 11 tahun ke atas 1.Ahmad Matahe 2. Ayusa Matsek 3.Lukman Sadeng  
2) Hukuman penjara 10 tahun ke atas 1.Hamdi Matreh 2. Ahmad Song.  
3) Hukuman penjara 2 tahun ke atas Aslan Kado 2.Basri Cekmat 3.Ibadatullah Haji Cekteh
4) Dibebaskan kerana tidak sabit kesalahan keatas 1. Hakimin Ceksamacek 2.Abdul Nasir Barataya 3.Matruding Itae dan 4. Muhammad Kasfi Matahe.   

28/3/2019M.   
-Unit ranjer 4204 daerah Mayor, wilayah Pattani menjalankan operasi dalam kampung Krasok, mukim krasok, daerah Mayor, wilayah Pattani. hasil dari siasatan mengesan beberapa bahan api   
1.Sebutir Bom buatasn sendiri   
2.Peluru jenis 5.56 14 das  
3.Sarung peluru jenis 5.56 29 das  
4.Sarung peluru jenis 7.62 1 das  
5.Kerongsong Sarung peluru  M.16   
6.Sepanduk tertulis 110 tahun tergadainya banga Patani.   

-Seorang pemuda Melayu berusia 19 tahun ditembak mati di kampung Culapon, mukim Bongor, daerah Canek, wilayah Menara.   

29/3/2019M.   
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukum tidak bersalah dan tidak kena bayar tuntutan saman ganti rugi terhadap pegawai tentera yang menembak mati 4 orang pemuda di kampung Tokcud, mukim Bidil, daerah Tungyangdeng, wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada 25 Mac 2015   

-Sekumpulan pemuda lengkap dengan senjata menyerang Balai pilis Belukar samak, mukim Belukar samak, daerah Bacok, wilayah Menara. tidak ada laporan cedera parah.   

-Letupan bom di pinggir jalan kampung Cemok, mukim La-el, daerah Jaha, wilayah Jala. Bersama ini EOD mengesan sebutir lagi bom yang tak meledak berhampiran bom pertama 3 meter.   

-Seorang polis berpangkat Police Sergeant bertugas di Balai polis Bukit tal, daerah Weng, wilayah Menara membunuh diri dengan pistol peribadinya akibat ketengan konflik.    

30/3/2019M.   
-Tembak mati warga Siam sekelamin di kampung Bannot, mukim Pial, daerah Sebaya, wilayah Senggora. bersama ini pelaku merampas pistol peribadi jenis M.56 milik mangsa.   

-Berlaku serangan bom dan tembakan ke atas rombongan ranjer unit ranjer 48 Menara dikampung Bukit pula, mukim Riko, daerah Sungai padi, wilayah Menara. menyebabakan seorang ranjer cedera parah. 2 jam kemudian ketika unit EOD dan pembantu menyerbu ketempat kejadian berlaku pula 2 butir serangan bom menyebabkan 7 orang tentera cedera parah.     

-Sekumpulan lengkap dengan senjata api menaikki pik-up menyerang beberapa buah kedai roncit dan sebuah rumah polis di kampung Perak, mukim Thapae, daerah Kuankalong, wilayah Setul. tidak ada laporan cedera parah hanya beberapa buah kedai turut rosak.


KESIMPULAN   Bulan Mac (3/2019 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 111 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 17 kes, Jala 49  kes, Menara 21 kes, wilayah Senggora(termasuk Setul dan Patthalung) 24 kes.   

Berlaku serangan bom kesemua 26 butir  ( 3 butir dikesan) yaitu 5 butir di Jala , 3 butir  di Pattani, 7 butir di Menara. 11 butir di Senggora. Tembakan dan pertemporan berlaku 25 kes: Masing-masing di Pattani 7  kes, Jala 3 kali, Menara 11 kes. dan  Senggora 4 kes.    

Berlaku Sabotaj politik dan khianat dalam bulan ini sebanyak 60 tempat. 41 kes di Jala, 7 kes di Pattani, 3 kes di Menara dan 9 kes di Senggora.   

Angkatan bersenjata Siam mati 3 orang dan cedera parah 16 orang, Rakyat awam mati 13 orang (warga Melayu 10 orang dan warga Siam 3 orang) Rakyat awam cedera 3 orang (seorang warga Melayu dan 2 orang warga Siam).  

Pegawai kerajaan  mati 2 orang (kesemua warga Melayu) tidak ada yang cedera parah.   

Pejuang gugur Syahid seorang lebih dari 25 orang rakyat awam Pattani di tangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 15 orang.



No comments:

Post a Comment